Monday, June 08, 2009

Fenomena Potong Q Itu Biasa

Bukan susah nak tengok orang potong Q di KL. Rasanya mana-mana tempat pun ada. Aku sebenarnya tidak kisah sangat dengan golongan ini kecuali jenis yang ketegaq piang. Ada dua tiga sebab kenapa kekadang darah aku menyirap bandung dengan mereka.

1. Pakai himpit je macam nak bagi kereta kita tergores kalau tak bagi jalan. Mangkuk tingkat betul. Dahla minta jalan kan, bersopan la..masa kecik mak kau tak ajar kalu lalu depan orang rendahkan badan..mintak laluan. Waktu memandu pun macam tula kaedahnya. Aku sejuk hati kalu bagi laluan kepada orang yang angkat tangan tanda terima kasih.

2. Jenis menghimpit tiba-tiba. Sedang kita elok jalan, tiba-tiba datang kereta lain..tak signal tak apa....zup masuk depan kita. Kalau tak sempat brek, terlanggar bontot kereta atau tergores tepi kereta mula la melenting nak marah kita balik. Aisey...pening cik kiah.

3. Yang ke tiga macam kereta besar di atas ni la, dahla potong lane kan..jalan lurus tu ko duk menyenget..lepas tu..tak bagi signal pula..pehtu muka berlagak kerek sebab drive kete besar..no need to respect to other driver yang bawa kereta cap Rawang or cap Glenmarie.

1 comments:

ida said...

hwuarggh mmg menci org nak potong q tp tak sabar..aku baru kene..
dah ler jalan jem..taxi ni tak sabar terus nak masuk lorong aku..tak pasai kemek tepi kete aku..dia setakat calar pastu berlagak lg siap tendang kete hangin tul..pdhal dia yg salah, main masuk lane aku..