Monday, September 28, 2009

Ops Sikap! Gagal Ke Berjaya?

Okey, memula sekali....selamat kembali ke ibu kota wahai semua perantau-perantau. Berapa jumlah saman anda? Heee. Teman? Idokla teman tahu... Selamat hari raya.

Aku terpanggil nak suarakan pendapat aku berkenaan Ops Sikap yang berakhir semalam. Dengan luahan kecewa Ketua Polis Negara yang siap kata hukuman gantung pun tidak dapat menginsafkan sikap buruk pemandu Malaysia yang mengakibatkan kemalangan maut yang ngeri-ngeri sepanjang Ops Sikap untuk hari raya ini.

Jadi apakah Ops Sikap ke 20 gagal mencapai matlamatnya? Atau berjaya? Aku kurang jelas apa matlamat Ops Sikap kerana ikutkan ianya untuk mengurangkan kemalangan tetapi setiap hari sepanjang Ops Sikap yang kuat dihebohkan ialah jumlah kematian, jumlah kemalangan dan juga jumlah saman. Kalau Ops Sikap adalah untuk mengumpul statistik maka tahniah...ianya berjaya setiap kali ia diadakan. Kalau untuk mengurangkan kemalangan...eeerm...agak kurang berjaya.

Aku pelik dengan Ops Sikap, kalau untuk menjadikan pemandu berkemah....sila pegawai-pegawai polis tunggu di tepi jalan. Percayalah... pemandu Malaysia ni ada perasaan takut dengan polis trafik..even nampak kereta peronda pun cepat-cepat sarung tali pinggang keledar! Yang pegawai polis tu pulak tak perlu pun buat sekatan jalan atau ukur speed kereta lalu..just duduk2 lepak sambil borak pun tak apa. Yang penting visibility nya jelas. Dari jauh ku pohon ampun maaf...ops.. dari jauh dah kelihatan! Sah pemandu terus jadi sopan santun. Nak memotong di tempat yang dibenarkan pun segan silu gitu.

Ops Sikap tahun ni menyaksikan tiada roadblock diadakan, which is good la sebab tak sesak. Tapi the bad side is orang tak nampak polis jadi mereka naik gila. Kat mana-mana pun buat kesalahan lalu lintas which might cause the serius accident to happen. Sebab tu aku pelik apabila sibuk keluar statistik berbelas ribu jumlah saman dikeluarkan setiap hari. Untuk kumpul samankah Ops Sikap itu? Kalau polis duk bersembunyi dalam hutan atau di tengah highway untuk tembak kereta yang tidak mematuhi peraturan jalan raya (tanpa kelihatan), adakah boleh mengurangkan jumlah kemalangan? Kalau kena saman pun bukan kena bayar on the spot. Which tak bagi effect langsung pada yang buat kesalahan.

Cadangan ikhlas aku kepada PDRM untuk Ops Sikap akan datang, sila tempatkan pegawai polis ditempat yang pemandu nampak. Jadi mereka takut seterusnya jadi baik. Jangan hanya duk shoot dari tempat tak nampak dan pada esoknya dengan penuh syok keluarkan statistik. Mungkin PDRM boleh buat dua operasi semperna hari-hari perayaan, 1. Ops Sikap. 2 Ops Statistik. :)

3 comments:

zairulkm@UK kejap said...

dear ezza..eid-ul-fitr..sebenornya kat msia nih prob enforcement je..sy ni gile drive kat msia tp bila drive sesekali kat UK nih terus jd baik..sebab di UK..kalu kena saman parking je..siap bgtau kalu x bayor dlm 2 minggu terus pegi mahkamah..takde ampun.

kat Msia..hehe..saman ekor 3-4 bulan br sampai..peh tu htr pakai registered lag kod RP..sori laa takkan sign atau ambik kat pos office..maka saman tu buat rekod je laaa...

percayalah kalu enforcement kite seketat police UK nih..x perlu ada ops sikap yg nampak buang duit je.

p/s nk order apa dr uk nih..next week sy balik dah

ezza erisa said...

selamat hari raya juga en zairul..

kat malaysia kalu saman JPJ buat roadblock je yg 14 hari kena bayar tuh. kalau takat saman ekor.....4-5tahun pun boleh lepas lagi. no wonder pemandu dgn beratus saman boleh bergiat cergas di atas jalan raya lagik...

saya punya saman ekor tak pernah sampai ke tangan saya. check online je (itupun kalau ada niat nak check la kan). lepas tgk..print screen share dgn kekawan..dah habis takat tu je...

ps: order buku manual how to avoid tragic accident dari polis uk boleh?. kekeke

wamaz said...

Salam ezza... Selamat Hari Raya AidilFitri...sepatutnya pihak berkuasa perlu lebih tegas dlm penguatkuasaan undg2 & peraturan jalanraya dan jgn ada tolak ansur.

Contohnya jika memandu secara merbahaya & menyebabkan kemalangan gantung atau batal terus lesen memandu atau buat kerja kebajikan membantu mangsa kemalangan selama 30 hari.

Pelaksanaan mesti dilakukan dgn tegas tanpa memilih bulu & tak kira siapa mesti ikut...

Pemandu malaysia berani melanggar peraturan & undang2 jalanraya krn mereka tahu jika kena saman boleh tangguh & boleh dpt diskaun lg....

Jadi perlu betulkan sikap & pemikiran pemandu kita dulu sebelum Ops Sikap pd tahun2 mendatang menjelma lagi.

Fikirkanlah......