Sunday, June 20, 2010

Jalan Segamat Kuantan Akan Dinaik Taraf

KEADAAN kereta yang dipandu Norfaezah Mansor, 31, hancur selepas bertembung dengan lori membawa muatan kayu yang menyebabkan enam sekeluarga maut di Kilometer 78 Jalan Kuantan-Segamat berdekatan Kampung Runchang dekat sini, malam tadi. Foto: Azmaidi Abidin/myMetro (17 Jun 2010) 

KEADAAN MPV Naza Ria yang remuk selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 87, Jalan Kuantan-Segamat dekat Paloh Hinai, Pekan semalam. - Kosmo (8 Jun 2010) 


Minggu lepas 5 mati kemalangan, Beberapa minggu sebelum itu 6 sekeluarga mati kemalangan. Biasalah Malaysia, kalau setakat mati 1-2orang, mati kataklah. Pandang sebelah mata pun tak ingin. Kita panggil ianya 'isu terpencil'. Nak kena mati berjemaah baru lah sibuk nak naik taraf. Apa orang putih panggil? 'Too Little Too Late'. Apapun orang melayu punya pepatah biasanya berbunyi camni pulak 'Biar Lambat Asal Selamat' Selepas berpuluh nyawa tak selamat disitu, barulah nak selamat selepas lambat.

Baguslah, dari dua lorong nak jadi empat lorong. Dah macam highway. Harap-harap kurang kemalangan maut dengan penaik tarafan jalan ini. Banyak sangat kemalangan maut. Sepanjang aku search tadi, tiap-tiap tahun jalan neh ketagih darah. 

1 comments:

aloha said...

Aku skolah kt Paloh HInai tu dulu.. Jlan kecik yup betul.. tapi byk jalan lurus sebnrnye.. kena byk sabar la kalu folow lori kt jalan tu..

Apa2 pon kalu dipebesarkan lagi jalan tu amatlah saya hargainye.. selaku slh sorang pengguna jalan tu.. :P