Thursday, July 29, 2010

MLM Mari Berangan Kaya






Foreword:

Kepada kawan saya yang saya tidak akan sebut nama dalam entry ini, saya minta maaf kerana menyiarkan entry ini. Saya yakin anda faham kenapa saya tidak suka pada MLM dari mula kita kenal sehingga kepada anda membawa saya ke perjumpaan MLM anda yang baru diambush malam tadi oleh KPDNKK.  Sumber berita: Utusan, FreeMalaysiaToday, Kosmo

---------

Aku dibawa ke Dewan Convention BTS pada October tahun lepas. Despite my writing in the forum yang dia sendiri ahlinya, yang aku kaw kaw kondem MLM, dia still bawa ke perjumpaan tersebut. On the way, dia tak sebut pasal apa, dia cuma duk cerita dia sentiasa ada duit je dan cakap bestnye group MLM dia.

Sampai BTS, aku dibawa ke Dewan Convention. Ramai sangat orang. Berduyun-duyun. Stil aku tak faham apa yang aku buat disini. Kemudian selepas bersesak-sesak (which is I dun like), kami dibenarkan masuk dewan. Mostly semua melayu lah. Happening woo depa. Kena culture shock aku seketika. Menari la, bertepuk tangan la. Aku macam misteri, ni kultus apa pulak la neh. Depa suh aku tepuk-tepuk happy juga. Weh, aku dah shock neh, menatang apa la yang aku bersetuju got into neh. Tapi memang nampak cam close sangat la depa. Konsep kawan tolong kawan katanya. :P

Kemudian di skrin kuar tulisan 'X.X.X.X.X.X. Club'. Aku lupa dah. Lama selepas tari-tari selesai, muncullah sang pengacara. Yang ni pangkat marqis katanya. Ikut Europe nye style. (Katanya lagi). Yang income rendah nama lain, yang income banyak nama lain. Yang paling berkuasa nama Duke. Europe la sangat.

Kemudian slide show convoy kereta-kereta mewah diiringi polis lagi ha kat highway. Kawan aku dengan bangganya cerita, federal highway yang jem tu pun polis boleh tahan bagi laluan kat kereta-kereta mewah neh lalu. Alamak rasa losernya aku, sebab  aku pergi konvoy Perodua je sebelum neh. Usahkan polis, kambing pun tak bagi laluan kat kami. =)).


Ceramah neh menarik okey, they dun talk about money, how to cari downline ke apa ke. Ini semua cerita fantasi kekayaan depa sahaja sejak masuk skim neh. Duit masuk tiap-tiap masa. Kereta apa pakai. Talk about product? Nothing at all. Yang pendapatan 1000 je sebelum masuk, dah siap berhenti kerja. They make me felt like a loser bila penceramah cakap, dedulu bagi duit kat famili 2-3ratus je. tu pun siap mintak balik ujung bulan. Sejak masuk skim leh bagi 5-6000 sebulan. Mahu tak meronta jiwa, main mak ayah lak kan? Cerita soal kejayaan je okey. Kita akan tertanya-tanya how they make money.

Selepas siap sessi menaikkan adrenalin di dewan BTS, kami dibawa ke bawah. Jalan-jalan tengok kereta kat parking (vallet parking la weh, takkan parking basement lak), memasing canggih. Aku lupa plet rasmi depa, 8282 kalu tak silap?. Siap teruja tengok kereta aku dibawa ke restoren lak. Kali ini untuk mendengar cara buat duit lak. Tadi baru cerita kejayaan. On the way, aku sempat ambil gambar dengan kereta Duke lak seketul. Lepas kena brain wash, cakap takyah keluar modal satu sen pun. Depa buka cerita, buat loan la 14k. Nak lagi power modal 41k. Fuh,, dasyat, Tadi kata takyah kuar modal. Sekarang suruh buat loan. What the heck? Bla bla bla gebang, ada barang 9 unit barang kecantikan dari Europe. Satu pakai sendiri. 8 lagi sponsor orang lain. (Gile barang kecantikan rege sampai 14k, aku pakai blusher tunggu ada jualan murah baru pergi beli. Tu pun dah rasa hebat sangat dah). 


Kemudian, datang ahli lain lak sambil buat-buat tanya pada markis yang tengah explain kat aku tuh. 'bila nak keluar kereta'. Dan dan tanya depan aku kan? Bijak nya suh aku tambah excited sambil ditambah, dia neh baru masuk 3 bulan dah leh kuar BMW. Terus aku rasa loser lagi, aku nak beli BMX pun tak dapek lagi neh ha. Markis terus bercerita, pergi makan restoren mahal la apa la bawa famili. Terer la tekan sisi lemah aku.

