Tuesday, November 17, 2009

Sistem Peperiksaan Dan Pelajar

Semperna musim peperiksaan, aku terfikirkan topik ini sebaik aku dengar radio pagi semalam. Dari peperiksaan SPM dan STPM seterusnya menjalar kepada peperiksaan setiap semester diuniversiti dan kolej menerawang terus kotak fikiran aku.

Antara soalan mudah ialah, kenapa walaupun di peringkat sekolah dan universiti, top studentnya ialah perempuan tetapi yang berjaya masuk market pekerjaan dengan mudah ialah lelaki? Kenapa ramai top student perempuan apabila keluar bekerja hanya membuat kerja-kerja rutin yang tidak ada cabaran kerja? Begitulah lebih kurang.

Aku terpaksa mengakui yang situasi itu berlaku.

Apa aku melalut neh, motif aku nak taip nih belum tercapai neh. Hihihi. Aku ada terbaca dalam ruangan rencana surat khabar (lupa paper apa), pasal kenapa perempuan berjaya kat bangku sekolah dan lelaki lebih berjaya selepas sekolah (even result cukup makan je). Ianya adalah kerana sistem peperiksaan kita memberi kelebihan kepada budak perempuan. Kami bijak bab menghafal, kami bijak bab come up with teori dan sebagainya. Sistem peperiksaan memungkinkan kami menonjolkan kegunaan otak kami ini.(TEORI)

Tetapi bagi pelajar lelaki, mereka lebih menumpu kepada kemahiran. Mereka tidak minat menghafal fakta sejarah 400kali. Mereka tidak minat dengan coloring peta minda. Ini semua minat perempuan. Buku nota penuh warna warni. Jadi pelajar lelaki akan mendapat result yang cukup makan kerana otak mereka di design untuk membuat kerja-kerja berasaskan kemahiran. Kalau di sekolah teknik atau vokasional siapa yang lebih menyerlah? (PRAKTIKAL).

Apabila menceburi bidang pekerjaan, sistem peperiksaan tidak langsung memberi manafaat (selain result yang cenderung dimonopoli oleh pelajar perempuan). Tetapi dari segi kerja (yang mana semuanya memerlukan praktikal) maka ketika inilah lelaki yang datang dari produk sistem peperiksaan yang tak berapa cantik resultnya akan menyerlah dan kelihatan sangat mampu adapt kepada sistem pekerjaan.

Jadi rasanya mungkin sistem peperiksaan yang ada sekarang bukanlah jalan terbaik mengukur prestasi seseorang individu. Kan?

4 comments:

GhOsToNe said...

uhuks...
kate owg..
kite belajar berorientasikan peperiksaan...
means..
kite belajar semata-mata peperiksaan...
hhuh...

Zam216 said...

Salam,

Mmg sistem peperikasaan (akademik) skrg bukan cara terbaik utk menilai potensi individu. Saya pernah bincang isu ni dgn bbrpa org pegawai dari jabatan pelajaran dan mmg derang mengaku pun. Cuma masalahnya, sistem yg ada skrg ni adalah yg terbaik buat masa skrg...

Mcm saya pernah tulis dulu dlm forum dulu, ada perbezaan fisiologi antara otak laki dan pompuan. Dari segi pertumbuhan fizikal pun berbeza. Org pompuan lebih cepat matang dan baligh. Masa bbdak lelaki tgh asyik bermain, org pompuan dah ada kesedaran ttg dirinya sbg sorang individu. Tu sbb ramai yg excel dlm UPSR. Bila UPSR baik, harapan utk masuk kesekolah yg baik pun cerah, seterusnya PMR, SPM, U etc...

ezza erisa said...

wah bro zam dtg melawat. :)

a'ahla bila perempuan UPSR pun dah cemerlang (which time ni budak laki ramai lagi yang sibuk main lastik burung kat pokok), peluang gi asrama penuh, PMR SPM dan peringkat lain akan dipelopori juga oleh perempuan.

tapi ada juga perempuan yang sampai ke sudah cemerlang tapi masuk kerja, dia bekorban pasal dah jadi isteri dan ibu dan breadwinner selalunya suami. jadi isteri pun kekadang malas nak maju sebab banyak nak tumpu..anak-anak, keperluan rumah dan sbg nya.

Koishie said...

sungguh, aku sangat setuju dengan kamu.. sudah tiba masanya sistem pendidikan/peperiksaan kita diubah..