Thursday, April 08, 2010

Setem Bakal Naik Harga

Mengikut berita semalam harga setem akan dinaikkan berganda dari kadar sekarang bermula 1 Julai 2010. Kalau sekarang setem ialah RM0.30 untuk sekeping surat, nanti harganya akan jadi RM0.60. Relevennya, harga setem yang diguna pakai sekarang kali terakhir disemak adalah pada tahun 1992. Iaitu pada bermulanya pengkorporatan POS Malaysia Berhad.

Link disini

Apa yang aku nak kata pada berita ini?

Ya, aku setuju kenaikan ini dilakukan. Damn, sudah 18tahun berlalu. Inflasi pun dah berganda-ganda berbanding dulu. Apalah sangat kenaikan RM0.30. Lebih aku setuju kerana kenaikan itu adalah juga kerana mereka perlu buat ini. Untuk survive dalam dunia di mana internet dan perhubungan di hujung jari, mereka tidak lain dan tidak bukan harus menaikkan harta setem.

Setiap tahun, jumlah kad raya berkurangan dengan drastik. Kita harus akui, berapa kali setahun kita hantar surat guna pos sekarang neh? Erm, tahun neh sekeping pun belum lagi. Nak tanya khabar keluarga dikampung pakai internet... pakai skype... sms dan telefon. Surat merupakan pilihan terakhir. Malah aku sedikit terkejut yang perkhidmatan telegram masih wujud. Zaman sekarang semuanya pakai sms/email dan sebagainya. Mana mereka nak dapat income? Ditambah pula dengan perkhidmatan courier yang lebih dipercayai dan sebagainya. Lagilah mereka kehilangan sumber pendapatan.

Dan lagi menambahkan persetujuan aku pada kenaikan harga setem neh sebab bersemperna kenaikan ini, gaji posmen dan kerani pos akan dinaikkan. Good for them! Gaji despatch pun lagi mahal dari dorang. Aku baru tahu gaji basic posmen bermula dari RM700. Fuh 700??? Gile. Posmen neh satu yang bagus, terutama posmen kampung-kampung la, depa mesra pengguna. Pakcik makcik semua kenal la. Lagipun depa neh berpanas hujan menghantar surat. Kat Jalan TAR kayuh basikal je hantar surat (ada keluar dalam majalah tiga last two years kali tak silap).

They are the real unsung heroes. Tak ada mereka, tak tau la keputusan peperiksaan kan.. hehehe (dulu la, excited je tunggu abang posmen datang rumah demi result exam ke apa ke). Sekarang semua boleh check online. Abang posmen bukan lagi sumber kegembiraan atau sumber kesedihan kalau result teruk. Ah melalut lagi.

0 comments: