Tuesday, May 18, 2010

Takrifan Ustazah Pelaris Akhbar?


KUALA LUMPUR - Menjijikkan apabila seorang ustazah sebuah sekolah agama di sini yang lengkap berjubah, bertudung dan bersarung tangan tergamak melakukan hubungan seks di dalam bilik asrama pelajar dengan seorang warden.

Perbuatan terkutuk ustazah itu dan pasangannya terbongkar selepas rakaman video yang diambil ketika mereka melakukan hubungan seks tersebar secara meluas hingga diolah dalam empat siri yang berbeza tetapi melibatkan 'pelakon' yang sama.

Berdasarkan kepada percakapan mereka, rakaman itu dibuat kononnya untuk mengabadikan kenangan cinta mereka sejak enam bulan lalu.

Kosmo! mendapati dalam video seks pertama selama tujuh minit yang disebarkan itu, ustazah berkenaan pada mulanya seperti takut-takut apabila pasangannya cuba merakamkan aksi mereka menggunakan telefon bimbit.

Yakin je kata tu ustazah. Ada bukti? Sekolah mana dia mengajar?  Asal pakai tudung je ustazah. Abeh, yang tak jadi cikgu sekolah macam guwe neh tapi pakai tudung neh, kira ustazah gak la kan. I'm Ustazah, Ustazah Ezza (Tiru bunyi my name is Bond, James Bond) Hohoho

Wednesday, May 12, 2010

Facebook Group


Banyak betul group dalam facebook, meraban pun banyak. Yang neh paling lawak untuk aku, agak-agak kalau sampai dua juta fan, tak ada orang buang seks luar nikah ke? Senangnya mencegah maksiat, buat group dalam facebook selesai masalah. Tak perlu lagi Jabatan Agama buat serbuan. Cari sahaja 2 juta pengguna facebook. Yeay.

Tuesday, May 11, 2010

Overpriced Meal

Posted by Picasa
Terima flyer dalam kotak peti surat rumah semalam. Wow! Harga didalam flyer McDonald ini begitu mengejutkan. Sebelum apa-apa,aku memang menentang McDonald dari dulu lagi. Bukan sebab dia bagi keuntungan kepada Israel ke apa. Sebab bagi aku harga dia memang melampau. Kempen boikot semasa Israel menyerang Palestin tu tak best, sebab lepas habis berita pasal Palestin di siarkan, masing-masing berpusu balik ke McDonald. McDonald pun tak heran, merudum kejab jualan di Malaysia lepas tu... jump sky high. Sebab orang gian lama tak makan, terus pergi banyak-banyak kali. Aneh betul.

Aku pelik kenapa orang Malaysia yang mengadu tak cukup belanja, minyak naik harga 5sen pun bising sampai ke Uganda tapi dengan penuh senyuman mesra beratur di kaunter makanan segera untuk membeli sebiji burger dengan harga tak masuk akal. Burger perisa emas ke apa sampai RM16++ sebiji? Burger tepi jalan cap Ramly tu kalau jual harga RM6.00 sebiji ramai je yang complaint mahal. Kalau cap luar negara, dekat RM20.00 pun tak jadi masalah.

Dari segi nutrisi, McDonald tidak layak dipanggil makanan. Penuh minyak, kalori kosong dan sebagainya. Satu biji burger dengan french kiss.. eh french fries dan air berkarbonat sudah menjangkaui keperluan kalori sehari. (Nah aku mula start cakap pasal kesihatan pulak! Stop.. kesihatan talk not belong here). Orang Amareka banyak yang jadi gemok sebab makan fastfood macam neh lah. Tapi orang Amareka banyak makan fastfood sebab fastfood kat sana murah. Murah dari makanan sihat. Kat Malaysia terbalik. Walaupun mahal, tetap kejar, Tak Amareka la kalau tak makan McDonald.

Ikutkan list di atas tu, 6 ketul nuget harga RM10.++?? Gile, kalau beli nuget frozen kat pasaraya tu. Satu bungkus sekilo tu baru berapa? 7-8ringgit. Ada at least 20 ketul dalam tuh. Bangsa apa yang menjual 6 ketul nuget untuk RM10, untung berlipat takraw neh?

Monday, May 10, 2010

Carian Lucah Yang Kelakar

www.gambar perempuan bogel, bukan cerita tapi gambar orang bukan gambar kartun.

Apa-apa ajelah yang visitor cari ya? Kau ingat pakcik google tu macam pakcik sebelah rumah? Boleh faham keyword porno kau tu? Adoilah.

Thursday, May 06, 2010

Serah Telaga Minyak 'Menang-Menang'?

Telaga satu = menang
Telaga dua = menang

Serah dua telaga kat Brunei = menang-menang.

Brunei dapat 2 telaga, Malaysia dapat apa? Chicken wings? Win win. Win win win. Weng.

Wink-wink. ;)

Tuesday, May 04, 2010

Sekarang Kita Dengar Pihak Satu Lagi



There are always two sides of every story. Tak kira apapun. Sometimes, there is also the third side of the story (bahagian tokok tambah). Sudah seminggu pihak polis bagi versi diorang. Dan kemudian disusuli dengan laporan polis yang dibuat oleh kawan mangsa yang leak ke internet. Great, now people can judge and choose with side they want to root for. Yeay! Oh. Itu perkara lain.

Perkara utamanya, aku rasa tindakan keluarga arwah yang satu ini (membawa saksi utama kes kejadian ke sidang akhbar dengan mendapat gambar dimuka depan, video di youtube dan sebagainya), bukan satu tindakan yang bijak. Sekarang, semua orang sudah kenal wajah saksi utama. Siapa boleh bagi jaminan keselamatan kepada saksi utama kes ini seumur hidup beliau?

Tak Habis-Habis Dengan Pendidikan Seks

Pelik. Lepas Kementerian Pendidikan buat pengumuman bahawa Pendidikan Seks tidak akan diadakan di sekolah, banyak pula pihak tampil mengatakan pendirian mereka akan kewajaran pendidikan seks di sekolah. Pelbagai isu yang mereka cuba ketengahkan demi menghalalkan Pendidikan Seks.

Memetik rencana yang disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini yang menyebut:
Tujuan utama pendidikan seks adalah untuk menyedarkan remaja tentang implikasi hubungan seks sebelum berkahwin dan supaya mereka berkata 'TIDAK' kepada seks sebelum berkahwin. Kajian yang dilaporkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 1997 membuktikan bahawa pendidikan seks telah melambatkan usia remaja untuk melakukan hubungan seks sekali gus menurunkan kadar perlakuan seks, kehamilan luar nikah di kalangan remaja, pengguguran bayi, selain meningkatkan penggunaan kondom.

Perlu ke seorang guru berdiri di hadapan 40 pelajar kemudian berkata 'jadi murid-murid sekelian.. selepas cikgu ajar tentang organ-organ reproduktif nih, ingatlah bahaya seks sebelum kahwin ya'.

Aku ada bercakap dengan seorang teman dan dari kesimpulan yang berjaya kami simpulkan ialah, semuanya bermula dari agama. Kalau agama kuat, takutkan Allah lebih dari takutkan Jabatan Agama, tak perlu pendidikan seks di sekolah. Orang zaman dulu tahun 60an, 70an, 80an even 90an. Tak sebanyak sekarang pun kes-kes buang bayi. Takde banyak pun kes tangkap basah dan kering? Takde pendidikan seks jugak tu. Depa bila dah kahwin.. dapat juga keturunan.

Dalam pendidikan agama pun dah cerita pasal seks, dalam biologi pun cerita pasal organ-organ. Kenapa nak lagi pendidikan seks? Pelik sungguh.

PS: Binatang tak dapat pendidikan seks pun, tapi takde pulak bunuh-bunuh, buang-buang anak. Kita yang dikurniakan akal yang sempurna oleh Allah swt neh sampai perlu berdebat adakah perlunya pendidikan seks atau tidak. Misteri.