Tuesday, June 22, 2010

I Will Not Miss Pudu Jail

Contoh tinggalan Berlin Wall

Memacam jenis orang nostalgia dengan peruntuhan pudu Jail. Macam ada kenangan indah disana. Selama neh hari-hari lalu pandang pun tak berapa kan?

Kalau manusia semua sibuk dengan nostalgia masa lalu, rasanya dunia masih tidak berubah dari zaman tinggal dalam gua batu. 

Muziam berlambak di Malaysia neh hidup segan mati tak mahu. Bukankah muzium itu tempat melihat barang-barang sejarah? Boleh dilihat berapa ramai yang berminat. Jadi kenapa tiba-tiba apabila Pudu Jail dirobohkan ramai yang sedih-sedih pilu macam ada kenangan menetap kat dalam tu? :)

Mungkin pernyataan aku kontroversi tapi hakikatnya, aku tak kisah pasal nak runtuhkan Pudu Jail yang berdiri lebih seabad itu. Kalau sesuatu yang tiada nilai komersial dibiarkan, lama-lama tumbang juga. Kalau lah dipreserve pun, agak-agak mendatangkan hasil sebanyak kawasan komersial tak?

Cuma yang terkilan, sepatutnya preserve lah satu mercu tanda. Menandakan disitu pernah wujud satu sejarah besar. Kita tidak mungkin boleh menentang pembangunan, tapi sejarah boleh adapt dengan pembangunan. 

Tembok Berlin contohnya, masih ada sisa yang ditinggalkan. Untuk generasi muda mengetahui dan lihat dimana iya berada. Kata arkitek bijak pandai, takkan nak tinggalkan sedikit kesan penjara pudu pun, takleh fikir how to? Erm.. 

PS: Nak pergi kutip sikit dinding penjara lah. :)


Sunday, June 20, 2010

What The Tettttt: Cadangan Tukar Nama Jalan?


Sedikit petikan:

KUALA LUMPUR: Jalan Ampang di sini dicadangkan supaya ditukar nama kepada Jalan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menghargai jasa bekas perdana menteri ini yang menerajui pentadbiran negara selama 22 tahun.
Cadangan dibuat oleh Ketua Umno bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.
Selain itu beliau juga mencadangankan agar nama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditukar nama kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Mahathir-Hasmah.
Ha, tukar sekali bangunan KLCC kepada MHCC. Semua yang terbina zaman dia, isi nama dia. Putrajaya = Mahathir Jaya. CYberjaya = Hasmah Jaya. Tolonglah, nak bodek pemimpin ada banyak jenis. Tapi tolonglah jangan sampai bagi cadangan mengkipas pemimpin sampai  menyebabkan aku selaku rakyat jelata nak termuntah. Jalan Ampang tu well known dah. Kalau jalan kecik-kecik, nak letak nama 'Jalan Mahathir Hasmah Tersayang' pun, lantak depa la.

Jalan Segamat Kuantan Akan Dinaik Taraf

KEADAAN kereta yang dipandu Norfaezah Mansor, 31, hancur selepas bertembung dengan lori membawa muatan kayu yang menyebabkan enam sekeluarga maut di Kilometer 78 Jalan Kuantan-Segamat berdekatan Kampung Runchang dekat sini, malam tadi. Foto: Azmaidi Abidin/myMetro (17 Jun 2010) 

KEADAAN MPV Naza Ria yang remuk selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 87, Jalan Kuantan-Segamat dekat Paloh Hinai, Pekan semalam. - Kosmo (8 Jun 2010) 


Minggu lepas 5 mati kemalangan, Beberapa minggu sebelum itu 6 sekeluarga mati kemalangan. Biasalah Malaysia, kalau setakat mati 1-2orang, mati kataklah. Pandang sebelah mata pun tak ingin. Kita panggil ianya 'isu terpencil'. Nak kena mati berjemaah baru lah sibuk nak naik taraf. Apa orang putih panggil? 'Too Little Too Late'. Apapun orang melayu punya pepatah biasanya berbunyi camni pulak 'Biar Lambat Asal Selamat' Selepas berpuluh nyawa tak selamat disitu, barulah nak selamat selepas lambat.

Baguslah, dari dua lorong nak jadi empat lorong. Dah macam highway. Harap-harap kurang kemalangan maut dengan penaik tarafan jalan ini. Banyak sangat kemalangan maut. Sepanjang aku search tadi, tiap-tiap tahun jalan neh ketagih darah. 

Friday, June 11, 2010

Bunuh Juga Tapi Lain Akta...

Click here for berita penuh

Aku terbaca berita dalam metro hari ini mengisahkan seorang bayi di Sabah di cekik sampai mati kemudian ditanam di satu kawasan terpencil oleh ibunya. Ganas sungguhla ibu dia. Sanggup membunuh anak sendiri. Menurut saksi, bayi masih hidup pada waktu malam kerana mereka ada terdengar bunyi tangisan bayi. 


Aku quote skit bunyi berita dalam harian metro neh ya


'Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal terhadap mayat bayi itu mendapati terdapat kesan lebam pada lehernya dipercayai dicekik. 



“Bayi malang ini dipercayai masih hidup ketika dilahirkan tetapi mati akibat dicekik sebelum ditanam. 



“Tangisan akhir bayi didengari pekerja ladang itu adalah tangisan terakhirnya sebelum ditanam,” katanya. 



Menurut Jaini, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat bayi secara sulit.


Kenapa tak caj bawah Seksyen 302, Kanun Keseksaan - Membunuh dengan Niat ja? Dah tentu-tentu dia cekik pasal nak kasi bayi tu mati. Ini dia pergi caj menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang MAYAT bayi. I tot saksi-saksi dengar bayi tu masih menangis tersedu sedan waktu malam sebelum mayat berkenaan di jumpai tertanam? 

Setahu aku yang lemau undang-undang ni, mengikut seksyen 318 hukuman dia tak setimpal dengan perbuatan tu '- hukuman penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,. Apa mahu takut, keluar nanti boleh cekik bayi lain pulak. Huhuhu. Ada beza ka cekik orang dewasa sampai mati dengan cekik bayi? At least orang dewasa mungkin boleh melawan. Budak kecik apa dia mahu buat? At the end of story, nyawa padam juga. 

Friday, June 04, 2010

Kepanasan Pengusaha BHP Kiosk...


Ini adalah susulan cerita gadis mati rentung akibat kemalangan jalan raya dimana saksi kejadian telah pergi ke stesen minyak berhampiran (aku tau la stesen minyak BHP Cheras - Kajang neh), tetapi tidak diberikan dan mereka akhirnye hanya mampu melihat gadis berkenaan terbakar di dalam kereta Myvinya. 

Manager BHP respond staff were concerned. Really? Melalui cerita pihak pertama yang pergi merayu-rayu mintak pemadam api tu, staff BHP sengih-sengih ja takmo bagi. Concern pemende tu jenab?