Thursday, January 28, 2010

Restoren Mamak Atau Hindu?

Sebelum pulang petang tadi, Puan Wazi bertanya.. apa aktiviti lepas balik kerja? Aku cakap tak ada apa kot. Terasa malas nak jogging sementelah aku perlu menyelesaikan beberapa urusan yang tak perlu disenaraikan disini jadi Wazi kata... sila tonton Halal @TV1 jam 6.30petang. Aku cakap, okey.. kalau aku ingatlah sebab selalunya 6-7pm, kalau aku ada kat rumah, aku tengok itu The Nanny sengau kat Hallmark Channel tu.

Selesai semua urusan diluar rumah,aku pulang ke rumah. Sedang elok jam 6.32pm. Nasib baiklah aku teringat akan janji sama itu Wazi. Tekanlah remote asteruk aku ke 101. Ya, aku tak menyesal menonton siri itu.

Siri ini hari ini bercerita pasal banyak restoren yang dimiliki oleh bukan orang beragama Islam yang menyamar jadi Islam dan claim mereka menyediakan masakan Islam dengan menampal ayat-ayat Quran di dinding restoren, serta menampalkan sijil Halal yang bukan didapati dari Jakim dan juga menyuruh pekerja-pekerja mereka memakai songkok, selain itu juga ada diantara mereka yang mengupah pembantu gerai Indonesia yang memakai tudung untuk menyakinkan orang Islam yang kedai mereka merupakan kedai orang Islam. Rela menjual agama orang lain demi mendapatkan pelanggan. Siapa tak yakin apabila dinding penuh dengan ayat-ayat Quran kan? Tapi itula modus operandi diaorang. Selepas gantung je ayat Quran.. berduyun orang Islam masuk kedai dan bertambah lah pendapatan mereka.

Ya, sebelum ni aku cuma baca di internet akan modus operandi ini. Tapi selama ni biasalah, baca sahaja. Tak tengok dengan mata kepala sendiri. Lagipun aku memang bukan penggemar mamak. Paling kuat pun beli roti canai kat kedai bawah pejabat. Itupun errkk.. ada lah 2kali setahun kot?

Apabila diserbu oleh Jakim, pekerja yang kononnya pakai songkok itu, bukan sahaja tidak tahu membaca Al Fatihah, nak mengucap pun tak pandai. Apa maksudnya itu? Kita perlu peka hal-hal begini kerana makanan bukan setakat masuk dalam perut kemudian selepas 24jam keluar itu pintu belakang. Makanan tak halal masuk dalam perut effectnya sampai anak cucu. Jadi darah daging wo. Macammana nak jaga keturunan dengan baik kalau asyik makan benda syubhah? :|

Apa yang lebih mengejutkan apabila dibuat serbuan ke dapur sebuah restoren pura-pura Islam ini, dapurnya kotor sekali. Salah satu sebab tak dapat halal dari Jakim. Sup dia eeeee dalam periuk sup tu.. memang ada ayam. AYAM SEEKOR. TAK DIPOTONG TAK DIBERSIHKAN. DENGAN KEPALA, DENGAN MATA-MATA AYAM TU PUN ELOK LAGI. SEKETUL SEEKOR OK! . Agaknya lepas balik dari pasar... bang! Pakai baling masuk dalam periuk. Dengan ayam-ayam berselerak macam tu je. Wekkkk. Tobat aku ban restoren India lepas ni (doesnot matter India muslim ke india hindu sebab aku dah tak yakin mana satu yang Islam, mana satu yang Hindu nya). Nasiblah aku memang bukan penggemar mamak.

Pesanan Jakim dalam rancangan itu tadi, kalau nak tahu restoren itu India Muslim punya atau Hindu punya, tanya ada sediakan lembu tak. Sebab seperti yang kita sedia maklum, lembu dianggap suci dalam agama Hindu, jadi mereka tak makan lembu. Kalau lauk lembu disediakan, maka itu restoren India Muslim. Tapi tetap aku dah was-was tahap tertinggi. Kalau mereka tak segan silu mengaku restoren Islam untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan, apa yang menyebabkan mereka berhenti disitu? Apa sangatlah lembu kalau dibandingkan dengan sumber income berlipat kali ganda?

Monday, January 25, 2010

Bukan Blogger Politik

Blog ini blog current issues. It is not always about politics. True, aku condemn satu pihak dan sometimes aku puji pihak yang satu lagi. Tapi matlamat aku bukan nak memburukkan mana-mana parti politik. Current issue di Malaysia selalunya berlegar pada hal politik. Atau isu semasa biasa yang selalunya dipolitikkan. Jadi kalau sesekali baca aku tulis politik, bukan sebab aku terjun side A or side B, it is plain simple. CURRENT ISSUES. Tajuk blog pun dah tahu 'Apa yang aku saksikan kebelakangan ini'.

Aku taknak dilabelkan sebagai blogger politik parti A or parti B. Sebab seperti yang aku hebahkan lama dahulu, aku tidak root untuk mana-mana parti politik. Sometimes, anda akan nampak aku diside ini, esoknye side lain pulak. Itu sebab ideologi pihak itu kena dengan aku. Bukan sebab aku sokong dia pun. Agak menyesakkan ruang fikiran aku sekiranya aku diletakkan sebagai blogger politik kemudian diletakkan di bawah Pakatan Rakyat dalam senarai link. Seriously, I am not supporter untuk mana-mana parti. Aku ada parti cap tengkorak untuk disokong. :)

Thursday, January 21, 2010

Rokok Dan RM50 DAN KESANNYA

Harga rokok mungkin RM50. Click here

Kenapa tak haramkan terus je? Kalau kerajaan betul-betul concern dengan kesihatan rakyat terutama perokok tegar, haramkan jelah. Baru tak dapat nak beli. Eh lupa, kalau diharamkan hilanglah punca pendapatan utama kerajaan. Tax rokok. Berselindung disebalik kesihatan etc, sebenarnya menaikkan harga rokok adalah jalan termudah menaikkan pendapatan kerajaan. Dop gitu?

Daripada berhabisan duit buat kempen taknak la, buat grafik ngeri kat kotak rokok kan lebih mudah diharamkan sahaja? Sebab kalau diharamkan pun, rokok seludup berlambak. Kerajaan dah takde income kat situ. Jadi sebagai alasan, naikkan harga naikkan harga... padahal yang sebenarnya ialah kerajaan pun takut hilang punca pendapatan.

Kalau betul la harga rokok dinaikkan jadi RM50 sekotak, ada pelbagai masalah sosial yang datang pakej dengan kenaikan itu..bukan setakat health issue jer. Aku tolong listkan kalau kementerian betul-betul nak buat kajian. Kata nak wat kajian kan? Dengarlah pendapat aku ni sekali. Aku bukan perokok pun, tak ada kesan langsung kat poket aku walau berapa pun harganya. Just secara rasional benda dibawah ini mungkin berlaku apabila sekotak rokok berharga RM50.

1. Kes samun seven eleven, kedai-kedai 24 jam dan pelbagai kedai yang jual rokok lain meningkat. Pakat samun kotak rokok je semua. Tak perlu samun duit atau kedai emas dah. Kalau sekotak rokok RM50, dia tolak harga RM39.90 cukuplah. Dapat samun satu kotak besar tu, dah berapa RM dapat untung? Rokok akan jadi bahan samunan paling tinggi di Malaysia. Abeh dah macam kedai jual emas lak nanti kat kedai-kedai jual rokok. Kena panggil security guard kawal dengan cota.

2. Tak mustahil kes pembunuhan mak ayah berlaku sebab sang anak ketiadaan duit nak beli rokok. Percayalah, tak mustahil berlaku.

3. Penyeludupan rokok keretek dari Indonesia bertambah. Senyum sampai ke telinga la tokey gudang garam. Kalau dah seludup banyak, kerajaan hilang gak punca income dia. Nak beli enjin jet pejuang pakai duit mana nanti?

4. Rokok dah lebih mahal dari dadah. Imagine, yang tak mampu beli rokok... terus pergi beli dadah la. Feeling pun lebih. Perokok kurang tapi semua dah jadi penagih. Yeay! Maju Malaysia!

