Friday, June 11, 2010

Bunuh Juga Tapi Lain Akta...

Click here for berita penuh

Aku terbaca berita dalam metro hari ini mengisahkan seorang bayi di Sabah di cekik sampai mati kemudian ditanam di satu kawasan terpencil oleh ibunya. Ganas sungguhla ibu dia. Sanggup membunuh anak sendiri. Menurut saksi, bayi masih hidup pada waktu malam kerana mereka ada terdengar bunyi tangisan bayi. 


Aku quote skit bunyi berita dalam harian metro neh ya


'Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal terhadap mayat bayi itu mendapati terdapat kesan lebam pada lehernya dipercayai dicekik. 



“Bayi malang ini dipercayai masih hidup ketika dilahirkan tetapi mati akibat dicekik sebelum ditanam. 



“Tangisan akhir bayi didengari pekerja ladang itu adalah tangisan terakhirnya sebelum ditanam,” katanya. 



Menurut Jaini, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat bayi secara sulit.


Kenapa tak caj bawah Seksyen 302, Kanun Keseksaan - Membunuh dengan Niat ja? Dah tentu-tentu dia cekik pasal nak kasi bayi tu mati. Ini dia pergi caj menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang MAYAT bayi. I tot saksi-saksi dengar bayi tu masih menangis tersedu sedan waktu malam sebelum mayat berkenaan di jumpai tertanam? 

Setahu aku yang lemau undang-undang ni, mengikut seksyen 318 hukuman dia tak setimpal dengan perbuatan tu '- hukuman penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,. Apa mahu takut, keluar nanti boleh cekik bayi lain pulak. Huhuhu. Ada beza ka cekik orang dewasa sampai mati dengan cekik bayi? At least orang dewasa mungkin boleh melawan. Budak kecik apa dia mahu buat? At the end of story, nyawa padam juga. 

1 comments:

wanhani2112 said...

manusia sekarang makin kejam....bunuh orang macam bunuh nyamuk jer...tak ada perasaan