Thursday, January 14, 2010

Buang Ayah.. Isk Isk Isk

Sayu hati aku tengok forum yang copy paste berita dari surat khabar yang seorang anak sanggup buang ayah dia kat bus stand. Apa neh? Tak cukup dengan itu berita hari ni lak mendapat jawapan dari sang anak dengan tanpa reaksi kesal mengeluarkan dialog seperti dibawah:
"“Saya mengaku dia bapa kandung saya tapi kami tidak serasi hidup bersama kerana kehadirannya membawa masalah kepada rumah tangga saya. Lagipun, dia memang suka merempat dan hidup sebatang kara. Dulu pun dia duduk seorang diri di Langkawi,”"

Kaedahnya, ayah dia MEMANG SUKA HIDUP MEREMPAT ya? Orang tua kita untuk disayangi, dijaga dan dihargai sementara mereka masih hidup. Apa ke bestnye, sampai masuk paper buang orang tua sendiri? Tak malu? Bangga?

PS: Aku sayang ayah aku. Aku dah takde peluang jaga mak aku. :( Kalau tiba time aku jaga ayah aku, aku akan jaga dia elok-elok. Dengan orang tua lain pun aku boleh cakap lembut gigi dari lidah pasal hormat, takkan dengan orang tua sendiri nak buang-buang kat stesen bas lak?

1 comments:

Anonymous said...

tu la kami bengang sungguh. cara anak dia jwb cam da tak takot dgn hukum Allah. slambe badak je. iskk..

even ape pun perangai ayah tu, igt la tu tetap ayah kandung dia smp bebile..

btol la kot dia bangga dpt buang ayah coz slama ni pun kuar cite dlm paper pasal buang anak..