Tu Lembaga Tembakau Negara tu untuk apa penubuhan dia eh? Bukan untuk memajukan industri tembakau negara ke? (Tiba-tiba teringat kecil-kecil dulu duk petik daun tembakau kat ladang.. hohoho) Result akhir dia jadi rokok tu. Lagi mudah kalau kerajaan buatkan perokok susah nak hisap rokok dari naikkan harga rokok. Dapat gak source income lagi banyak dari naikkan harga dan result pelbagai kecederaan kepada ekonomi itu sendiri. Susahkan camne tu? Banyakkan kawasan larangan, denda kaw-kaw tinggi kalau ditangkap merokok ditempat larangan. Make sure enforcement kuatlah. Kalau letak papan iklan Dilarang Merokok, tapi orang pergi isap kat tepi papan tu, takde sapa pun pergi denda memang la sampai bila depa tak rasa susah.

Kaji pak menteri kaji.

PS: Abah, tanah abah tu nanti kita bina kilang tembakau la ya. Kaya kita nanti bah. Satu kilo tembakau agak-agak berapa ribu la harga dia..Heheh.


Alternatif murah untuk perokok. Arwah nenek aku selalu hisap rokok daun neh dulu. Feeling gak nampak. Hahaha.

Tuesday, January 19, 2010

Wartawan Buat Lawak..Buaya PD

"Walaupun kedua-dua buaya ini merupakan buaya air masin, namun ia tergolong dalam jenis amfibia, di mana habitatnya berada di kuala sungai kerana memerlukan air tawar untuk hidup," katanya di sini hari ini.

Aha! Buaya ada jenis amfibia yo? Kahkahkah. Ko cerita pasal buaya ke katak? Kahkahkah berterusan.

Original Source: Click here

Perhilitan nafi ada buaya di Port Dickson

SEREMBAN 17 Jan. - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Negeri Sembilan (Perhilitan) mengesahkan kawasan Pantai Batu 4, Port Dickson selamat dan bebas daripada ancaman haiwan berbahaya.

Pengarahnya, Ishak Muhamad berkata, selepas pemantauan rapi, pihaknya menolak sama sekali dakwaan seorang lelaki bahawa dia menjadi mangsa serangan buaya di kawasan terbabit.

"Anggota kami menjalankan siasatan dan pemantauan setiap hari selepas menerima laporan kononnya terdapat kehadiran buaya di kawasan pantai itu.

"Di negara ini hanya terdapat dua jenis buaya air masin iaitu buaya tembaga dan buaya julung.

"Walaupun kedua-dua buaya ini merupakan buaya air masin, namun ia tergolong dalam jenis amfibia, di mana habitatnya berada di kuala sungai kerana memerlukan air tawar untuk hidup," katanya di sini hari ini.

Ishak berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar berhubung kes seorang posmen Mohamad Helme Leman, 25, dari Melaka yang mendakwa diserang seekor buaya ketika mengunjungi pantai tersebut 2 Januari lalu.

Beliau juga menafikan andaian buaya itu datang dari Sungai Linggi di sempadan negeri ini dan Melaka hingga ke pantai itu ekoran faktor jarak yang terlalu jauh.

"Jarak Sungai Linggi ke tempat kejadian sejauh 12 kilometer dan ini agak mustahil kerana buaya itu memerlukan air tawar untuk terus hidup," katanya.

Tambah Ishak, berdasarkan kecederaan yang dialami mangsa, ia didapati tidak seperti bentuk serangan seekor buaya.

"Buaya membaham dengan cengkaman yang kuat dan tidak akan melepaskan mangsa.

"Kebiasaannya, buaya menyerang dengan memutarkan mangsa beberapa kali ke kiri dan kanan selain menggolek badannya di kawasan darat bagi melemah atau mematikan mangsa.

"Saya difahamkan tiada saksi yang nampak kerana ketika itu hanya dia seorang sahaja. Jika itu dakwaannya saya menafikan ia akibat buaya,'' ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, orang ramai tidak perlu bimbang untuk mengunjungi pantai Port Dickson kerana kawasan itu selamat dikunjungi.

Dalam laporan Utusan Malaysia 13 Januari lalu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Abdul Wahab Samsuddin turut menafikan dakwaan bahawa kecederaan mangsa berpunca daripada serangan
reptilia tersebut.

