Monday, April 05, 2010

KL Drift 2: Suddenly Semua Orang Tahu Drift

Dah lama tonton filem neh, tapi macam tak ada masa nak review secara cemerlang dan tak bias. Aku suka cerita pasal roda empat. Lumba-lumba, kejar orang jahat.. Pasal dalam movie je jalanraya takde hukuman. Tak ada polis nak saman, tak ada lampu isyarat untuk berhenti. Ia memenuhi impian dan harapan semua orang yang gila tegar nak tekan speed kat jalan raya.

Seperti KL Drift 1, KL Drift dua juga ada banyak aksi lumba-lumba. Kejar-kejar. Tembak-tembak. Abaikan semua logik dan anda akan enjoy movie ini. Kalau nak kira logik, dari Port Kelang.. Ke Subang Ke Putrajaya selamba drift...tol takyah bayar.. tayar pun tak botak-botak. Gila mantop!

Part paling kelakar:
Apabila Farid Kamil telefon Shamsul sewaktu Shamsul diburu polis. Walaweh, macam bercinta lak dialognya. Part lain yang kelakar, nak digambarkan mereka berdua kawan baik, kat bilik tidur ada frame gambar mereka berdua, kat ruang tamu rumah siap frame besar tepek kat dinding lak. Walaweh....kekeke.

Part scene romantik kelakar:
Selepas adegan kejar mengejar Shamsul (bersama aweknya) dan penjahat. Tiba-tiba pulak jadi adegan meluah perasaan terpendam. Lawak pulak. :D

Part paling tak logik:
Semua orang tahu drift. Hero, heroin.. kawan heroin... penjahat... pegawai polis. Wah... kagum kiah.

Apapun, filem ini masih enjoy untuk ditonton. Yang penting, ada dua kereta dimusnahkan. Kiah suka tengok kereta encem musnah dalam wayang. :)

1 comments:

cik bintang said...

insepekter kamal hensem dan macho kan kiah. senah jatuh tangga.