Thursday, April 22, 2010

1Malaysia Saingan Utama Restoren Makanan Segera?

Bernama release berita neh pagi tadi

Najib: 1Malaysia lebih popular daripada Milo, KFC

Najib, yang juga pengerusi BN, berkata gagasan 1Malaysia mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat sehingga mengatasi jenama barangan popular yang lain.

"Gagasan 1Malaysia lebih popular daripada jenama seperti Milo, Kentucky Fried Chicken (KFC)... tak boleh lawan lencana dan logo 1Malaysia sebab ada orang suka makan ayam, ada yang tak suka tapi 1Malaysia semua orang suka," kata beliau.

Ayat diatas berjaya membuatkan ramai orang gelak besar hari ini. Come on, peruntukan berjuta-juta, jadinya sama taraf dengan makanan segera? Kat mana restoren nya? Nak jugak teman masuk merasa makan. Lagi sedap dari ayam KFCkah? Lebih coklat dari minuman maltkah? Bangkrapkah KFC dan Nestle (pengeluar Milo) selepas ini kerana sekarang sudah ada 1Malaysia yang menyaingi mereka, dan dikhabarkan lebih popular?

PS: Tiba-tiba terasa nak makan ayam goreng kunyit dan lada hitam. Resepi peribadi dan sedia dikongsi kalau gagasan 1Malaysia berhajat nak gunakan untuk restaurant yang bakal menyaingi KFC. :)

0 comments: