Wednesday, January 13, 2010

Alahai Arson

Apa yang dah berlaku kat Malaysia dua tiga hari nih? Bakar sana, baling batu sini dan pelbagai lagi. Seronok eh jadi tumpuan sportlight newspaper? Kalau nak jadi popular, sila jadi artis. Jangan sibuk buat Molotov cocktail. Menyusahkan perpaduan sejagat okey.

Ironi betul apabila dalam pada Perdana Menteri sibuk promosi 1Malaysia sana sini, waktu itu jugalah kemuncak bakar-bakar rumah ibadah ya. Dah dapat tangkap dah kan mamat dalam Facebook tu kan? Itu pun pengajaran jugak tu

1. Jangan bodoh mengaku jadi saksi. (Kalau betul)
2. Facebook adalah laman sosial which mean nothing is private. Kalau nak bergurau boleh, tapi jangan dengan isu sensitif dan tengah hangat. (Kalau saja2 nak main-main)

Bergurau ada batas. Tak pepasal famous satu Malaysia kan? Kalau famous macam warga Malaysia yang dapat pelajar terbaik ujian O Level kat Singapura semalam tu bangga gak mak ayah. Ini famous pasal facebook comments? Sadis!

But then arson di gereja oh.... membuatkan nama Malaysia popular. Akhbar asing yang memang tunggu masa nak tulis berita buruk pasal kita dah berjaya. Janganlah kecil hati kalau negara Malaysia yang comel, aman damai neh disamakan dengan negara-negara extremist Islam yang lain. You asked for it! Banyak cara lain boleh tunjuk ketidakpuasan hati.

0 comments: