Thursday, August 05, 2010

Apakah Banci 2010 Berjaya?

Okey, aku cuma nak cerita bahagian banci di rumah aku di Kuala Lumpur. Di kampung halaman, ianya sukses kerana pembanci datang hari jumaat dan memang berjumpa face to face dengan aku. (Kebetulan aku ada kat kampung masa pembanci tu datang)

Alkisah banci di apartment aku. 

-------------

Pada hari ahad 18 Julai 2010, aku keluar beli bahan masakan pada jam 11.30 pagi. Balik ke rumah jam 12.00tengahari, buka pintu. Tutup pintu, lepak-lepak depan tv. Jam 12.30tengahari, aku pergi tilik cermin berdekatan dengan pintu rumah. Tiba-tiba aku melihat satu dokumen terselit bawah pintu. Oh.. kertas banci rupanya. (Kiranya jam 12.00 tengahari waktu aku balik tu, dia belum datang lagi.)

Disitu ditulis, 'tuan tiada dirumah semasa kami datang, kami ada datang mengambil document pada 19 Julai 2010'. Heh, BOHONGGGGG. Ketuk pun tidak, tiada dirumah konon. Kemudian, sebagai warganegara prihatin, aku isi borang yang ditinggalkan, suruh rakan serumah isikan data mereka sekali. Pada 19 Julai 2010, waktu nak pergi kerja, aku tampal dokumen banci tu di pintu rumah. Pembanci tulis nak datang balik 19 Julai kan? 

Menampal maklumat diri di pintu rumah adalah sangat berbahaya. Sementelah didalam borang itu, suruh isi apa benda ada dalam rumah, pendapatan isi rumah, nama penghuni dan sebagainya. Tapi dah dia kata nak datang collect borang hari Isnin bekerja, takkan aku nak cuti untuk tunggu dia?? Jadi tampallah juga kat pintu rumah. Pulangnya aku selepas kerja, dalam jam 7petang, aku tengok borang tu tertampal mesra lagi kat pintu tu. Mungkin depa nak datang collect malam kot? Aku bawa masuk, letak atas rak kasut. 

Tunggu punya tunggu, dah jadi 21 Julai, tak de datang-datang pun???. Aku pun derma je borang banci tu ke dalam tong sampah. Pada malam Sabtu 24 Julai, aku balik dari Melaka tengok kad banci tahun lepas yang warna oren telah ditukar kepada kad berwarna kuning di pintu rumah. Oooooo 19 Julai kau bermaksud seminggu dari tarikh selit borang bawah pintu rumah orang ya??? Aku tanya rakan serumah yang berada di rumah, dia cakap, tak ada sebarang ketukan pintu kedengaran.

1. Tak ketuk pintu claim orang tak ada kat rumah
2. Tidak datang pada hari yang dijanjikan
3. Pakai datang tampal sahaja kad banci (walaupun tak banci)

Tak ada kerja, nak apply jadi pembanci. Dah jadi pembanci, tak buat kerja pula. Data apa nanti kau supply dekat kerajaan? Tak guna kerajaan iklan bergegar-gegar dalam tv suruh rakyat bekerjasama, cetak sticker kereta la apa la, sebab sang pembanci tak bekerjasama pun menunaikan tanggungjawab mereka. 

Oh, ini bukan applicable untuk semua pembanci, ini pembanci area Keramat Wangsa sahaja. Yang kat kampung aku di Terengganu ari tu, elok je datang collect data. 

5 comments:

Anonymous said...

Salam,

Pertama sekali terima kasih kerana memberi kerjasama dengan mengisi borang banci tersebut.

Walau bagaimanapun, tindakan kedua iaitu dengan MEMBAKUL SAMPAHKAN borang tersebut adalah TIDAK patut sama sekali dilakukan. Pihak cik/puan boleh menghubungi semula no yang tertera pada surat berkenaan atau menghubungi CALL CENTER BANCI 1-800-88-7828. Pegawai atasan kepada pembanci akan membuat semakan semula dan membantu cik/puan menyelesaikan masalah.

Tindakan MEMBAKUL SAMPAH kan borang yang telah diisi adalah tidak wajar.

Berjaya atau tidak sesuatu projek itu adalah berdasarkan kerjasama SELURUH PENDUDUK DI MALAYSIA.

Terima kasih.

Kujie said...

Encik/ Puan yang tinggalkan komen di sini tak nak jawapan ke persoalan bagaimana banci dibuat walaupun tuan rumah tak isi borang ?


p/s - pembanci tak datang2 pun...tanya jiran pun sama.

Kreuger said...

same la kot dengan nasib kita. ade borang tu.. tunggu punye tunggu tadek pon orang nak collect. nak pos pon tadek masa. sebab cuti pon dah dibazirkan pada hari tu. tak pe la.. lain kali je la eh...

P/S: Kepada cik/en./puan pembanci yang datang rumah saya.. kami sekarang dah ada 3 orang. kekeke.

P/S2: Eh.. kita satu mukin lah? Macam tak percaya. hehehe

mrs jamal said...

ada pulak macam tu yer..boleh tampal2 jer...

fiezaradzi said...

jiran sebelah rumah pun tanya nape la org banci tak dtg2 kutip borang banci die.. huhuu