Tuesday, August 18, 2009

Pesanan Khidmat Masyarakat - Pakailah Topeng

Kita taktahu body kita camne. Kuat ke? Tak kuat ke? Jadi sebagai langkah berjaga-jaga mai la kita pakat pakai mask apabila keluar ke tempat orang ramai. Jangan kerana kelewaan (ada ke word lewa = kelewaan), kita mati katak dan menyusahkan orang lain. Mostly rakyat Malaysia masih ambil mudah akan risiko terdedah kepada selsema babi.

Yes, aku mahu memanggil penyakit itu sebagai selsema babi. Baru hina skit bunyinya. Kalau sebut H1N1 macam tak ada pesalah pulak. Utamakan kebersihan. Cuci tangan dengan kerap. Untuk lebih berkesan, 20saat dan lebih. Bukan pi celup air lepas tu claim dah bersihkan tangan. Mask dan hand wash dan juga hand sanitiser menjadi satu benda paling popular waktu ini. Apa jua cara anda, pastikan kita sama-sama bertanggungjawab melindungi diri dan keluarga dari selsema babi.

Aku berdoa semoga kita dilindungi dari selsema babi. Setiap hari ada sahaja kematian terbaru. Takut aku membacanya. Kalau terjangkit pun sembuh macam demam biasa dan tidak diakhiri dengan fatal. :(

2 comments:

republic of maharani said...

3 benda popular tu aku ada pakai..
tapi mask tu selalu terlupa pakai kekeke..
wooo bahaya ooo tahap kritikal Malaysia ni..

Anonymous said...

Pesana Khidmat Masyarakat-Pakailah 'TOPENG' cengini....http://www.mc2design.com/blog/wp-content/uploads/2009/05/mc2design_piggymask.jpg