Sunday, June 20, 2010

What The Tettttt: Cadangan Tukar Nama Jalan?


Sedikit petikan:

KUALA LUMPUR: Jalan Ampang di sini dicadangkan supaya ditukar nama kepada Jalan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menghargai jasa bekas perdana menteri ini yang menerajui pentadbiran negara selama 22 tahun.
Cadangan dibuat oleh Ketua Umno bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.
Selain itu beliau juga mencadangankan agar nama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditukar nama kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Mahathir-Hasmah.
Ha, tukar sekali bangunan KLCC kepada MHCC. Semua yang terbina zaman dia, isi nama dia. Putrajaya = Mahathir Jaya. CYberjaya = Hasmah Jaya. Tolonglah, nak bodek pemimpin ada banyak jenis. Tapi tolonglah jangan sampai bagi cadangan mengkipas pemimpin sampai  menyebabkan aku selaku rakyat jelata nak termuntah. Jalan Ampang tu well known dah. Kalau jalan kecik-kecik, nak letak nama 'Jalan Mahathir Hasmah Tersayang' pun, lantak depa la.

0 comments: