Tuesday, June 30, 2009

Orang Gaji, Pembantu Rumah dan Dot Dot Dot

Sejak Siti Hajar keluar suratkhabar akibat didera, maka terbukalah mata orang ramai mengenai kekejaman majikan Malaysia kepada orang gaji mereka. Kerajaan Indonesia pula tak menunggu lama untuk membekukan rakyat mereka masuk Malaysia jadi pembantu rumah.

NGO NGO pula sibuk perjuangkan satu hari cuti setiap minggu untuk pembantu rumah. Majikan-majikan pula sibuk bising tak boleh bagi cuti satu hari kononnya diaorang suka accumulate the leave untuk balik kampung waktu raya dan sebagainya.

Ini pendapat aku la kan sebagai orang kampung yang mak memang menjadi suri rumah sepenuh masa.

Mak aku berada dirumah masak, basuh baju..sapu sampah. Tak ada cuti pun, 7hari seminggu, 30 atau 31 hari sebulan 365 hari atau 366 hari setahun duk kemaskan rumah etc. Siap mengadu bosan kalau adik-adik pergi sekolah pasal tiada apa dirumah. Bukan aku cakap domestic workers tak perlu bercuti. Entahlah, aku tidak berada dalam situasi dan tengok pembantu rumah bekerja. So I am not wearing a right shoe to speak on behalf of them or against the idea.

Tapi cara Kerajaan Indonesia bertindak sungguh tak difahami, banning malaysia konon. Weh yg datang naik tongkang sampai mati kelemasan kat selat melaka itu siapa? Yang ramai pendatang haram tu siapa? Yang mendera pembantu rumah bukan orang Malaysia je. Orang sakit mental je buat camtu. Which can be found in every city and villages in whole world. Nak ban semua negara?

PS: Aku rasa pembantu rumah buat kita jadi malas. Nak ambil air segelas pun nak minta maid ambilkan.

2 comments:

aloha said...

hahahah...Kerajaan diowang malu nak ngaku yg sume tu rakyat diowang kot??

zed said...

Bagi sesiapa yang sedang mencari orang gaji boleh membuat iklan dilaman web www.oranggaji.com. Laman web ini berfungsi mempertemukan bakal majikan dengan pemberi khidmat(oranggaji) warga tempatan. Lebih kurang macam jobstreet laa..
Web oranggaji.com ini telah pun disiarkan dimedia cetak. Sila kilk pautan dibawah ini.
BERNAMA - Oranggaji.com Offers Local Maid Service
BERNAMA - Laman Web Cari Atau Untuk Jadi Pembantu Rumah