Monday, August 30, 2010

Maybank Oh Kenapa?

Isk penuh lak skrin neh. 


Posted by Picasa

Semua orang pernah dengar Maybank2u kan? Wah, kira antara semua perkhidmatan perbankan internet, kalau siapa tak pernah dengar Maybank2u tetapi pernah dengar irakyat (bank rakyat), atau lain-lain perkhidmatan internet, memang spesis duk dalam gua la. (Tak semestinya guna ok, most people heard about maybank2u).

Banyak juga phishing website membabitkan maybank2u. Ya bukan maybank2u sahaja tetapi banyak bank lain CIMB kena banyak la banyak. 

Tapi ini email sangat menarik perhatian kiah. Specialize untuk pow duit dalam akaun maybank! Dapatkan no akaun, make sure he / she owned maybank account. Done! Jadi soalannya, apakah sistem perbankan maybank merupakan yang terlemah sekali? Banyak bank kat Malaysia, orang asing yang satu ini menuju ke maybank sahaja. 

Sebagai pemegang akaun Maybank, aku sangat concern dengan hal ini. Mungkin sebagai pengguna internet tegar, I could spot this scam at the first moment I saw the email. How about others? Yang mungkin melihatnya sebagai satu peluang pendapatan? :|

Tuesday, August 24, 2010

JAKIM Keluarkan Senarai Hotel Tidak Mematuhi Piawaian Halal

Sumber berita: 
http://www.islam.gov.my/portal/pdf/2010/ogos/Kenyataan%20Media%20KP%20berkenaan%20Halal%20sepanjang%2010%20Ramadhan%20pertama.pdf


STATISTIK HOTEL YANG MEMPROMOSIKAN BUFFET RAMADHAN YANG TIDAK MEMATUHI PIAWAIAN HALAL MULAI 1 RAMADHAN SEHINGGA 10 RAMADHAN TAHUN 2010

1.
ONE WORLD HOTEL
FIRST AVENUE
Bandar Utama City Center
47800, Petaling Jaya

2.
BISTRO & THEATRE RESTAURANT
139, Pusat Pelancongan Malaysia (MTC)
Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur

3.
IMPIANA KLCC HOTEL & SPA
No.13 Jalan Pinang
50450 Kuala Lumpur

4.
HOTEL EQUATORIAL (M) SDN BHD
Jalan Sultan Ismail, 50250
Kuala Lumpur

5.
PUTRAJAYA SHANGRI-LA
Jalan Putra Perdana
Taman Putra Perdana
Precinct, 62000 Putrajaya

6.
HOTEL NIKKO KUALA LUMPUR
MTJ Development Sdn. Bhd
165,Jalan Ampang, 50450
Kuala Lumpur

7.
SHAH’S VILLAGE HOTEL
3&5, Lorong Sultan, Peti Surat 115
46719, Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

8.
PRESCOOT INN KAJANG
Wisma Metro Kajang
Jalan Semenyih
43000 Kajang Selangor

9.
LAGENDA CUISINE SDN BHD
(PRESCOTT INN KAJANG)

10
ORIENTAL CRYSTAL KAJANG
Lot 13, Jln S10/3, Section 10,
Off Jalan Bukit 43000 Kajang Selangor

11.
RESTORAN TUPAI-TUPAI
Lot 1513 Kg. Sg. Tangkas
Bt. 18, JalanBangiKajang, 43000
Selangor

12.
EASTIN HOTEL PETALING JAYA
13, Jalan 6/11
Pusat Dagang Seksyen 16, 46350,
Selangor Darul Ehsan

13.
CONCORDE HOTEL KUALA LUMPUR
2, Jalan Sultan Ismail
50250, Kuala Lumpur

14.
NOVOTEL K.L CITY CENTER
(CONCIERGE-DEPT)
2, Jalan Kia Peng, 50450,
Kuala Lumpur

15.
BANGI GOLF RESTAURANT
Bangi

16.
CITITEL MID VALLEY
Mid Valley City
Lingkaran Syed Putra
59200 Kuala Lumpur

17.
KANPEI RESTAURANT
Eminent Pedestal SdnBhd
Lot L1, Lobby Micasa All Suite Hotel
368-B, Jln 1/68F, Off JalanTunRazak
50400 Kuala Lumpur

18.
THE ZON ALL SUITES RESIDENCES
161-D, JalanAmpang, 50450
Kuala Lumpur

19..
THE ROYALE BINTANG
KUALA LUMPUR

20.
R & B SERVICES
BERJAYA TIMES SQUARE HOTEL
1 JALAN IMBI, 55100, KUALA LUMPUR

21.
THE SAUJANA KUALA LUMPUR
SAUJANA RESORT
Jalan Lapangan Terbang SAAS
40150 Shah Alam, Selangor

22.
HILTON KUALA LUMPUR
3, Jalan Stesen Sentral
50470 Kuala Lumpur
P.O. Box 11815, 50758
Kuala Lumpur

23.
LE MERIDIEN
2,Jalan StesenSentral,Kuala Lumpur
50470 Kuala Lumpur

24.
THE REGENCY HOTEL
No.3, Jalan Raja Alang
50300 Kuala Lumpur

Bahasa Perosak Bangsa

Click untuk besarkan gambar.

