Wednesday, April 14, 2010

Apa Bendanya 'Salam 1Malaysia' Tu?

Sejak kebelakangan ini sana sini penuh dengan no 1 diikuti dengan perkataan Malaysia kat belakang tu. Nanti lepas 1Malaysia, akan ada 2Malaysia 3Malaysia.. diikuti dengan beratus-ribu Malaysia. Heh. Apa jadi dengan Cemerlang, Gemilang Terbilang, Wawasan 2020 dan sebagainya slogan dedulu tu? Habis digantikan dengan 1Malaysia eh?

Bukan aku nak cakap pasal kepopularitian 1Malaysia yang mengalahkan kepopularitian aku. Aku tahu, aku memang tak popular, nak berlakon pun tak boleh. Takde bakat. Tapi 1Malaysia neh betul-betul menyakitkan hati aku lah. Apa yang aku sakit hati sangat dengan 1Malaysia neh?

Hakikat yang sekarang ini, pengacara majlis, DJ Radio, pengacara bidang terjun, hos tv.. semua pakat-pakat gantikan Assalamualaikum dengan perkataan Salam 1Malaysia. Apa bendanya salam 1Malaysia? Apa aku nak kena jawab kalau dengar orang ucap Salam 1Malaysia kat aku?

Kalau tak mereka gantikan Assalamualaikum, mereka gantikan pula dengan macam neh 'Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia'. Setahu aku bagi menghormati mereka yang bukan Islam, kita ucapkan Salam Sejahtera. Sejak bila salam sejahtera neh berganti dengan 1Malaysia?. Yang tang salam sejahtera tu tak banyak la, yang banyak tentulah... hi semua... Salam 1Malaysia. Cis, rasa nak sepak je pengacara majlis tu.

1Malaysia 1Malaysia jugak bang akak. Salam 'Assalamualaikum' tu tak boleh revert back macam asal ka? Serius aku rasa annoying la dengan Salam 1Malaysia neh. Nanti habis anak-anak aku jumpa pakcik makcik depa cakap 'Salam 1Malaysia, pakcik' sambil cium tangan. Hoh.... tak mampu aku nak bayangkan bagaimana aku nak explain yang Asslamualaikum itu tidak sama dengan Salam 1Malaysia. Dulu-dulu boleh juga terangkan Assalamualaikum tu untuk orang sesama Islam, Salam Sejahtera tu untuk yang bukan beragama Islam. Dah Salam 1Malaysia camne pulak tu?

2 comments:

Anonymous said...

Sekarang semua 1Malaysia.
Pada satu ketika, tak la lama sangat, semua Islam Hadiri. Berjuta-juta ringgit digunakan untuk memperkenalkan Islam Hadiri tetapi apa dah jadi. Jika mati di mana kuburnya dan jika masih hidup di mana pula tempatnya? RTM sungguh anih dengan Salam 1Malaysianya, Kepada siapa yang ditujunya. 1 Malaysia "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan," Kini sudah hilang Assamualaikum atau salam sejastera. Cucu saya tanya 1Malaysia ni agama barukah ganti Islam hadirikah. Cucu juga tanya dah 1malaysia apa pasal pula ada Perkasa? Saya jawab semua ini adalah Perkasam. Dia tanya lagi apa itu pekasam? saya kata ikan yang rosak bermula dari kepala Dia senyum. Neneknya muka masam mendengar penjelasan saya itu kerana dia suka sngat perkasam.

Matt Piah Batang Kali

Anonymous said...

Memang celaka! Harakahdaily hentam Zaid Ibrahim.

http://satulimatiga.blogspot.com/2010/04/harakahdaily-hentam-zaid-ibrahim-calon.html