Tuesday, May 19, 2009

Puduraya - Nak Kena PM Juga Yang Melawat Ya

Kesesakan di Puduraya bukan berlaku sehari dua, bunyi-bunyi tidak puas hati dengan stesen bas tersibuk di Kuala Lumpur itu bukan terjadi dalam masa baru ini sahaja. Sejak dari awal kewujudannya sehingga sekarang, bermacam suara sungutan sudah kedengaran.

Dari sang pencopek, kepada tidak mesra orang kurang upaya kepada kesesakan melampau dan sebagainya. Satu pun aduan tidak dihiraukan. Tetapi sebaik Najib pergi melawat (Najib melawat sebagai Perdana Menteri), serta merta Puduraya diberi perhatian. Segera Puduraya menjadi tajuk utama berita. Dalam masa sekejab juga bermacam cadangan dilontarkan untuk menjadikan Puduraya sebagai tempat yang lebih canggih dari sekarang.

Sebaik berakhir episod Najib melawat Puduraya, bermacam VIP turun melawat Puduraya. Menteri Wilayah Persekutuan (eh wujud rupanya, baru muncul melawat ya), menteri dijabatan perdana menteri la apa lah.

Moralnya, kalau kita orang biasa ni memberi komen mengenai sesuatu tempat, jangan harap diberi perhatian. Moral lagi, kalau kita ada tak puas hati dengan sesuatu tempat, kita kena pergi tunggu Najib di depan rumah dia. Kita kena minta dia yang pergi melawat, barulah orang berkenaan buka mata dan rungutan kita akan diberi perhatian. Terima kasih.

1 comments:

Anonymous said...

Alahai..macam xbiasalak.. Bukan masa x-pm dulu pun sama.. bile buat spotcheck baru dorg nak berjalan.. Kalau x..hampeh..Nampak sgt segala pendapat kita tidak bernilai..