Thursday, May 28, 2009

Sejarah Ditulis Oleh Mereka Yang Menang...

Sejak kebelakangan ini, isu Chin Peng, regimen ke 10 dan PKM sangat hangat, kalau google banyak laman web menyebut pasal ini. Tiba-tiba mata ramai rakyat muda mudi yang selama ini mengetahui sejarah Malaysia dari buku teks tingkatan lima mula merungut yang semua yang dibaca tidak ada pun dalam buku yang mereka belajar.

Tahun lepas beberapa keluaran menjelang kemerdekaan majalah Mastika mengupas isu gerakan kiri. Sejak itu dah ramai yang buka mata. Sejak chin peng nak balik Malaysia dan isu rais Yatim dan tiba-tiba jadi isu PR pula, famous PKM ni. (Aneh kenapa jadi isu PR ya, adoi aneh sungguh).

Kepada semua orang yang duk bersungut kenapa banyak yang dibaca di sana sini
tidak berada dalam buku teks sejarah, disini aku nak bagi fakta jelas, 'SEJARAH DITULIS OLEH MEREKA YANG MENANG'.

PKM tak menang, API tak menang, AWAS tak menang, Rentap tak menang, Dato Bahaman tak menang, Mat Kilau tak menang, jadi sejarah mereka...semua hitam gulita. Paling menyayat hati, buku teks sejarah dengan bangga memberitahu kemerderkaan Tanah Melayu diperolehi hasil rundingan di London oleh Tunku Abd Rahman dengan British. Tanpa pertumpahan darah sebab itu Indonesia sangat iri hati kerana mereka bermandi darah menuntut kemerdekaan. Kepala kena penggal dek Jepun, kena tembak dek British etc....itu bukan darah ke?

Aku tidak suka komunis. Aku taknak Chin Peng balik Malaysia. What happened, happened.

Bacaan ringan dan penuh ilmiah berkaitan
PKM

2 comments:

Hasbullah Pit said...

Aku tak suka kapitalis, aku nampak najib balik Malaysia

Mujahid Elina said...

Pendedahan yang sangat wajar berhubung sejarah negara ditulis oleh pihak yang menang. Siapa yang menang dia lah yang benar dan berkuasa - The end justifies the mean