Tuesday, April 27, 2010

Apa Justifikasi Tembakan Polis?

Gambar ehsan kosmo


Aku hanya ingin tahu. Heh. Bukan apa, dalam citer hollywood, ada diterangkan bahawa polis mereka tidak boleh menembak selagi pihak penjahat tidak melepaskan sebarang tembakan. Sebarang tindakan memulakan tembakan oleh pihak polis bolehlah diklasifikasikan sebagai bukan lagi mempertahankan diri dan kalau pihak penjahat tidak mempunyai sebarang senjata, habislah kerjaya kepolisian pegawai polis berkenaan. Polis Malaysia camne pulak dia punya justifikasi?

Apa pulak justifikasi kes 'tertembak' remaja berusia 15tahun di Seksyen 11 semalam? SOP dia macammana sebenarnya? Apakah kerana remaja berkenaan lari dari polis? Apakah kerana beliau berkeliaran pada jam 2pagi? Atau kerana beliau menyerang polis?

Aku sungguh tidak tahu. Kebenaran belum diketahui. Apapun ini sesuatu yang sangat mengejutkan aku selaku orang awam.

The 'parang' part sound suspicious. Keluarga si mati mendakwa kereta tersebut milik ahli keluarga. Kalau betul nak pergi menyamun, takkan pakai kereta famili kot? After all dengan hanya baca berita-berita di surat khabar dan tengok di tv yang saling bercanggah satu sama lain, ada kata tembakan ke tayar tersasar ke kepala, ada kata kawan si mangsa melarikan diri. ada kata tembakan berdas-das dilepaskan mean bukan empat das sahaja, berita pun tak syncronise with each other.. macammana citizen of Malaysia nak tally kan cerita memasing?. TV1 lagi sedap, dia bantai sebut penjenayah terus... padahal polis pun dah umum nak siasat samada kes ini kes salah tembak or apa.

Satu benda yang paling pasti dalam isu tembak remaja usia 15tahun neh ialah, media Malaysia tidak reliable. Usahkan berita politik, berita macam ni pun bercanggah. Dem... mari wujudkan satu media baru. Kita namakan ia industri media merapu kerabu kerapu. :)

Moral of the story: Apabila ditahan polis, berhenti sahajalah. Dia ada hak tahan. Kita kena berhenti. Moral sampingan, kalau betul polis tersasar nak tembak tayar tapi tertembak kepala... maka kursus menembak harus diperkasakan, module kasi upgrade. Jauh tu... tayar dengan kepala.

Aku berharap siasatan kes ini dijalankan dengan telus dan tanpa nak cover-cover pihak berkenaan.

0 comments: