Monday, May 04, 2009

Tomok Selaku Juara OIAM 3



Tahniah! Tahniah! Tahniah!

Aku akui, aku salah seorang yang mengeji mamat ni apabila beliau pergi audition OIAM. Sebab mudah, band new boys tu terkenal sebagai band suara sengau. Tomok menyanyi ala-ala tah hapa-hapa.

Malah, Syafinaz dan Paul Moss sendiri mengaku mereka berikan peluang kepada Tomok untuk melepasi peringkat saringan semata-mata sebab bakat yang lepas-lepas. Bukan sebab masa audition. Sebab masa audition tu amat tak sedap okey. Duk nyanyi gaya-gaya newboys lagi, dengan sengau sengau perasan gitu.

Selepas beberapa minggu pertandingan dimulakan, Tomok menunjukkan perubahan. Hari aku buka mata dengan persembahan dia adalah apabila dia nyanyi lagu Crazy in Love by Beyonce. Dia pandai buat arrangement muzik menyebabkan lagu menjadi lain dari versi asal.

Lama kelamaan dan hilang mamat suara sengau, diganti dengan mamat yang kira bolehlah menyanyi. Aku pun dah hilang menyampah kat dia time tu..menjelang akhir pertandingan, dah jadi fan dia pula.

Inilah yang dinamakan perubahan. Bukan paksa2 masuk kelas nyanyian 8jam sehari tetapi time konsert haram tak sedap jugak.

Lagu baru tomok pun boleh tahan, aku dah suka lagu tu first time dia nyanyi

1 comments:

ApEz ""MaTTeNo"" said...

aku pon mule tak suke die sbb lagu sejarahmungkin berulang versi sengau..

tp skrg aku sokong die die sbb banyak improvement dalam suara die dan sifat merendah diri beliau....