Tuesday, January 19, 2010

Wartawan Buat Lawak..Buaya PD

"Walaupun kedua-dua buaya ini merupakan buaya air masin, namun ia tergolong dalam jenis amfibia, di mana habitatnya berada di kuala sungai kerana memerlukan air tawar untuk hidup," katanya di sini hari ini.

Aha! Buaya ada jenis amfibia yo? Kahkahkah. Ko cerita pasal buaya ke katak? Kahkahkah berterusan.

Original Source: Click here

Perhilitan nafi ada buaya di Port Dickson

SEREMBAN 17 Jan. - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Negeri Sembilan (Perhilitan) mengesahkan kawasan Pantai Batu 4, Port Dickson selamat dan bebas daripada ancaman haiwan berbahaya.

Pengarahnya, Ishak Muhamad berkata, selepas pemantauan rapi, pihaknya menolak sama sekali dakwaan seorang lelaki bahawa dia menjadi mangsa serangan buaya di kawasan terbabit.

"Anggota kami menjalankan siasatan dan pemantauan setiap hari selepas menerima laporan kononnya terdapat kehadiran buaya di kawasan pantai itu.

"Di negara ini hanya terdapat dua jenis buaya air masin iaitu buaya tembaga dan buaya julung.

"Walaupun kedua-dua buaya ini merupakan buaya air masin, namun ia tergolong dalam jenis amfibia, di mana habitatnya berada di kuala sungai kerana memerlukan air tawar untuk hidup," katanya di sini hari ini.

Ishak berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar berhubung kes seorang posmen Mohamad Helme Leman, 25, dari Melaka yang mendakwa diserang seekor buaya ketika mengunjungi pantai tersebut 2 Januari lalu.

Beliau juga menafikan andaian buaya itu datang dari Sungai Linggi di sempadan negeri ini dan Melaka hingga ke pantai itu ekoran faktor jarak yang terlalu jauh.

"Jarak Sungai Linggi ke tempat kejadian sejauh 12 kilometer dan ini agak mustahil kerana buaya itu memerlukan air tawar untuk terus hidup," katanya.

Tambah Ishak, berdasarkan kecederaan yang dialami mangsa, ia didapati tidak seperti bentuk serangan seekor buaya.

"Buaya membaham dengan cengkaman yang kuat dan tidak akan melepaskan mangsa.

"Kebiasaannya, buaya menyerang dengan memutarkan mangsa beberapa kali ke kiri dan kanan selain menggolek badannya di kawasan darat bagi melemah atau mematikan mangsa.

"Saya difahamkan tiada saksi yang nampak kerana ketika itu hanya dia seorang sahaja. Jika itu dakwaannya saya menafikan ia akibat buaya,'' ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, orang ramai tidak perlu bimbang untuk mengunjungi pantai Port Dickson kerana kawasan itu selamat dikunjungi.

Dalam laporan Utusan Malaysia 13 Januari lalu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Abdul Wahab Samsuddin turut menafikan dakwaan bahawa kecederaan mangsa berpunca daripada serangan
reptilia tersebut.

2 comments:

aizam said...

tulah, memang ada buaya kat negeri sembilan tu...Tapi takpa bukan semua jenis spesis buaya tu jahat..

Anonymous said...

bukan wartawan yg buat lawak tapi PENGARAH PERHILITAN.. saya sgt kecewa dengan statement beliau yg dengan jelas membuktikan kredibiliti sbg pengarah Perhilitan.. budak tadika/sekolah rendah pun tau buaya tuh dalam kelas reptilia.. macam mana dia boleh jd pengarah PERHILITAN???