Orang kata bahasa SMS neh menjimatkan char counting dalam handphone. Almaklum la setiap 160char di caj sebagai satu sms. Kalau lebih, maka kena caj lebih. Jadi ramai orang sibuk meringkaskan bahasa. Supaya tidak exceed jumlah ditetapkan. Tidak perlu bayar lebih. Fenomena ini selalunya berlaku dikalangan remaja sekolah dan kolej serta golongan awal 20-an. Jarang jumpa golongan lewat 20-an dah ke ke atas yang meringkaskan bahasa kepada bahasa yang tak difahami dalam sms. 

Ini mungkin kerana golongan lewat 20-an sudah berkerjaya, sudah ada duit nak bayar bil dan tidak berkira setakat lebih jadi 2-3 sms, atau kerana mereka sudah terbiasa untuk menulis bahasa penuh. 

Tapi aku cukup tak boleh terima apabila bahasa SMS diadaptasikan ke dalam internet. Contoh seperti di atas. Remember, 'on internet, you don't have to pay 1cent for every 160char'. So why the short form? Serious and honestly, aku tidak suka orang yang meng shortformkan perkataan di internet, you surely have enough time to go to the internet in the first place, so why the hurry? Dan satu lagi, aku memang tak baca shortform di internet, aku skip je. Banyak lagi mende otak aku boleh buat selain dari nak baca dan tafsirkan apa maksud tersurat yang orang cuba nak tulis.

Akhir kata, bahasa SMS perosak bangsa. 

Friday, August 20, 2010

Iklan Raya TM 2010

Aku cari kat youtube tapi belum ada kot. Tertonton malam tadi. Kisah tiga sekawan. One Malay boy, one indian boy and one chinese girl. Bagus iklan pasal 1Malaysia la ni konon. 

Malay boy neh berniaga kat pasar ramadan, indian boy suruh ajak chinese girl neh tolong sekali. Tapi Malay boy taknak, katanya rugi kalau ajak. Kena bayar upah. Chinese girl cakap, dia bukan nak minta upah pun. Nak tolong sahaja. Kemudian beliau merajuk. 

Di pasar ramadan, Malay boy and Indian boy neh tak cukup tangan layan orang nak beli kuih dia. Plastik pun habis. Ditengah crowd yang ramai tu dia nampak kawan dia si chinese girl tu dengan muka masih merajuk. Malay boy minta tolong chinese girl itu belikan plastik. Dengan muka merajuk si chinese girl berlalu pergi. Kejab lepas tu dia datang dengan plastik. 

Selepas crowd reda, Malay boy sengih sengih sikit dekat Chinese girl. Sampai cakap, Ling, (ke apa nama dia tah), maafkan saya ya. Chinese girl tu pun reply 'sekarang mana boleh minta maaf, TUNGGU LA HARI RAYA'. Something like that. Ayat perli ke bergurau tu? Ke mengajar kekanak time raya je baru leh minta maaf ya? Jangan tanamkan dalam pemikiran, maaf hanya boleh dipohon pada hari raya. Maaf adalah perlu diucapkan apabila diri tu sedar telah buat salah.

Overall iklan neh menarik. Dialog akhir mungkin boleh diganti dengan dialog lain yang lebih baik kot? (Ceh macam la aku ada experience dalam bidang advertisement pun)

Monday, August 09, 2010

Jadual Berbuka Puasa Lengkap Dengan Waktu Solat 2010

Aku search banyak website, mostly semua pakat keluarkan jadual berbuka puasa 2010 hanya waktu imsak dengan maghrib je. Jadi aku ambil initiatif salin balik dari kalendar Pusat Pungutan Zakat untuk kalendar berbuka puasa lengkap dengan waktu solat lima waktu untuk sebulan bulan ramadan neh. Untuk download, klik dibawah



Thursday, August 05, 2010

Apakah Banci 2010 Berjaya?

Okey, aku cuma nak cerita bahagian banci di rumah aku di Kuala Lumpur. Di kampung halaman, ianya sukses kerana pembanci datang hari jumaat dan memang berjumpa face to face dengan aku. (Kebetulan aku ada kat kampung masa pembanci tu datang)

Alkisah banci di apartment aku. 

-------------

Pada hari ahad 18 Julai 2010, aku keluar beli bahan masakan pada jam 11.30 pagi. Balik ke rumah jam 12.00tengahari, buka pintu. Tutup pintu, lepak-lepak depan tv. Jam 12.30tengahari, aku pergi tilik cermin berdekatan dengan pintu rumah. Tiba-tiba aku melihat satu dokumen terselit bawah pintu. Oh.. kertas banci rupanya. (Kiranya jam 12.00 tengahari waktu aku balik tu, dia belum datang lagi.)

Disitu ditulis, 'tuan tiada dirumah semasa kami datang, kami ada datang mengambil document pada 19 Julai 2010'. Heh, BOHONGGGGG. Ketuk pun tidak, tiada dirumah konon. Kemudian, sebagai warganegara prihatin, aku isi borang yang ditinggalkan, suruh rakan serumah isikan data mereka sekali. Pada 19 Julai 2010, waktu nak pergi kerja, aku tampal dokumen banci tu di pintu rumah. Pembanci tulis nak datang balik 19 Julai kan? 

Menampal maklumat diri di pintu rumah adalah sangat berbahaya. Sementelah didalam borang itu, suruh isi apa benda ada dalam rumah, pendapatan isi rumah, nama penghuni dan sebagainya. Tapi dah dia kata nak datang collect borang hari Isnin bekerja, takkan aku nak cuti untuk tunggu dia?? Jadi tampallah juga kat pintu rumah. Pulangnya aku selepas kerja, dalam jam 7petang, aku tengok borang tu tertampal mesra lagi kat pintu tu. Mungkin depa nak datang collect malam kot? Aku bawa masuk, letak atas rak kasut. 

Tunggu punya tunggu, dah jadi 21 Julai, tak de datang-datang pun???. Aku pun derma je borang banci tu ke dalam tong sampah. Pada malam Sabtu 24 Julai, aku balik dari Melaka tengok kad banci tahun lepas yang warna oren telah ditukar kepada kad berwarna kuning di pintu rumah. Oooooo 19 Julai kau bermaksud seminggu dari tarikh selit borang bawah pintu rumah orang ya??? Aku tanya rakan serumah yang berada di rumah, dia cakap, tak ada sebarang ketukan pintu kedengaran.

1. Tak ketuk pintu claim orang tak ada kat rumah
2. Tidak datang pada hari yang dijanjikan
3. Pakai datang tampal sahaja kad banci (walaupun tak banci)

Tak ada kerja, nak apply jadi pembanci. Dah jadi pembanci, tak buat kerja pula. Data apa nanti kau supply dekat kerajaan? Tak guna kerajaan iklan bergegar-gegar dalam tv suruh rakyat bekerjasama, cetak sticker kereta la apa la, sebab sang pembanci tak bekerjasama pun menunaikan tanggungjawab mereka. 

Oh, ini bukan applicable untuk semua pembanci, ini pembanci area Keramat Wangsa sahaja. Yang kat kampung aku di Terengganu ari tu, elok je datang collect data. 

Monday, August 02, 2010

Ponzi Scheme, Awas Jangan Terjerat


Patutla bengap, melabur tak tentu hala. Promo pun salah. 'M' dalam (A)utomatic (T)eller (M)achine mewakili machine dah. And BTW lain, Facebook bukan ATM. Bengap punya flyer. 

Sebagai frequent surfer Facebook, aku memang menyampah dengan satu benda yang orang tamak selalu rugi promosikan dekat Facebook. Yakni 'Login Facebook dapat RM100'. Promosi sana sini. Apa produk 'Login Facebook dapat RM100' neh? Siap keluarkan fatwa tak haram la apa lah. 

Aku tak faham sapa yang fall into this kind of scam. (Mesti ada dalam friendlist aku jugak pasal aku ditagkan kan?). Kalau betul login fb dalam RM100, pekehal nak kena promo-promo, tag nama orang? Ko login logout jelah facebook ko sampai tak cukup bank negara nak bayar income ko. Kalau promo-promo, jadi downline tu bukan dah jadi MLM? Lepas tu MLM tu ada produk tak? Apa, takde? Kalau takde orang panggil apa ya? Ya let me tell you, its called ponzi scheme. 

Meh aku cerita apa itu ponzi scheme, seperti kebanyakkan program yang berselindung dengan menjual produk hampeh tapi mengaku ada produk. Ponzi scheme neh, adalah skim dimana duit yang digunakan untuk bayar pelabur adalah datang dari pelabur sendiri. Duit yang sama berulang-ulang. Sebab tu lagi ramai masuk, lagi kencang income. Sebab duit orang yang kau cari tu jadi duit pendapatan kau. Tak ada produk, mana nak dapat hasil? 

Kenapa nama dia Ponzi Scheme? Orang pertama yang bijak manipulasi orang dulu nama dia Charles Ponzi. Yes, jadi kita namakan ponzi scheme supaya seme orang tahu mende alah ini sama je. Dari zaman batu ke zaman hutan batu, otak orang tamak selalu rugi tak pernah berubah.

Ni siap pakai nama facebook bagai. Agak-agak Mark Zuckerberg (creator facebook) takujat tak orang guna website yang dia create untuk buat MLM???  kalu kena cekup group neh, bukan dengan polis mesia je kena kot? Sesiapa suka ponzi scheme mesti teringat, 12% daily, stormpay bla bla ? Siap promo masuk tv bagai. Last last kena serbu dek FBI. 

Sesapa tag aku lagi lepas neh, aku nak report kat FBI, U.S. Securities and Exchange Commission, KPDNKK, PDRM, semua sekali. Best gak kalu dapat tengok ketua ponzi scheme alaf baru. Kekeke. 
Plan ponzi si login fb dapat RM100. No product involved. Just cari downline, makan duit downline secukup rasa. Still nak berlagak cakap halal? Disisi agama atau rules kerajaan. Dua dua salah.