Monday, November 23, 2009

Anak Sendiri di Anak Tirikan...

Apa punya tajuk da... pening aku nak beri tajuk yang sesuai. Tapi ini adalah entry berkaitan dengan bantuan kemanusian berkaitan banjir sebenarnya. Pasal sejak dua tiga minggu ni berita kebanjiran berlaku di hampir negeri yang terdedah kepada musim tengkujuh.

Tajuk di atas berkaitan dengan bantuan untuk mangsa banjir. Ya bantuan kemanusiaan yang Malaysia sangat pakar itu. Pada kali pertama banjir iaitu dua minggu lepas, banyak rumah sudah rosak teruk dan pelbagai harta sudah tidak boleh digunakan lagi. Kerajaan dengan bangganya berkata, bantuan akan dihulurkan selepas mangsa terbabit betul-betul disahkan merupakan mangsa banjir. TAKUT KES MENIPU bantuan.

Apa yang aku rasa agak annoy dalam kes ini?

1. Sewaktu negara Indonesia dilanda bencana, Aceh dilanda petaka, Philipina dilanda taufan, kerajaan tanpa meminta senarai apa-apa dengan murah hati menghulur bantuan berguni-guni. Pihak swasta juga dengan penuh ceria pakat-pakat setup tabung bantuan bencana seterusnya sibuk display mock cheque tulis beratus ribu untuk diberikan kepada mangsa.

2. Tak cukup dengan bantuan kewangan, kita turut menyumbang pakaian.. bahan makanan..lampin lagi, susu bayi pulak. Tuala wanita pun kita tolong sumbangkan.

Tetapi apabila rakyat negara sendiri mengalami bencana alam (well banjir pun bencana alam juga), mana pihak swasta yang selama ni hegeh-hegeh setup tabung bencana untuk negara luar tapi tidak untuk rakyat sendiri? Dah habis mock cheque untuk didisplay atau tabung bantuan banjir tidak gah namanya untuk promosi nama syarikat?

Kenapa pula kerajaan waktu menghantar bantuan ke negara lain tak minta list? Kenapa apabila rakyat sendiri yang mengalami bencana nak kena minta list? Apa beza bencana alam di negara orang dengan negara sendiri? Ke sebab rakyat negara lain bukan ahli parti pemerintah dan parti pembangkang? Jadi tidak perlu ditilik-tilik yang mana nak bagi bantuan lebih? Renung-renungkan dan selamat beramal :D

3 comments:

GhOsToNe said...

ezza...

tau x pew kan???

sian kat umah ak yg d lnda banjir jg!!!

ko x teringin nak drma kat ak???

ezza erisa said...

kg aku pun teruk sih. sekolah pun dah selamat jadi medan mandi manda. nasib baik rumah aku tak kena. (SO FAR la) hohoh

kasorrga dunia said...

kami di NAZA pernah menghantar bantuan kemanusiaan mangsa banjir di Johor pada tahun 2007 dahulu. ye, mmg benar... mereka mengambil kesempatan untuk menipu bg mendapatkan duit sumbangan... kena alami sendiri baru tahu...