Tuesday, July 20, 2010

Harga Baru, Servis... Lama Punyaaaa...


Dah lama aku tak meroyan dalam blog neh kan? Hahaha. Ni aku nak meroyan pasal pejabat pos Jalan Gurney, Kuala Lumpur Malaysia. Motif aku letak nama pejabat pos sekali? Sebab aku memang bengkek dengan pejabat pos yang neh je. Yang lain aku tak pergi. So, ada aku kisah?

Aku nak renew lesen memandu yang sudah meninggal dunia. Sementelah Pejabat Pos Jalan Gurney neh terletak on the way aku ke tempat kerja, jadi aku berhajatlah nak singgah. Sementelah lagi ia buka jam 8.00pagi. Aku sampai di pejabat pos 7.58 (ikut jam astro). Pukul 8.05minit baru pintu pos office buka. Fine. Aku mood baik lagi. Tak kisah sangatlah.

Selepas dibenarkan masuk dan mengambil nombor, 3 kaunter disediakan...satu kaunter je ada kerani. Yang dua lagi entahlah. Belum siap sarapan kot?. Kerani kaunter satu sibuk-sibuk tekan itu tekan ini, on computer dan sebagainya. Selepas 5minit lagi, nombor 1001 dipanggil. Aku nombor 1003. Entah apa kebenda yang hendak disiapkan oleh nombor 1001, ia mengambil masa entahlah...sehingga aku blah jam 8.25. Nombor masih tidak berganjak. 1001. 

Jadi selepas harga setem dinaikkan dan janji-janji manis POS Malaysia nak naikkan tahap servis nya mana? Dari dulu POS Office menjadi tumpuan sebab banyak urusan boleh disiapkan disini. Jadi, upgradelah service sekali ya.  

PS: Aku baru terima majalah 'Economic and Political Weekly' dalam keadaan lembab dan basah. Agaknya POS selam dalam sungai kelang dulu sebelum hantar. 


0 comments: