Tuesday, May 11, 2010

Overpriced Meal

Posted by Picasa
Terima flyer dalam kotak peti surat rumah semalam. Wow! Harga didalam flyer McDonald ini begitu mengejutkan. Sebelum apa-apa,aku memang menentang McDonald dari dulu lagi. Bukan sebab dia bagi keuntungan kepada Israel ke apa. Sebab bagi aku harga dia memang melampau. Kempen boikot semasa Israel menyerang Palestin tu tak best, sebab lepas habis berita pasal Palestin di siarkan, masing-masing berpusu balik ke McDonald. McDonald pun tak heran, merudum kejab jualan di Malaysia lepas tu... jump sky high. Sebab orang gian lama tak makan, terus pergi banyak-banyak kali. Aneh betul.

Aku pelik kenapa orang Malaysia yang mengadu tak cukup belanja, minyak naik harga 5sen pun bising sampai ke Uganda tapi dengan penuh senyuman mesra beratur di kaunter makanan segera untuk membeli sebiji burger dengan harga tak masuk akal. Burger perisa emas ke apa sampai RM16++ sebiji? Burger tepi jalan cap Ramly tu kalau jual harga RM6.00 sebiji ramai je yang complaint mahal. Kalau cap luar negara, dekat RM20.00 pun tak jadi masalah.

Dari segi nutrisi, McDonald tidak layak dipanggil makanan. Penuh minyak, kalori kosong dan sebagainya. Satu biji burger dengan french kiss.. eh french fries dan air berkarbonat sudah menjangkaui keperluan kalori sehari. (Nah aku mula start cakap pasal kesihatan pulak! Stop.. kesihatan talk not belong here). Orang Amareka banyak yang jadi gemok sebab makan fastfood macam neh lah. Tapi orang Amareka banyak makan fastfood sebab fastfood kat sana murah. Murah dari makanan sihat. Kat Malaysia terbalik. Walaupun mahal, tetap kejar, Tak Amareka la kalau tak makan McDonald.

Ikutkan list di atas tu, 6 ketul nuget harga RM10.++?? Gile, kalau beli nuget frozen kat pasaraya tu. Satu bungkus sekilo tu baru berapa? 7-8ringgit. Ada at least 20 ketul dalam tuh. Bangsa apa yang menjual 6 ketul nuget untuk RM10, untung berlipat takraw neh?

0 comments: