Monday, March 01, 2010

The Devil Inside Us

Pertama banyak gile isu kes buang bayi yang ngeri-ngeri berlaku. Ada yang kena buang dalam tong sampah seterusnya dibakar. Ada yang diflush di dalam mangkuk tandas. Ada juga yang dibuang di tepi taman sana sini. Pelakunye sungguh tidak berhati manusia. Alangkan binatang sayangkan anak, manusia boleh sepah-sepahkan anak sendiri. Apakah manusia kini lebih teruk dan buruk dari harimau, gajah, monyet, babi dan segala isi hutan yang lain?

Yang terbaru, sudah tentu yang berlaku di Ulu Yam. Kalau yang buang bayi itu mungkin kesalahan satu atau dua individu. Tapi apa yang berlaku di Ulu Yam merupakan kecuaian semua pihak termasuk ibu, keluarga dan masyarakat sekitar. Bukan hanya sang boypren. Ya, boypren itu mungkin kesan langsung, yang tak langsung? Yang tukang pandang sebelah mata, yang tukang keji dari jauh (that includes me) apa peranan kita? Kalau bab mengumpat Siti Nurhaliza dapat hadiah hari lahir beg LV berharga RM40,000 laju sahaja dari mulut ke mulut. Derita sengsara arwah, yang memandang ramai. Yang berani menegur, tak seorang?

Keruntuhan institusi keluarga yang melampau. Itu aku tujukan kepada keluarga arwah. Termasuk ibunya. Ada ke yang bersimpati dengan ibu arwah? Entahlah, tapi hati aku keras. Konon tak sangka sang boyprennya begitu, diartikel yang sama tak segan silu mengatakan sang boypren merupakan kaki mabuk dan panas baran. Kononnya arwah sangat sayangkan si boyprennya. Apa lagi konon? Ptuih.

Kecuaian dah berlaku, tolonglah jangan nak berlagak bagus. Budak tu bukan sekali kena sepak terajang. Laporan hospital pun cakap ada banyak kesan dera lama. Atuk nenek dia pun bagitau menda yang sama (Dah atuk nenek dah tau, pehal diamkan jugak waktu budak tu hidup). Jadi sebagai ibu yang boleh sensor kalau anak dalam masalah, mana radar sensor mu itu? Arwah budak kecil, budak kecil tak reti menipu dia dalam keadaan baik kalau dia sedang sakit, macammana kau boleh tak perasan? Dan kali terakhir jumpa anak ialah Rabu lepas???? Orang kerja kilang pun shift 12jam je dik oi!

And the playback yang paling dungu, boypren saya cakap anak saya mati jatuh motor. And you ok with that? I mean come on, takde curiosity, takde tangisan ke kalau anak mati jatuh motor? What kind of mother are you? Banyak betul isu yang bercanggah dalam kes ini. Sekarang tiba-tiba minta perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat pula. Kenapa? Takut disepak terajang oleh masyarakat ke? Ada apa hal, masyarakat yang sama la yang buat tak nampak je time anak kau dibelasah dan disepak terajang di padang bola. Takkan depa berani nak pergi sepak terajang kau pula kan?

And that boypren from hell tu pun memang aku harap dapat balasan secukup rasa. Panas baran ya panas baran, carilah lawan yang sepadan. Pergi gaduh dengan gangster la kalau gian nak bertumbuk. Ini budak kecil kau jadikan mangsa? And the saddest part was the eye witness said, arwah selepas kena sepak terajang, bangun.. tak menangis sebelum tumbang lagi sekali. Kuatnya dia. Bagus juga Allah ambil nyawanya, terselamat dia dari penderitaan berterusan. Kalau dia hidup pun, sudah pasti trauma sampai ke tua diperlakukan sebegitu. Allah lebih sayangkan dia. She better being dead rather than being tempat melepaskan amarah. :(

PS: Hollywood ada tak nak buatkan skrip cerita meruntun hati neh? Boleh box office neh.Tuliskan sekali footnote, based on real story of Ulu Yam Malaysia village. Biar semua orang tahu dan ambik iktibar. Sometimes, kita kena jaga tepi kain orang juga. And the paper, apa kes nak glorify this woman bagai? Letak gambar dia tengah sedih kat front page etc. The paper should focusing on penderitaan dan kematian Syafia Humairah.

3 comments:

gerbera said...

I believe that this women knew about what happened.Tapi konon2 tak tau. Takkan la dah kena kesan lebam sebelum ni dia tak tahu.
Perempuan ni kadang mmg bodoh. Bodoh sebab jantan. Rasa macam tak boleh hidup tanpa jantan. Or maybe dia pun kena sepak terajang and kena ugut dek jantan tu. Tu la akibat buat maksiat. And i think the mother should been punish too. Sekarang ni pun pihak berkuasa suspek mangsa ni kena dera bukan dgn seorang individu.

Anonymous said...

Ye,,agreed..
the mother should be punish..
Aq langsung x termakan dgn airmata palsu die..

Anonymous said...

aku pun setuju pompuan tu disabitkan salah sekali. Apa punya mak lah sengal!!!keluarga dia pun sengal benarkan anak dia bersekedudukan lama-lama tanpa rasa bersalah. Dunia ni dh makin nak kiamat kot?

bis^ler ni^