Friday, April 02, 2010

Apa Takrifan 'Khalwat'?

Kalau pada zaman Rasulullah s.a.w dulu, khalwat di maksudkan dengan keadaan Rasulullah s.a.w yang bersendirian di dalam gua. Tetapi pada zaman sekarang, khalwat dimaksudkan apabila seorang lelaki dan seorang perempuan berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan samada di dalam bilik atau tempat tersembunyi.

Jadi apabila aku terbaca berita yang bertajuk 'Tiga wanita antara 29 dituduh berkhalwat dalam satu bilik hotel', aku jadi keliru. Sejak bila berdua puluh sembilan di dalam satu bilik hotel dipanggil berkhalwat? Tak tahu la yang mereka lakukan, mungkin ke arah dosa atau sesuatu yang lain tetapi term khalwat dalam tajuk diatas bukan sahaja tidak tepat malah tersasar jauh. Daripada segi kamus zaman dahulu kala, atau pun sekarang punya takrifan?

3 comments:

Wawa said...

heh, exactly apa aku fikir smlm masa baca tajuk berita

Anonymous said...

Simple jer..
Takkan x dapat agak kot.

Anonymous said...

Simple jer..
Takkan x dapat agak kot.