Wednesday, March 03, 2010

Apa Kaitan Ramalan Cuaca Dan Cinta

Beberapa ketika dulu, Aloha kawan forum kcarlife aku meng upkan satu status kat facebooknya. Lebih kurang bertanya, siapa buat lirik lagu ramalan cuaca dan jatuh cinta. Sambil dia ada nada amuk-amuk manja la sikit. Kan Aloha kan? Kau mengamuk manja-manja je kan?

Atas dasar ingin tahu, almaklum aku kan memang lemah tajuk dan lirik lagu, aku usahakan cari lirik lagu itu. Kami usaha mencari sang penulis lirik tapi pakcik google enggan membantu. Mungkin sang penulis merasa malu untuk meletakkan namanya di internet kot?

Aku rasa sebu dan mual apabila lagu ini berkumandang. Lagu seteruk ini boleh mendapat tempat di kalangan pendengar? Penulis lirik dan penyanyi ternyata amat lah tak mengetahui sains, kimia, biologi, fizik dan sebagainya. RAMALAN KAJI CUACA MENGATAKAN AKU AKAN JATUH CINTA? What the heck is that? Macammana ramalan kaji cuaca boleh ramalkan orang jatuh cinta. Cinta tu cuaca ke? Cinta tu macam mendung, hujan, panas, ribut petir ke? Aku dalam lirik tu? Adakah nama tempat? Dan memula cakap 'ramalan cakap aku akan jatuh cinta' kemudian serta merta bertukar jadi Hujan Bunga Di Kuala Lumpur takkan berhenti pulak. Belit sungguh. Which one? Jatuh cinta = hujan bunga ke? Maafkanlah seni yang tak berseni negara saya ini.

Mesti ada yang cakap, ini semua hiburan ringan sahaja, jangan ambil berat. Iyalah jangan ambil berat. Merosakkan sungguh lagu seperti ini. Ubah lirik boleh tak? Soalan aku kepada penyanyinya, tidak malukah menyanyi lagu seteruk ini liriknya? Tak hairan kalau masih ramai yang menyanjung lagu negara lain.

Aku sertakan lirik dibawah, kalau kamu tak rasa mual dengan lirik lagu ini, aku ucapkan tahniah!

Title: Hujan Bunga Di Kuala Lumpur
Artis: Anna Rafali

Ramalan kaji cuaca kata
aku kan jatuh cinta
tapi tak pula beritahu dengan siapa.
Lalu hari ini ku berlari
mencari-cari
si dia yang bakal
miliki hati ini.

Mungkin dia ada disitu,
tersenyum padaku,
namun malu-malu.

Hujan bunga di Kuala Lumpur
kini sudah tiada masa
untuk mencari payung
berteduh kita bawah surat khabar
lalu terbaca berita kata
hujan ini tak akan reda.

Ikut rasa ingin sahaja
aku hampirinya
tapi ku takut apa pula kata semua.
Bukan senang untuk
ku meluangkan masa ini
sekadar peluang mengisi
ruang kosong hati.

Mungkin dia ada disitu,
tersenyum padaku,
namun malu-malu.

Hujan bunga di Kuala Lumpur
kini sudah tiada masa
untuk mencari payung
berteduh kita bawah surat khabar
lalu terbaca berita kata
hujan ini tak akan reda.

PS: Meteorology, tolong ramalkan sekali bila aku nak kaya. Terima kasih!

2 comments:

aloha said...

Thanks Ja... baru aku tau sape artisnye.. huhuhu

LAgu cam nih nak sumbat-paksakan pendengar radio tempatan supaya mendengar SENI diowang??? Please!!!!

Premierauto said...

mantap....