Tuesday, May 04, 2010

Tak Habis-Habis Dengan Pendidikan Seks

Pelik. Lepas Kementerian Pendidikan buat pengumuman bahawa Pendidikan Seks tidak akan diadakan di sekolah, banyak pula pihak tampil mengatakan pendirian mereka akan kewajaran pendidikan seks di sekolah. Pelbagai isu yang mereka cuba ketengahkan demi menghalalkan Pendidikan Seks.

Memetik rencana yang disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini yang menyebut:
Tujuan utama pendidikan seks adalah untuk menyedarkan remaja tentang implikasi hubungan seks sebelum berkahwin dan supaya mereka berkata 'TIDAK' kepada seks sebelum berkahwin. Kajian yang dilaporkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 1997 membuktikan bahawa pendidikan seks telah melambatkan usia remaja untuk melakukan hubungan seks sekali gus menurunkan kadar perlakuan seks, kehamilan luar nikah di kalangan remaja, pengguguran bayi, selain meningkatkan penggunaan kondom.

Perlu ke seorang guru berdiri di hadapan 40 pelajar kemudian berkata 'jadi murid-murid sekelian.. selepas cikgu ajar tentang organ-organ reproduktif nih, ingatlah bahaya seks sebelum kahwin ya'.

Aku ada bercakap dengan seorang teman dan dari kesimpulan yang berjaya kami simpulkan ialah, semuanya bermula dari agama. Kalau agama kuat, takutkan Allah lebih dari takutkan Jabatan Agama, tak perlu pendidikan seks di sekolah. Orang zaman dulu tahun 60an, 70an, 80an even 90an. Tak sebanyak sekarang pun kes-kes buang bayi. Takde banyak pun kes tangkap basah dan kering? Takde pendidikan seks jugak tu. Depa bila dah kahwin.. dapat juga keturunan.

Dalam pendidikan agama pun dah cerita pasal seks, dalam biologi pun cerita pasal organ-organ. Kenapa nak lagi pendidikan seks? Pelik sungguh.

PS: Binatang tak dapat pendidikan seks pun, tapi takde pulak bunuh-bunuh, buang-buang anak. Kita yang dikurniakan akal yang sempurna oleh Allah swt neh sampai perlu berdebat adakah perlunya pendidikan seks atau tidak. Misteri.

1 comments:

T N said...

wish I can 'Like' all your entries :)love your insights.