Sunday, June 14, 2009

Lagi Isu Bahasa Inggeris, Alahai...

Cadangan mewajibkan lulus bahasa inggeris di peringkat SPM kedengaran. Serentak itu pelbagai pihak memberikan pendapat yang berbeza mengenainya. Ada yang menyokong, ada yang membantah (Memang gitu la selalunya).

Golongan yang menyokong akan mengemukakan pendapatan mereka, yang membantah pula penuh dengan semangat amarah kononnya kewajipan lulus Inggeris seolah membunuh bahasa ibunda. Alahai.........

Ini pendapat aku, mewajibkan lulus, seumpama memaksa pelajar bekerja lebih keras untuk masa depan mereka. What I will say about this? Yes, aku setuju. Sila wajibkan. Biar mereka berusaha keras. Zaman aku lebih 10tahun lepas pun, perlu dapat kepujian untuk diterima masuk ke universiti awam. Apa salahnya kalau wajibkan lulus?

Aku terbaca satu kolum dalam The Star minggu ini, mewajibkan lulus Inggeris seperti mengambil lesen memandu. Ada yang dah terer memandu pergi ambil test, ada juga yang failed. Sebab ambil ujian memandu bukan hanya setakat tahu memandu, perlu betulkan cermin, perlu pakai tali pinggang keledar dan sebagainya. Begitu juga dengan SPM. Perlu sedia dari segala segi untuk mendapat kelulusan cemerlang.

Bahasa Inggeris bukan milik mutlak remaja bandar (urban). Ya mereka lebih terdedah kepada bahasa inggeris, mak ayah kerja best-best. Berbahasa Inggeris dengan anak-anak. tetapi ada juga remaja kampung-kampung kecil pun dapat A apa subjek ini. Yang penting usaha. :)

1 comments:

Anonymous said...

SOKONG!!! takat lulus je kn?? bukan nk suruh skor A pun.. btul x? Lulus je... C pon lulus kn?? kalu kite produce graduan x reti ckp omputih kecoh, bising, malu... takat lulus je pun xnk...nk lulus usaha, x nk lulus suke ati la... patut la bdk2 skrg manje... banyak sgt back up..