Wednesday, April 21, 2010

Asal Dekat Pilihanraya Jer...

TV mula buat pesta kempen. Kekadang TV pun melebih-lebih pulak. Lebih kempen dari jentera parti yang bertanding. Macam semalam, sibuk bercerita calon Parti Penimbang tu makan roti canai kat kedai. Sempat terserempak dengan calon Parti satu lagi kat kedai. Heh? Ada nilai ke cerita macam tu untuk dimuatkan dalam berita waktu perdana dan dijadikan sebahagian dari berita. Kenapa tak datang rakam gambar aku tengah makan roti ikan bilis sarapan pagi semalam sekali? Kalau makan roti canai oleh calon dalam pilihanraya adalah satu berita maka nyatalah wartawan sudah hilang gigi (heh terjemah BM jadi tak sedap la... it suppose to be read as journalism has lost their teeth) dalam mencari bahan yang boleh dinamakan berita.

Salah satu sebab lain kenapa aku tak suka menonton berita di waktu hampir dengan pilihanraya ialah cerita pasal pilihanraya tak habis-habis. Okey, aku tahu semua orang nak tahu perkembangan semasa akan pilihanraya, tapi tidak perlulah duk bercerita pasal satu sebelah parti sahaja. Paling tak dapat aku terima akal apabila calon Parti Penimbang diberi slot temubual selama sejam diwaktu perdana. Heh, kalau nak sangat rating tinggi, kenapa tidak berikan slot temubual juga kepada parti satu lagi?

Aku suka internet dekat pilihanraya. Dua-dua pihak saling kutuk mengutuk. Barulah fair. After all, both sure ada flaws. Takkan satu pihak sangat kebal tak pernah buat salah kot? :)

2 comments:

Kujie said...

area Kak Jie ni...mailah...

kak jie belanje roti canai 4 keping, leh masuk blog

hahaha

ezza erisa said...

kalau makan kat sana 3, tapau bawak balik 1 keping, lagi panjang boleh cerita dalam blog kan? ngeeeee..