Tuesday, June 16, 2009

Can Someone Tell Me, How TNB Billing Us?

Aku terima bil letrik aka bil monopoli terbesar di Malaysia iaitu Tenaga Nasional. Samada terima bekalan elektrik dari TNB atau hiduplah kamu didalam pelita ayam (ayam juga yang dapat nama).

Aku rasa TNB mencekik darah dan mental aku dengan bil terbaru ini. Yes, bil TNB selalunya bil anggaran sahaja. Tak ada bil sebenar. Malas benarkah nak jelajah tengok bacaan meter sebenar?

Anggaran meter by TNB tu berdasarkan apa? Beberapa bulan sebelum ini, bil elektrik rumah aku dalam lingkungan 30-40ringgit. Kemudian bulan lepas jadi RM56.00++. this month suddenly jump skyhigh to RM191??????????????????????? Anggaran celah bedah apakah ini? Kemudian ditolak pelarasan anggaran sebanyak RM121++. Jadilah RM64.++. Macammana tolak? Mesin kira apa kau guna? RM64 tu pun masih tinggi sangat bagi pengguna yang hanya berada dirumah 9-10jam sehari.

Ada aku tambah perkakasan elektrik? Pasang penghawa dingin dua ketul? Tidak. Ada kipas syiling je. Tiada yang luar biasa. Peti sejuk sudah berada dirumah sejak 4tahun lepas, washing machine too. And limited the usage of washing machine to 3-4times weekly. Jadi WHAT MAKE MY BILL JUMP SKYHIGH?

Boleh TNB explain? Kau pakai algorithma apa menganggar penggunaan elektrik rumah orang? And I felt like macam dirompak secara terangan. Kalau aku tak bayar, the next bil akan tertulis, TUNGGAKAN. Bagaimana ianya jadi tunggakan kalau ianya cuma anggaran? Walaupun ianya hanya anggaran, tetapi tetap kena bayar. Dan bila? bila masanya bil sebenar akan dapat ditengok?

Seperti yang dilihat di bil aku, TARIKH BACAAN TERDAHULU IALAH PADA 13-02-2009. Walaupun tulis macamtu, bagaimana kita sebagai pengguna nak betul-betul pasti yang memang pada hari tersebut ada bacaan dibuat? 4 bulan yang lepas. Dah tu, macammana tiap-tiap bulan manjang meningkat sahaja bil aku ni? Buat kerja betul-betullah. Pergi buat bacaan sebenar. Kot nak untung lebih pun, berpada-padalah.

Geramnya aku kat TNB. Huh Huh HUh. Sekali lagi, anggaran ko pakai algorithma apa? Ke ikut mood je nak letak nilai berapa pengguna perlu bayar?

Kerajaan pernah memutuskan pada belanjawan negara tahun lepas yang jika bil elektrik kurang dari RM20.00 sebulan, rumah tersebut tidak perlu membayar bil elektrik bulan tersebut. Dalam kes anggaran, macammana nak dapat pengecualian??? Kalau asyik anggar tinggi bebenar?

Rumah aku kat kampung bil eletrik bulanannya hanya 60-70ringgit. Mesin basuh on tiap-tiap hari, kadang-kadang dua tiga kali sehari, peti sejuk. TV. Komputer. Lampu luar terpasang sampai siang, lampu dalam rumah kat ruang tamu pun sampai siang. Jadi, bagaimana bil elektrik aku lebih tinggi dari itu? Adakah kadar caj di Kuala Lumpur lebih mahal dari di Besut Terengganu?

Beriya-iya kerajaan konon suruh jimatkan elektrik, bagaimana aku nak tahu aku dah jimatkan elektrik kalau aku tak nampak reflect ke atas bil bulanan aku yang hanya pakai nujum modem meramal sahaja kaedahnya? Lagi menarik, print atas bil, SWITCH TO ENERGY EFFICIENT, LOG ON TO WWW.SWITCH.ORG.MY. Nak jimat camno, kalau tak tahu penggunaan sebenarpun??????


3 comments:

Excel Manager said...

Kalkulator zaman batu kot..

Piara said...

Dear Ezza,

Website www.switch.org.my di selenggara oleh ngo. Sila layari website ini (ada dua pilihan bahasa) sila klik Kira Bil Anda (calculate your bill) ini merupakan satu kalkulator online yang membantu anda menganggar bil elektrik bulanan. melalui kalkulator ini anda dapat menganggar jumlah penggunaan elektrik. sekiranya nilai adalah jauh berbeza anda sepatutnya membuat aduan kepada TNB. pastikan semua nilai-nilai diisi dengan betul dan setepat mungkin. pastikan anda baca meter elektrik dan bandingkan dengan bacaan yang di cetak pada bil.

Anonymous said...

hampir kena heart attack bile dpt bil letrik bulan lepas.. total amount RM200++!!! bil2 sblm ni paling tinggi pun RM40. apasal bil tinggi giler sedangkan penggunaan letrik sama je mcm bulan2 sbelumnya.. aku xde wat kenduri ke, party ke hape pun..cissssss

bile wat report kat TNB diorang kata jumlah tu slps pelarasan. ape kejadahnye?? kat bil xde nyatakan pun ada pelarasan.. lg 1, kalau meter tu dok dlm umah aku leh terima lg la sbb mgkin meter reader tu main anggar je.. TAPI..TAPI..TAPI.. meter tu terang2 tertonggok kat tepi pintu umah aku tuh.. jengah kepala dari luar pun leh nampak nombor meter tu terang benderang!!

aduh..mau fengsan dibuatnya..

p/s: officemate aku punya bil RM1200++... mujur x kojol...