Friday, March 05, 2010

Beza Baru Dan Baharu

Terbaca status seorang kawan kat Facebook, aku pun kekadang keliru. Jadi aku google la cari maksud dia. Sebab aku rasa perkataan baharu sangat tidak sedap disebut. Tapi apabila baca penjelasan baru faham maksud dia dan rasa agak sesuai digunakan. Maka tidak lagi keliru antara Baru dan Baharu.

Sumber berita harian tapi link broken sudah. Mungkin sudah dikeluarkan dari pangkalan data mereka.

SAUDARA Ketua Editor,

Apakah perbezaan antara 'baru' dengan 'baharu' dan bagaimanakah contoh penggunaannya?

KIRIMAN:
Nur Atiqah Saadon,
Taman Sri Lalang,
Kota Tinggi, Johor.

Saudara, Kami mengucapkan terima kasih atas pertanyaan saudara. Antara 'baru' dengan 'baharu', kedua-duanya membawa maksud yang berbeza.

'Baru' ialah kata bantu manakala 'baharu' ialah kata adjektif. 'Baru' kalau diterjemahkan ke bahasa Inggeris membawa maksud just, manakala 'baharu' pula membawa maksud new . Dalam erti kata lain, 'baru' berkaitan dengan tempoh masa yang belum lama berlalu seperti dalam contoh berikut:

i. Mereka baru sahaja berkenalan.
ii. Dia baru tiba dari Pulau Pinang.
iii. Mesyuarat itu baru sahaja selesai.

Manakala 'baharu' (new ) pula merupakan kata adjektif yang menerangkan keadaan sesuatu yang berlawanan sifatnya dengan 'lama' atau 'buruk' seperti yang terdapat dalam contoh berikut: kereta baharu, baju baharu, majalah baharu, pelajar baharu, guru baharu, kaedah baharu, teknologi baharu dan sebagainya.

Dari segi morfologi, kata 'baru' tidak boleh menerima imbuhan tetapi boleh menerima bentuk gandaan, iaitu 'baru-baru' seperti dalam ayat: Baru-baru ini dia memenangi Hadiah Sastera Remaja. Manakala kata 'baharu' boleh menerima awalan teR- menjadi 'terbaharu', awalan mempeR- menjadi 'memperbaharu' dan apitan meN-...-i menjadi 'membaharui'.

Dari segi semantik, baharu juga boleh bermaksud moden. Kadang-kadang 'baharu' juga dipendekkan menjadi 'baru' dalam pengunaan harian. Bagaimanapun, ini tidak digalakkan.

5 comments:

adieha said...

kat iklan selalu gune BAHARU. cth.. perisa BAHARU pringles!

memula ingat ejaan baru <- oops salah

nak sebut 'baharu' tu tak best.. sbb dulu blaja mane ade gune 'baharu' ni kan. lain la kalo bhs zaman mak ayah kite, maybe gune ejaan mcm tu.

skang baru tau. <- ok ini betul :D

Baru = Just
Baharu = New

ezza erisa said...

sama la. ingat dia saja2 ngengada nak ubah word baru kepada baharu. back to 70s ke apa ke. hahaha

bolehla orang baru nak belajar Bahasa Melayu distinguish penggunaan dia. untuk kita-kita yang memang dibesarkan dengan Baru, dah agak payah nak tukar. :)

paNavia said...

BARU lah aku faham perbezaannya

aloha said...

"BARU" aku paham penggunaan BARU ngan BAHARU.. hehehe

Anonymous said...

hmm.. baru faham... thnxsss