Tuesday, April 13, 2010

Pengulas Bola Sepak Patut Pergi Kursus...

Malam Sabtu lepas adalah malam pertandingan akhir bola sepak piala FA dimana Negeri Sembilan melawan Kedah. Tahniah lah Negeri Sembilan. Menang penalti 5-4. Aku akuilah, aku selalunya menonton bola sepak hanya pada final (itupun sesekali), selebihnya aku hanya semak score pada keesokan harinya atas dasar ingin tahu.

Sewaktu sedang menjamu selera di kedai makan meraikan kekalahan treasure hunt (heh, kalah pun rai ka?), kata En Anonymous (bukan nama sebenar).. wakakaka, (blog neh semua nama pun jadi bukan nama sebenar semestinya), aku pun tontonlah perlawanan yang disiarkan secara langsung itu. Takkan nak guling-guling kat situ minta tukar saluran pulak.

Pengulas pada malam itu bagi aku sungguh mengelikan hati. Kadangkala terasa macam sedang menonton siaran cerita komedi. Mungkin ramai yang tak perasan, pada malam itu ada dua orang pengulas yang ala-ala agak sengal tapi kelakar itu.

Pengulas pertama (selepas ini diringkaskan menjadi PP) bolehlah dari tak ada. Pengulas kedua (selepas ini diringkaskan menjadi PK), dem.... kalau ganti Nabil.. mungkin dapat menang Raja Lawak kot? Suara macam tak bertenaga dan tak makan makanan berkhasiat selama seminggu. PK hanya mencelah sesekali. Dan setiap kali mencelah, ulasannya sangat kelakar.

Salah satu contoh, apabila pemain mengambil tendangan sudut, beliau dengan yakin berkata 'rentak permainan ..... (nama, aku lupa pulak) agak kurang menjad pada malam ini, beliau mungkin sedang memikirkan banyak perkara dalam fikiran beliau'.. What the heck is this? Weh, kau tu pengulas sukan, bukan bomoh psikik yang penonton minta tengokkan apa ada dalam fikiran pemain.

Satu lagi contoh lain, '.... (nama pemain juga, dari Kedah), berasal dari Taman Wira... mungkinkah beliau akan diangkat menjadi wira pada malam ini bersemperna nama taman tempat tinggalnya?' Apa kaitan dengan rentak permainan bola di padang dengan nama tempat tinggal orang tu? Kenapa tak bagi nombor rumah sekali? Kan senang nak pergi beraya nanti.

Ada banyaklah lagi ulasan kelakar, sampai tak larat aku nak gelak. Aku cadangkan sesiapa yang berangan nak jadi pengulas sukan (yang tentunya secara langsung), harus lebih banyak membuat ulangkaji. Tengok bagaimana pengulas sukan bola sepak luar negara membuat liputan. Serta juga pengulas sukan harus banyak membaca. Apabila banyak membaca, maka tidak adalah kejadian seperti meraban-raban berkenaan itu dan ini yang langsung tidak ada kena mengena dengan permainan yang sedang berlangsung di padang bola. Takkan kerjaya seserius ini tak ada tempat untuk hantar berkursus dan beretika cara mengendali dan memberi ulasan? Kalau ada, mohonlah pada majikan anda, untuk menghadiri kursus itu. Kritikal dah kalau ikutkan ulasan malam minggu lepas.

Mutu bola sepak tempatan sudah lama dipersoalkan, main sana sini asyik jadi bahan belasahan sahaja, kecuali masa sukan SEA hari tu. Tiba-tiba jadi tekejut seketika pasal dapat pergi ke perlawananan akhir. Itu tak kisahlah kan. Minda sudah set, Malaysia dan bola sepak... erm... tengok suka-suka bolehlah. Tapi pengulas takkan la nak ikut serta menjadi satu sebab kenapa bola sepak tanah air tak menarik kot?

PS: Dengar kata FAM nak bawak Real Madrid datang lawan persahabatan dengan pasukan Malaysia. Hehehe. Mai teka berapa gol kita nak bagi depa. :)

0 comments: