Monday, April 12, 2010

Pulau Redang Nak Jadi Apa?

Ahmad said it was the ONLY WAY to save the surrounding rich marine life and prevent environmental destruction due to pollution and indiscriminate littering. Petikan The Star

Ini bukan isu semasa, Minggu lepas punya berita. Entahlah, kiah sekarang kalau nak menulis perlukan mood. Nak tunggu mood datang tu yang payah. Ini sementara kiah ada mood ni, kiah nak ulas pasal berita Pulau Redang nak jadi ekslusif dan untuk orang kaya itu.

Kiah bukan taknak setuju. Tapi kiah bukan ada duit sampai beribu ringgit untuk bayar harga penginapan semalamaman. Nak ambil kereta Civic pun fikir banyak kali pasal kena bayar beribu ringgit per sebulan. Itu sebulan. Bukan sehari punya sewa.

Aku tak tau la siapa yang berikan cadangan ini kepada Menteri Besar Terengganu. Mungkin juga beliau dapat ilham dalam TV atau selepas bermimpi pergi kepulauan Caribbean kot?

Mungkin ada betulnya, chalet-chalet murahan ni tak menjaga kebersihan sepertimana hotel 5-6-7bintang. Tapi MB kena lah fikir sekali, yang duk dalam pembinaan nanti tu tak menjejaskan batu karang ka? Sisa-sisa buangan pembinaan hotel yang grand havoc tu nanti buang ke mana? Kalau sebab alasan sekangkang kera neh, apa kata panggil pengusaha chalet dan didik mereka kepentingan kebersihan alam sekitar. Bukan terus menghukum dan seterusnya membunuh terus perniagaan dengan hanya memberi peluang kepada pengusaha hotel besar. Berapa ramai pula rakyat Malaysia yang memiliki hotel-hotel besar di Malaysia? Nanti yang naik di Pulau Redang tu.. Hilton la... Apa la. Dah sudah. Pergi Pulau Redang, terasa macam kat London lak nanti.

Kalau betul la nak mengawal hidupan laut dan kebersihan alam sekitar Pulau Redang, ada baiknya kerajaan negeri melabur dengan menyediakan sistem pembersihan sampah sarap yang lebih berkesan, bukan dengan cara lepas tangan dan memwar-warkan hotel besar untuk mengawal kerosakan? Gosh, that sound soooo fishy! Cakap jelah nak dapat income segera dan nak lepas tangan. Kan lebih senang kiah yang tak sekolah tinggi ni nak faham.

Siapa pula MB untuk menidakkan kewujudan chalet-chalet kecik? Pulau Redang bukan milik MB pun. Infact Pulau Redang bukan milik peribadi mana-mana individu. Jadi keputusan untuk hanya membenarkan hotel hebat-hebat je dibina di Pulau Redang bukan sesuatu yang direstui oleh semua orang.

Target untuk siapa hotel-hotel yang bilik harga RM1600 semalaman tu? Orang Malaysia ada berapa kerat yang willing to spend that amount of money to stay in Redang? Caucasian ke target kamu? Heh, macamla semua mat salleh yang datang Malaysia ada duit ribu riban. Kalau tak, takkan la banyak rumah tumpangan yang shared bathroom didiami mereka?

Entahlah, kekadang aku pelik dengan visi orang-orang berjawatan tinggi neh.

0 comments: