Tuesday, June 30, 2009

Orang Gaji, Pembantu Rumah dan Dot Dot Dot

Sejak Siti Hajar keluar suratkhabar akibat didera, maka terbukalah mata orang ramai mengenai kekejaman majikan Malaysia kepada orang gaji mereka. Kerajaan Indonesia pula tak menunggu lama untuk membekukan rakyat mereka masuk Malaysia jadi pembantu rumah.

NGO NGO pula sibuk perjuangkan satu hari cuti setiap minggu untuk pembantu rumah. Majikan-majikan pula sibuk bising tak boleh bagi cuti satu hari kononnya diaorang suka accumulate the leave untuk balik kampung waktu raya dan sebagainya.

Ini pendapat aku la kan sebagai orang kampung yang mak memang menjadi suri rumah sepenuh masa.

Mak aku berada dirumah masak, basuh baju..sapu sampah. Tak ada cuti pun, 7hari seminggu, 30 atau 31 hari sebulan 365 hari atau 366 hari setahun duk kemaskan rumah etc. Siap mengadu bosan kalau adik-adik pergi sekolah pasal tiada apa dirumah. Bukan aku cakap domestic workers tak perlu bercuti. Entahlah, aku tidak berada dalam situasi dan tengok pembantu rumah bekerja. So I am not wearing a right shoe to speak on behalf of them or against the idea.

Tapi cara Kerajaan Indonesia bertindak sungguh tak difahami, banning malaysia konon. Weh yg datang naik tongkang sampai mati kelemasan kat selat melaka itu siapa? Yang ramai pendatang haram tu siapa? Yang mendera pembantu rumah bukan orang Malaysia je. Orang sakit mental je buat camtu. Which can be found in every city and villages in whole world. Nak ban semua negara?

PS: Aku rasa pembantu rumah buat kita jadi malas. Nak ambil air segelas pun nak minta maid ambilkan.

Sunday, June 28, 2009

Transformers Revenge Of The Fallen

Okey, watched this movie at KLCC TGV on 23 Jun. Biasalah, aku kalau movie besar-besar prefer ambil sneak preview. At least, when the rest baru start nak beratur, aku dah siap keluar dan boleh komen dah. Hahaha.

Setidak pendapat dengan banyak review yang keluar di internet, aku rasa this sekuel lagi best dari yang satu dulu. CGI, jalan cerita, lawak semua in one. Ramai orang complaint akan ketidak pandaian Megan Fox berlakon. Hey, korang komen dia tak terer berlakon or korang jeles korang tidak sehot Megan Fox? (Oh.. I sound soo lesbian right now). This movie is about Decepticons and Autobots. Manusia tersekat ditengah-tengah. Megan Fox part dia berlari berlari je. How to be a good actress or actor in the movie when all you need to do is run? Tunggu la dia dapat peluang berlakon filem penuh perasaan (someday).

Aku rasa filem ni bagus boleh ditonton oleh semua la (at least not the part where the decepticon kecil horny di kaki megan fox). Payah tau nak buat review tanpa spoiler. Macammana nak cerita yang aku suka sangat filem ni ya? Transformer 1, aku tonton dua kali diwayang. And I think I gonna watch this sekuel one more time. Tak puas hati la pasal....best sangat. Kelakar amat. Sampai satu panggung gelak bersama-sama.

Itu sahaja. I can't go on memuji filem ini tanpa spoiler. Which is unfair pada orang yang tengah beratur beli ticket dan belum tengok lagi.

PST: Sila tonton filem 'The Last House on the Left'. Walaupun permulaan agak selow tetapi wow, tak pernah pula tengok filem ngeri dimana separuh masa pertama pemangsa memburu dan separuh mangsa kedua, pemangsa diburu. This is the best movie la kalau nak cakap pasal revenge. The Fallen Transformers pun kalah. Hahaha. (Filem ini 18PL, banyak adegan berdarah)

Saturday, June 27, 2009

Influenza A H1N1 or SWINE FLU?

Bertekak lah Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi dengan Kementerian Kesihatan akan term mana yang wajar dipakai bagi merujuk kepada selsema yang kini merebak di seluruh dunia. Sudah menjadi pandemik.

Kementerian Kesihatan berkata H1N1 digunakan untuk menyeragamkan panggilannya kerana seluruh dunia memanggilnya H1N1 dan merujuk terus kepada penyakit yang satu itu. Kementerian Penerangan pula berkata, Swine Flu lebih tepat kerana mengambarkan source asal penyakit itu bermula. Jadi yang mana satu?

Me menunggu hasil tekak-tekakkan pihak atas sahaja. Tetapi selsema babi pun sedap juga didengar. :) Kalau selsema burung boleh sahaja digunakan untuk merujuk kepada selsema burung, (ayam pun burung), kenapa tidak selsema babun eh selsema babi kan?


Friday, June 26, 2009

Episod Ayu Lagi

Dia ni punya hobi ialah lena. Sesekali datang manja mesti nak tido kat tangan. Malam tadi disebabkan dia lena kat tangan aku, dengan aku-aku sekali lena. Selamat pukul 10 dah ketiduran depan tv :)
Posted by Picasa

Tuesday, June 23, 2009

H1N1 Ayoyo Spreading Fast

It is spreading and fast. Takut la aku. Ingat tak filem-filem pasal virus yang menyerang sana dan sini? Resident Evil pasal virus spreading all over the world, 28 days later, 28 weeks later pun sama. Menceritakan virus yang merebak dengan pantas. Idaklah H1N1 mengakibatkan kejadian ganas seperti dalam filem-filem ini tetapi virus tetap virus.

Dan serangannya menyebabkan maut. Berbahaya sungguh. Setakat ini sudah 3 sekolah di tutup bagi menghindari ia merebak lebih laju di peringkat sekolah. Bagaimana menghidarinya? Bagaimana mengubatinya? Adoi. serius aku takut.


Aku pernah terbaca dalam blog yang mengatakan 'apa takutnya kepada Selsema Babi apabila orang di Palestin menghadapi maut setiap hari, itu bukan pandemic ka?'. Aku tidak ada jawapan, tetapi pastinya aku berdoa aku terhindar dari jangkitan itu. :)

Friday, June 19, 2009

Stim Boy, Anyone?


Minggu ini jugakla (hari isnin) selepas penat berjalan dan berlari di tasik titiwangsa, sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah, aku dan mekda singgah minum (plan asalnya minum sahaja) di AU2 Keramat.

Selepas pilih kedai, lepak-lepak tengok menu. Alahai perut rasa lapar pula. Biasalah lepas bersenam of course perut minta refill. Jadi orderlah makan tomyam ayam. Sementara menunggu makanan tiba, mata melilau ke sana sini.

Yes, ada beberapa jenis masakan stim ditawarkan dikedai ini. Yang paling mengelikan hati aku ialah stimboy? Apakah itu? Budak lelaki yang dimasak stim atau budak lelaki yang tengah stim? Hahaha. Sungguh aku tidak tahu. :)

Side Parking Itu Seni Part II


Part I here

Haha, lokasi sama la dengan part 1. Almaklum aku belum berhenti kerja dan disini desakan parkingnya sangat tinggi. Bayar untuk parking, atau parking percuma dan datang super awal dan kena bersemangat kental.

Aku tahu ramai orang nak muntah sebab aku duk show off kereta murah aku ni. Tapi biasalah, kereta murah dan kecik pun, ada advantage gak. Senang parking. Hahaha. Serius, everytimes aku dapat masukkan kereta kat tempat sempit dengan propernya maka aku akan rasa sangat happy.

Wednesday, June 17, 2009

Perpaduan Apakah Ini?

Ruang beras-padu dipenuhi dengan cerita Nasharudin dan Nik Aziz bertelagah. Asyik dua tiga menjak berbicara pasal kerajaan Perpaduan, apa sudah jadi? Pergaduhan? Adoi... atau ini merupakan permainan media semata-mata? Tapi kalau sudah berbeza pendapat, rasanya boleh diselesaikan dengan jalan yang lebih respectful.

Jangan jadi Tun Abdullah dan Tun Mahathir ya.

Tuesday, June 16, 2009

Can Someone Tell Me, How TNB Billing Us?

Aku terima bil letrik aka bil monopoli terbesar di Malaysia iaitu Tenaga Nasional. Samada terima bekalan elektrik dari TNB atau hiduplah kamu didalam pelita ayam (ayam juga yang dapat nama).

Aku rasa TNB mencekik darah dan mental aku dengan bil terbaru ini. Yes, bil TNB selalunya bil anggaran sahaja. Tak ada bil sebenar. Malas benarkah nak jelajah tengok bacaan meter sebenar?

Anggaran meter by TNB tu berdasarkan apa? Beberapa bulan sebelum ini, bil elektrik rumah aku dalam lingkungan 30-40ringgit. Kemudian bulan lepas jadi RM56.00++. this month suddenly jump skyhigh to RM191??????????????????????? Anggaran celah bedah apakah ini? Kemudian ditolak pelarasan anggaran sebanyak RM121++. Jadilah RM64.++. Macammana tolak? Mesin kira apa kau guna? RM64 tu pun masih tinggi sangat bagi pengguna yang hanya berada dirumah 9-10jam sehari.

Ada aku tambah perkakasan elektrik? Pasang penghawa dingin dua ketul? Tidak. Ada kipas syiling je. Tiada yang luar biasa. Peti sejuk sudah berada dirumah sejak 4tahun lepas, washing machine too. And limited the usage of washing machine to 3-4times weekly. Jadi WHAT MAKE MY BILL JUMP SKYHIGH?

Boleh TNB explain? Kau pakai algorithma apa menganggar penggunaan elektrik rumah orang? And I felt like macam dirompak secara terangan. Kalau aku tak bayar, the next bil akan tertulis, TUNGGAKAN. Bagaimana ianya jadi tunggakan kalau ianya cuma anggaran? Walaupun ianya hanya anggaran, tetapi tetap kena bayar. Dan bila? bila masanya bil sebenar akan dapat ditengok?

Seperti yang dilihat di bil aku, TARIKH BACAAN TERDAHULU IALAH PADA 13-02-2009. Walaupun tulis macamtu, bagaimana kita sebagai pengguna nak betul-betul pasti yang memang pada hari tersebut ada bacaan dibuat? 4 bulan yang lepas. Dah tu, macammana tiap-tiap bulan manjang meningkat sahaja bil aku ni? Buat kerja betul-betullah. Pergi buat bacaan sebenar. Kot nak untung lebih pun, berpada-padalah.

Geramnya aku kat TNB. Huh Huh HUh. Sekali lagi, anggaran ko pakai algorithma apa? Ke ikut mood je nak letak nilai berapa pengguna perlu bayar?

Kerajaan pernah memutuskan pada belanjawan negara tahun lepas yang jika bil elektrik kurang dari RM20.00 sebulan, rumah tersebut tidak perlu membayar bil elektrik bulan tersebut. Dalam kes anggaran, macammana nak dapat pengecualian??? Kalau asyik anggar tinggi bebenar?

Rumah aku kat kampung bil eletrik bulanannya hanya 60-70ringgit. Mesin basuh on tiap-tiap hari, kadang-kadang dua tiga kali sehari, peti sejuk. TV. Komputer. Lampu luar terpasang sampai siang, lampu dalam rumah kat ruang tamu pun sampai siang. Jadi, bagaimana bil elektrik aku lebih tinggi dari itu? Adakah kadar caj di Kuala Lumpur lebih mahal dari di Besut Terengganu?

Beriya-iya kerajaan konon suruh jimatkan elektrik, bagaimana aku nak tahu aku dah jimatkan elektrik kalau aku tak nampak reflect ke atas bil bulanan aku yang hanya pakai nujum modem meramal sahaja kaedahnya? Lagi menarik, print atas bil, SWITCH TO ENERGY EFFICIENT, LOG ON TO WWW.SWITCH.ORG.MY. Nak jimat camno, kalau tak tahu penggunaan sebenarpun??????


Sunday, June 14, 2009

Lagi Isu Bahasa Inggeris, Alahai...

Cadangan mewajibkan lulus bahasa inggeris di peringkat SPM kedengaran. Serentak itu pelbagai pihak memberikan pendapat yang berbeza mengenainya. Ada yang menyokong, ada yang membantah (Memang gitu la selalunya).

Golongan yang menyokong akan mengemukakan pendapatan mereka, yang membantah pula penuh dengan semangat amarah kononnya kewajipan lulus Inggeris seolah membunuh bahasa ibunda. Alahai.........

Ini pendapat aku, mewajibkan lulus, seumpama memaksa pelajar bekerja lebih keras untuk masa depan mereka. What I will say about this? Yes, aku setuju. Sila wajibkan. Biar mereka berusaha keras. Zaman aku lebih 10tahun lepas pun, perlu dapat kepujian untuk diterima masuk ke universiti awam. Apa salahnya kalau wajibkan lulus?

Aku terbaca satu kolum dalam The Star minggu ini, mewajibkan lulus Inggeris seperti mengambil lesen memandu. Ada yang dah terer memandu pergi ambil test, ada juga yang failed. Sebab ambil ujian memandu bukan hanya setakat tahu memandu, perlu betulkan cermin, perlu pakai tali pinggang keledar dan sebagainya. Begitu juga dengan SPM. Perlu sedia dari segala segi untuk mendapat kelulusan cemerlang.

Bahasa Inggeris bukan milik mutlak remaja bandar (urban). Ya mereka lebih terdedah kepada bahasa inggeris, mak ayah kerja best-best. Berbahasa Inggeris dengan anak-anak. tetapi ada juga remaja kampung-kampung kecil pun dapat A apa subjek ini. Yang penting usaha. :)

Wednesday, June 10, 2009

El Nino & Siti Hajar

Berita muka depan hari ini. Bukan nama penyanyi ya. Fenomena panas. Pernah berlaku beberapa tahun lalu, lupa dah tahun berapa, memang panas. Malam pun rasa berpeluh-peluh sakan. Hujan langsung tiada. Huhu. Akan berlaku lagi? Oh tidak, Ya Allah...kau kuatkan semangat aku melalui kepanasan ini.

Siap catu air tak silap dulu sebab tak ada hujan bersamaan dengan tak ada air. Empangan semua hampir kering. Indek pencemaran udara pun makin tinggi lah.

Berita lain yang gempar juga ialah Siti Hajar main from Indonesia dilayan seperti binatang dirumah majikannya selama tiga tahun. Gila kentang sungguh majikan dia. Aku ingat kes dera-dera pembantu rumah ni dah berakhir dengan Normala Bonat. Rupanya ada lagi spesis camni. Ada sakit mental ke apa?

Apa kejadahnya duk dera orang macam tu? Sebab kat luar rumah, kau tu nobody ya? Balik rumah jadi master. So sebagai master, pembantu rumah tu kau anggap hamba yang boleh kau sepak terajang sesuka hati? Gile gile gile.

Harap-harap kena penjara dalam tempoh yang lama, biar mampus kena dera dengan rakan satu sel dalam penjara lak. Nak kata miskin, mestilah kaya sebab mampu upah maid. Kalau dah kaya pekejadah release tension dengan dera orang? Takleh guna duit gi melancong ke untuk menghindarkan tekanan? Hohohoh. Orang macam ni sesuai kerja dengan Ah Long.

Tuesday, June 09, 2009

Ada Apa Dengan SIS?

1. Pejuang Islam menggelarkan dia mereka sister?
2. Pejuang Islam apa yang ke sana sini tak menutup aurat.

Banyak benda yang aku rasa benci pada SIS. Salah satunya isu bertudung. Tudung itu option. Lutut kau option. Usul lain ialah poligami. (Memangla pompuan mana nak share laki kan, tapi yang dah dihalalkan toksahlah mengada-ngada nak tolak lak), satu lagi pasal isu Yoga. Tak habis-habis dia buat kecoh macam la dia beryoga 50kali sehari. Huh

Ya aku juga ada buku yang diharamkan oleh KDN itu. Haram aku takmo baca. Haruskah aku snap gambar cover buku itu? Err err.. tak payah kot. Dahla diharamkan oleh KDN. Nanti dengan aku-aku sekali terlingkup.

Nota kaki aku tiada kena mengena dengan mana-mana pihak - di akhir zaman ni ramai orang jahil agama mengaku pandai agama. Semoga kita semua dilindungi. Amin

Monday, June 08, 2009

Fenomena Potong Q Itu Biasa

Bukan susah nak tengok orang potong Q di KL. Rasanya mana-mana tempat pun ada. Aku sebenarnya tidak kisah sangat dengan golongan ini kecuali jenis yang ketegaq piang. Ada dua tiga sebab kenapa kekadang darah aku menyirap bandung dengan mereka.

1. Pakai himpit je macam nak bagi kereta kita tergores kalau tak bagi jalan. Mangkuk tingkat betul. Dahla minta jalan kan, bersopan la..masa kecik mak kau tak ajar kalu lalu depan orang rendahkan badan..mintak laluan. Waktu memandu pun macam tula kaedahnya. Aku sejuk hati kalu bagi laluan kepada orang yang angkat tangan tanda terima kasih.

2. Jenis menghimpit tiba-tiba. Sedang kita elok jalan, tiba-tiba datang kereta lain..tak signal tak apa....zup masuk depan kita. Kalau tak sempat brek, terlanggar bontot kereta atau tergores tepi kereta mula la melenting nak marah kita balik. Aisey...pening cik kiah.

3. Yang ke tiga macam kereta besar di atas ni la, dahla potong lane kan..jalan lurus tu ko duk menyenget..lepas tu..tak bagi signal pula..pehtu muka berlagak kerek sebab drive kete besar..no need to respect to other driver yang bawa kereta cap Rawang or cap Glenmarie.

Thursday, June 04, 2009

Tanya Kerajaan: Bila Nak Wujudkan Website Perancangan Makanan?

My Pyramid by US Department of Agriculture

Aku sangat consent dengan pemakanan sihat dan pengiraan kalori dalam makanan sejak awal tahun ini. Baru-baru ini aku terjumpa website United States Department of Agriculture yang menyediakan menu planner. Tujuan menu planner ini membolehkan kita tahu berapa banyak keperluan kalori badan kita dan dengan menlog masuk semua makanan kita, kita boleh melihat apakah makanan kita itu sihat dan memenuhi ciri-ciri makanan berkualiti.

Rakyat Amerika mungkin ramai yang obesiti, sebab tu kerajaan depa melalui Department of Agriculture mewujudkan website sebegini, kita bila lagi?

Ramai juga orang Malaysia yang obesiti. Aku harap kerajaan dapat wujudkan website sebegini dengan pilihan maklumat makanan kegemaran rakyat Malaysia. Nasi lemak, roti canai, nasi ayam, kari kambing dan sebagainya. Dengan meal planner yang kerajaan US sediakan (wah aku supporter kerajaan USla), aku payah sikit nak check kalori makanan rutin Malaysia sebab almaklum US punya website, US punya environment la kan? Realitinya rakyat Malaysia menuju ke arah obesiti dengan pantas sekali.

Kalau PR nak tolong bangunkan pun boleh juga. :)

Wednesday, June 03, 2009

Stadium Runtuh, Dah Lama Berdrama

Stadium Sultan Zainal Abidin runtuh, tak terkojut den. Setahun 4 bulan baru siap dah runtuh? Kalau bangunan yang menempatkan pasaraya Jaya di Seksyen 14, Petaling Jaya (yang dalam proses peruntuhan) pun mengemparkan negara, apatah lagi stadium yang baru setahun jagung?

Stadium ini sebenarnya dari mula pembinaan agak mendapat perhatian. SUKMA berlangsung pada 31 Mei hingga 9 Jun 2008, tetapi pembinaannya mendapat perhatian apabila pada bulan Februari masih lagi tiada bumbung, banyak yang belum siap.

Guess what, 3 bulan selepas itu, dengan terkejar-kejar dateline maka siaplah Stadium Sultan Zainal Abidin yang dari jauh nampak sangat gah (aku lalu tiap kali nak balik KL jalan ni). Dengan segala macam tekanan SUKMA yang hampir bermula, stadium belum siap tak mustahil kerja cincai dilakukan untuk menyiapkan stadium itu tepat pada masanya. Yea dan berjaya siap tepat masanya.

Jadi untuk itu, aku tidak terkejut setahun selepas itu ia collapsed menyembah bumi. Sloppy works never end good. (Nasiblah tak ada tragedi kehilangan nyawa kan?)

Pusat Akuatik Pantai Batu Buruk pun dengar khabar sudah menjadi gajah putih.