Thursday, January 14, 2010

Buang Ayah.. Isk Isk Isk

Sayu hati aku tengok forum yang copy paste berita dari surat khabar yang seorang anak sanggup buang ayah dia kat bus stand. Apa neh? Tak cukup dengan itu berita hari ni lak mendapat jawapan dari sang anak dengan tanpa reaksi kesal mengeluarkan dialog seperti dibawah:
"“Saya mengaku dia bapa kandung saya tapi kami tidak serasi hidup bersama kerana kehadirannya membawa masalah kepada rumah tangga saya. Lagipun, dia memang suka merempat dan hidup sebatang kara. Dulu pun dia duduk seorang diri di Langkawi,”"

Kaedahnya, ayah dia MEMANG SUKA HIDUP MEREMPAT ya? Orang tua kita untuk disayangi, dijaga dan dihargai sementara mereka masih hidup. Apa ke bestnye, sampai masuk paper buang orang tua sendiri? Tak malu? Bangga?

PS: Aku sayang ayah aku. Aku dah takde peluang jaga mak aku. :( Kalau tiba time aku jaga ayah aku, aku akan jaga dia elok-elok. Dengan orang tua lain pun aku boleh cakap lembut gigi dari lidah pasal hormat, takkan dengan orang tua sendiri nak buang-buang kat stesen bas lak?

Wednesday, January 13, 2010

Alahai Arson

Apa yang dah berlaku kat Malaysia dua tiga hari nih? Bakar sana, baling batu sini dan pelbagai lagi. Seronok eh jadi tumpuan sportlight newspaper? Kalau nak jadi popular, sila jadi artis. Jangan sibuk buat Molotov cocktail. Menyusahkan perpaduan sejagat okey.

Ironi betul apabila dalam pada Perdana Menteri sibuk promosi 1Malaysia sana sini, waktu itu jugalah kemuncak bakar-bakar rumah ibadah ya. Dah dapat tangkap dah kan mamat dalam Facebook tu kan? Itu pun pengajaran jugak tu

1. Jangan bodoh mengaku jadi saksi. (Kalau betul)
2. Facebook adalah laman sosial which mean nothing is private. Kalau nak bergurau boleh, tapi jangan dengan isu sensitif dan tengah hangat. (Kalau saja2 nak main-main)

Bergurau ada batas. Tak pepasal famous satu Malaysia kan? Kalau famous macam warga Malaysia yang dapat pelajar terbaik ujian O Level kat Singapura semalam tu bangga gak mak ayah. Ini famous pasal facebook comments? Sadis!

But then arson di gereja oh.... membuatkan nama Malaysia popular. Akhbar asing yang memang tunggu masa nak tulis berita buruk pasal kita dah berjaya. Janganlah kecil hati kalau negara Malaysia yang comel, aman damai neh disamakan dengan negara-negara extremist Islam yang lain. You asked for it! Banyak cara lain boleh tunjuk ketidakpuasan hati.

Monday, January 04, 2010

Selamat 2010!

John F. Kennedy said, "the courage of life is a magnificent mixture of triumph and tragedy. A man does what he must, in spite of personal consequences, in spite of obstacles and dangers and pressures. And that is the basis of all morality.

It's easier to see what we want than to look for the truth.

Friday, January 01, 2010

Sambut Apa Sebenarnya?

Yang duk huha huha sana sini malam tadi tu sebenarnya sambut apa? Pasal berita jam lapan dengan tak segan silu umumkan roti putih ditarik balik subsidi, gula yang kononnya takkan dinaikkan harga tiba-tiba naik 20sen.

Tang gula tu paling menyampah sebab awal bulan 12, ada ura-ura naik harga lepas tu kerajaan dengan penuh cute kata...takkan dinaikkan.. Tiba-tiba menaikkan harga pada 1/1/10. Not that aku peminat tegar gula. Gula beli bulan puasa hari tu pun belum buka plastik lagi. Tapi, janganlah cakap takkan dinaikkan kalau lepas 27hari serta merta naik harga tak tengok kiri kanan. Kuih akan jadi 2.5ketul seringgit after this. Jangan risau. Bukankah ini yang kita sambut dengan muka ceria di dataran malam tadi? Heheheh.