Thursday, June 04, 2009

Tanya Kerajaan: Bila Nak Wujudkan Website Perancangan Makanan?

My Pyramid by US Department of Agriculture

Aku sangat consent dengan pemakanan sihat dan pengiraan kalori dalam makanan sejak awal tahun ini. Baru-baru ini aku terjumpa website United States Department of Agriculture yang menyediakan menu planner. Tujuan menu planner ini membolehkan kita tahu berapa banyak keperluan kalori badan kita dan dengan menlog masuk semua makanan kita, kita boleh melihat apakah makanan kita itu sihat dan memenuhi ciri-ciri makanan berkualiti.

Rakyat Amerika mungkin ramai yang obesiti, sebab tu kerajaan depa melalui Department of Agriculture mewujudkan website sebegini, kita bila lagi?

Ramai juga orang Malaysia yang obesiti. Aku harap kerajaan dapat wujudkan website sebegini dengan pilihan maklumat makanan kegemaran rakyat Malaysia. Nasi lemak, roti canai, nasi ayam, kari kambing dan sebagainya. Dengan meal planner yang kerajaan US sediakan (wah aku supporter kerajaan USla), aku payah sikit nak check kalori makanan rutin Malaysia sebab almaklum US punya website, US punya environment la kan? Realitinya rakyat Malaysia menuju ke arah obesiti dengan pantas sekali.

Kalau PR nak tolong bangunkan pun boleh juga. :)

2 comments:

Hasbullah Pit said...

British tak buat, jadi Malaysia tak tiru.

Aku Nak Kurus said...

hehe..i think ada kot..cuma maybe susah nk jumpa..i pun terjumpa :)

http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Pemakanan/MenuSihat.pdf

check this one out..memandangkan .gov, i tot its under gov.. :) :D