Wednesday, June 03, 2009

Stadium Runtuh, Dah Lama Berdrama

Stadium Sultan Zainal Abidin runtuh, tak terkojut den. Setahun 4 bulan baru siap dah runtuh? Kalau bangunan yang menempatkan pasaraya Jaya di Seksyen 14, Petaling Jaya (yang dalam proses peruntuhan) pun mengemparkan negara, apatah lagi stadium yang baru setahun jagung?

Stadium ini sebenarnya dari mula pembinaan agak mendapat perhatian. SUKMA berlangsung pada 31 Mei hingga 9 Jun 2008, tetapi pembinaannya mendapat perhatian apabila pada bulan Februari masih lagi tiada bumbung, banyak yang belum siap.

Guess what, 3 bulan selepas itu, dengan terkejar-kejar dateline maka siaplah Stadium Sultan Zainal Abidin yang dari jauh nampak sangat gah (aku lalu tiap kali nak balik KL jalan ni). Dengan segala macam tekanan SUKMA yang hampir bermula, stadium belum siap tak mustahil kerja cincai dilakukan untuk menyiapkan stadium itu tepat pada masanya. Yea dan berjaya siap tepat masanya.

Jadi untuk itu, aku tidak terkejut setahun selepas itu ia collapsed menyembah bumi. Sloppy works never end good. (Nasiblah tak ada tragedi kehilangan nyawa kan?)

Pusat Akuatik Pantai Batu Buruk pun dengar khabar sudah menjadi gajah putih.

0 comments: