Thursday, March 25, 2010

Kopitiam Oh Kopitiam!

Berapa banyak kopitiam yang wujud di Malaysia? Plenty of them! How many to be exact and accurate? Tak terhitung. Old Town White Coffee pun dah mempunyai 100 cawangan lebih. Apatah lagi kopitiam lain. Bangi Kopitiam, Georgetown Kopitiam. Alahai. Banyak weh banyak.

Berapa banyak yang ada tanda halal? Tahu ka? Tak tahu? Asal tulis no pork sahaja dah cukup ka? Menyedihkan apabila umat Islam berpusu-pusu bertumpu ke kopitiam sana sini sebab tengok ada pekerja Bangla / Nepal / Indonesia / Myanmar jadi tukang lap meja dan tukang angkat pesanan. Tolonglah jangan buat leka dan alpa. Halal bukan dinilai dari senarai pekerja atau rupa tukang masaknya. Bahan masakan, cara penyediaan... itu yang menentukan halal haram sesuatu hidangan.

Menurut surat khabar 15 Mac 2010 (Utusan Malaysia) setakat hari ini hanya ada dua sahaja kopitiam yang memperolehi sijil halal iaitu Pak Hailam Kopitiam dan Jonker Walk Kopitiam. Manakala Old Town White Coffee yang sangat popular dan jadi tumpuan ramai berkumpul tu pula baru dalam proses memohon sijil halal. Baru memohon okey! Apapun, at least depa nak gak la pohon. Yang lain-lain tu apa cerita?

Umat Islam merupakan golongan teramai yang pergi kopitiam, dah pergi.. duduk makan.. baru fikir halal tak halal, macam tu ka? Tak boleh la nak salahkan kopitiam tak sensitif ka apa ka sebab tak apply sijil halal. Salahkan diri sendiri yang tak sensitif. Dah tak nampak tanda HALAL MALAYSIA JAKIM lagi mahu duduk, order nasi lemak. Apabila dah makan, baca surat khabar... rasa tertipu la apa la. Pelik pulak rasanya.

PS: Daging yg tumbuh dari sumber yg haram,disukai oleh api neraka <-Ayat Quran surat apatah?

1 comments:

aloha said...

Alaaaa, kedai mamak pon blum tentu ada yg apply sijil halal.. hehehe

2-3 bln lepas ada pgi KB, byk Kopitiam yg tumbuh.. seronok je tgk. compared to Kuantan.. Kopitaim here sucks!!! rather lepak kedai Mek Siam.. ngengenge