Haa satu lagi yang aku nak cerita, kawan aku yang pangkat rendah ni, tiap tiap kali si markis dia bercerita, dia akan disuruh sebut 'betul' ke betul, betul, betul (takkan 3 kali kot? dah macam upin la,,sekali je kot...hahaha). Annoying gak la. Pesal apa depa duk ulang ayat neh. Rupanya depa memang kena suruh sebut.

Cerita-cerita cerita dan cerita, depa suruh isi borang, keluarkan IC semua. Nak taknak kena buat juga, takkan aku nak melalak kat situ. Of course aku rasa semacam je sebab she (my friend) should know, aku against MLM sedasyat-dasyatnya sebab dalam forum a few days before aku dah belasah kaw-kaw. Or maybe she want me to view it from different perspective kot? Selepas kena taklimat kat kedai mamat dekat 1jam, aku pun balik rumah. Harusla aku jujur cakap, berbahagi dua - tiga gak la. Depa memang pandai ayat. I can guarantee you this. Tapi ada benda yang malam yang sama berlaku, berjaya meneutralkan aku kembali jadi aku yang tak suka MLM kembali. 

Dan selepas dua tiga hari, masih ada lagi la depa follow up tanya bila nak bagi penyata akaun etc, untuk bantu buat loan. Tapi sebab aku dah neutral, aku abaikan aje. Dan pada hari ini apabila aku baca berita, MLM yang satu ini diserbu, aku sangat rasa bersyukur ke hadrat Ilahi. Tak ada orang faham rasa syukur dan bertuah yang aku rasa sekarang ini. Kalau tak, aku dah fall into this scam and today aku mungkin antara yang frust menonggeng dan tengah tergolek dalam bilik duk fikir hutang banyak lagi nak bayar tapi MLM dah kena bungkus.

PS: Depa bertahan lama juga sebab masa aku dibawa ke BTS tu esok lusanya aku google and found nothing about them on internet. Mean depa buat offline lama gak la. Sekarang berani2 ada facebook group tayang duit dan kereta la apa la. Depa berlagak la seketika antara modal ucapan: Kalau ini illegal dah lama kena ambush, kita ada pegawai polis jadi ahli, ada pegawai jabatan agama bla bla bla. Now sekarang? Apa cer? 

Gambar aku bersama kereta mewah waktu pergi dengar taklimat

Gambar kereta mewah yang sama kena rampas malam tadi adalah dalam bulatan. Gambar ehsan Surat khabar Kosmo. Hehehe.  

9 comments:

Kujie said...

alamak........... sedap2 baca
ingat ke dapatlah kak jie merasa naik kereta mewah tu

tak pernah join apa satu mlm masih percaya cara konvensional kerja tulang empat kerat.

Anarm said...

mcm penah dgr je pasal no.plet kete tu.. friendsclub ke ape nama skim ni?

Fazreen said...

haha..padan muka depa..ntah keta tu mana depa rembat pun tak tau

ejam said...

kita geng ler, aku juga anti MLM nie...
biar aku hilang kawan dari hilang duit...
susah nyer kita xde pun mereka nak ambil kisah...

zool said...

tak minat MLM>.
tapi memang memacam cara diorang nak tarik org. ntahlah..

Kujie said...

Kak Jie sukalah gaya ambek gambar tu...seluk2 pokek mcm orang kaya..haha

Kak Jie tweet entri ni..tu kawan2 yang berangan² kaya pakat mai

ezza erisa said...

kak jie, kekeke saya pun angan2 je.. tak dapat naik, bergambar kat sebelah pun jadilah. tak sangka lak after almost a year, leh tersengih macam baru lepas menang toto hari nih.. :) gaya cam orang kaya dah ada kak jie eh? .uit cam orang kaya.. alamak....tak dapek der... kekeke..

anarm, 8282 yang dengan kete cantik sahaja. kalu kancil buruk bawak, itu no tu terlepas sahaja. takde kena mengena dengan memana MLM.. kekeke

fazreen, share reramai kot. pakat2 bayar tiap-tiap bulan. yang top level mungkin mampu la beli. dah ramai yang bawah depa sponsorkan... ;)

ejam, eh janganla sampai ilang kawan dari ilang duit. seimbangkan. kawan susah payah cari tapi tak semestinye tak wujud.. kekeke

zool, ya... depa terer pancing side lemah kite. dah study kot. tang mana lemah, tang tu la dia tekan.

aizam said...

haha bukan awk je mekja ambo pun kene perangkap dek kawan2.. org ajak pi makan kita pi, main boling kita pi.. tp suruh masuk.. sorry!... kononya masuk highway polis trafik bagi laluan.. hah skg ape cer

venomie1 said...

huh 8282 dah kecoh..aku pakai plet 16 tak kecoh pun walaupun bawak Gen2 jer..kisah MLM ni aku teringat cerita cerekarama ari tu hehehe