Thursday, January 28, 2010

Restoren Mamak Atau Hindu?

Sebelum pulang petang tadi, Puan Wazi bertanya.. apa aktiviti lepas balik kerja? Aku cakap tak ada apa kot. Terasa malas nak jogging sementelah aku perlu menyelesaikan beberapa urusan yang tak perlu disenaraikan disini jadi Wazi kata... sila tonton Halal @TV1 jam 6.30petang. Aku cakap, okey.. kalau aku ingatlah sebab selalunya 6-7pm, kalau aku ada kat rumah, aku tengok itu The Nanny sengau kat Hallmark Channel tu.

Selesai semua urusan diluar rumah,aku pulang ke rumah. Sedang elok jam 6.32pm. Nasib baiklah aku teringat akan janji sama itu Wazi. Tekanlah remote asteruk aku ke 101. Ya, aku tak menyesal menonton siri itu.

Siri ini hari ini bercerita pasal banyak restoren yang dimiliki oleh bukan orang beragama Islam yang menyamar jadi Islam dan claim mereka menyediakan masakan Islam dengan menampal ayat-ayat Quran di dinding restoren, serta menampalkan sijil Halal yang bukan didapati dari Jakim dan juga menyuruh pekerja-pekerja mereka memakai songkok, selain itu juga ada diantara mereka yang mengupah pembantu gerai Indonesia yang memakai tudung untuk menyakinkan orang Islam yang kedai mereka merupakan kedai orang Islam. Rela menjual agama orang lain demi mendapatkan pelanggan. Siapa tak yakin apabila dinding penuh dengan ayat-ayat Quran kan? Tapi itula modus operandi diaorang. Selepas gantung je ayat Quran.. berduyun orang Islam masuk kedai dan bertambah lah pendapatan mereka.

Ya, sebelum ni aku cuma baca di internet akan modus operandi ini. Tapi selama ni biasalah, baca sahaja. Tak tengok dengan mata kepala sendiri. Lagipun aku memang bukan penggemar mamak. Paling kuat pun beli roti canai kat kedai bawah pejabat. Itupun errkk.. ada lah 2kali setahun kot?

Apabila diserbu oleh Jakim, pekerja yang kononnya pakai songkok itu, bukan sahaja tidak tahu membaca Al Fatihah, nak mengucap pun tak pandai. Apa maksudnya itu? Kita perlu peka hal-hal begini kerana makanan bukan setakat masuk dalam perut kemudian selepas 24jam keluar itu pintu belakang. Makanan tak halal masuk dalam perut effectnya sampai anak cucu. Jadi darah daging wo. Macammana nak jaga keturunan dengan baik kalau asyik makan benda syubhah? :|

Apa yang lebih mengejutkan apabila dibuat serbuan ke dapur sebuah restoren pura-pura Islam ini, dapurnya kotor sekali. Salah satu sebab tak dapat halal dari Jakim. Sup dia eeeee dalam periuk sup tu.. memang ada ayam. AYAM SEEKOR. TAK DIPOTONG TAK DIBERSIHKAN. DENGAN KEPALA, DENGAN MATA-MATA AYAM TU PUN ELOK LAGI. SEKETUL SEEKOR OK! . Agaknya lepas balik dari pasar... bang! Pakai baling masuk dalam periuk. Dengan ayam-ayam berselerak macam tu je. Wekkkk. Tobat aku ban restoren India lepas ni (doesnot matter India muslim ke india hindu sebab aku dah tak yakin mana satu yang Islam, mana satu yang Hindu nya). Nasiblah aku memang bukan penggemar mamak.

Pesanan Jakim dalam rancangan itu tadi, kalau nak tahu restoren itu India Muslim punya atau Hindu punya, tanya ada sediakan lembu tak. Sebab seperti yang kita sedia maklum, lembu dianggap suci dalam agama Hindu, jadi mereka tak makan lembu. Kalau lauk lembu disediakan, maka itu restoren India Muslim. Tapi tetap aku dah was-was tahap tertinggi. Kalau mereka tak segan silu mengaku restoren Islam untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan, apa yang menyebabkan mereka berhenti disitu? Apa sangatlah lembu kalau dibandingkan dengan sumber income berlipat kali ganda?

7 comments:

Eldy said...

Lain kali jumpa boss kedai tu baru makan di sana xD ~

Anonymous said...

Mana dia penguatkuasa Jakim dan yang sekuasa dengannya?

Anonymous said...

I know its ur way of expressing ur ideas..
Tp sometimes kan..kite kena juga beringat..Mungkin ada dikalangan mereka yang bebangsa india membaca blog u..
Mungkin mereka akan terguris dgn kata2 u.. I know its wrong to eat non-halal.. Tp u kan beragama Islam, kenalah menunjukkan sikap yang lebih bersederhana dlm berbahasa.. So maybe, kalau isu yang sensitif spt ini..Mungkin u boleh lebih berdiplomasi dlm berbahasa..

p/s:atau mungkin i saja yang terlalu sensitif..

ezza erisa said...

eldy:owner kedai selalunye tak berada dikedai..hihih. depa tgk bola kat rumah :)

anon 1:
ni diambush oleh Jakim la neh :)

anon 2:
bukan saya kutuk mereka yang berbangsa india. tidak sama sekali. Saya cuma mengutuk orang yang sanggup menjual agama sendiri dan memaparkan mereka seolah-oleah beragama islam demi menarik pelanggan Islam dan mendapat keuntungan lebih. kalau anda menonton rancangan halal itu pada hari berkenaan, anda akan faham betapa geli melihat dapur kotor dan ayam yang bersepah dilantai dan dibawah singki :(

Anonymous said...

Cik adik..
I tak kata pun u kutuk..
Ada ke i mentioned anything bout 'kutuk'?
Tiada kan?????
I cume ckp, berdiplomasi semasa berbahasa..
Ada beza ek...ek..ek..cik adik..
K lah..kalau u berkecil hati..i'm sorry k..

Anonymous said...

Не знал

drBOND said...

bila la nak tengok kedai-kedai melayu islam banyak2 di negara malaysia nih???