Wednesday, May 13, 2009

MB Perak Tak Sah... Kome Tak Malu Ka?

Aku rasa aku memang taknak tulis pasal Perak. Nanti orang Perak marah aku pula. Almaklum sibuk-sibuk berbicara pasal kemelut politik negeri dia. Hehehe. Tetapi dua tiga hari ini aku rasa ya ampun, sick sick sick with the Perak political scandal eh scandal pulak drama.

BN, kau kalah pilihanraya kan? Kemudian datanglah katak puru yang konon tak melompat tetapi melompat seterusnya menjadi katak-katak huduh dalam sejarah politik Perak. Eh 28 vs 28 jadinya BN memerintah? Apakah ini? Katak bebas tetap katak bebas, kalau dah gian sangat nak sokong BN, masuk BN lah. Apa beza jadi BEBAS (konon tak sebelah mana-mana pihak, dah namanya bebas) dengan masuk BN kalau menyokong BN? Chit podah la...takut orang nampak kau melompat parti? Kau ingat jadi bebas tetapi menyokong BN, orang tak nampak la? Dah dah, pendek kata aku benci katak politik dan aku geli pada katak betul. Mereka-mereka ini hanya layak menjadi pemanggil hujan sahaja.

Apabila mahkamah tinggi mengumumkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah, kenapa pula Zambry tak mahu melepaskan jawatan? Jawatan apa yang kau ada untuk tidak mahu melepaskan?

Aku rasa rakyat Perak yang patut buat keputusan nak PR ka nak BN? Mahkamah mana pun tak dapat puaskan hati semua orang. Kalah disini rayu disana, menang disana, dirayu oleh pihak lain pula. Sampai bila nak dapat keputusan? Adakan sahaja pilihanraya negeri di Perak. Senang cerita rakyat Perak pakat-pakat mengundi pilihan mereka maka menang. Kenapa PR je sibuk dengan cadangan ini, orang BN phobia ke dengan pilihanraya kecil?

Orang sibuk krisis ekonomi dunia dengan wabak selsema babi, BN sibuk nak merebut Perak dari PR? Apakah ini?

PS: Aku rasa kemenangan Nizar di mahkamah tinggi hanya macam mainan buah catur.

Langkah satu, Nizar menang di mahkamah tinggi. Yea PR bersorak gembira
Langkah dua, rayuan oleh BN di mahkamah rayuan.
Langkah tiga, BN menang
Langkah empat, penyokong PR membantah kemenangan BN
Langkah lima, media milik kerajaan akan memainkan peranan memetik kata orang dan kata kambing disana sini, 'oh PR memang macam tu, waktu dia menang bersorak...keadilan milik kita etc, kalau dia kalah dia akan kata mahkamah tak adil. Kalau mahkamah tak adil, macammana PR boleh menang di mahkamah tinggi?'

5 comments:

fahmi said...

salam... mmg dh dijangka akan ade perkara2 berbangkit selepas ini... selagi x bubar dewan, selagi itu kemelut ini akan kekal berterusan.. kita rakyat biasa juga yg melopong, yg bertukar kuasa bukan kesah pun kite ni cukup makan, pakai atau tidak

kasorrga dunia said...

28 vs 28 la...
mu jange wat malu ore besut erisar weh... fakta keno tepat... baru buleh komen ore lain...

p/s: lamo dok komen blog mu... ant sbb nya tuh la... fakta x betul... hehehhehe

zairulkm said...

hi..ezza.setakat nih...krisis perak terarah pada pihak ke tiga - Istana - utk selesaikan. Sy x nak komen byk2 bab itu..

Cuma hry buat hebat mahkamah msia..kul 9am zambry buat rayuan, kul 1130 dah bersidang..kul 1330 dah ada results...kalu camni nyer prestasi..semua kes2 tertunggak mahkamah akan selesai woo.

Imagine Nizar perlu 3 bulan utk kes diputuskan dan seminggu lagi utk rayuan didengar

Err..awk tak post blog pasal krisis Nganu pun? ker awk org Pok Deris...hehehe

ezza erisa said...

wahai org kampungku,
okei la silap aku 28 vs 28...
tapi still sama maksudnya kan?
kenapa 28 vs 28 = BN jadi kerajaan perak? tak ke pening?

zairul,
yes..itu yang terer tu...laju amat court bersidang..half day dah dapat result bermula dari rayuan, mendegar rayuan dan keputusan.

kalau rayuan dan keputusan untuk BN boleh dibuat pada hari yang sama infact dalam setengahari yg sama, kenapa kepada Nizar sampai 4-5hari????

sungguh tidak mengerti.

ganu? pasal kes ugut bunuh tu? hahaha, ugut ka bunuh ka......sama parti pun nak bercakar, kalu PAS, PKR or DAP or parti2 lain dlm PR bercakar siaplah media kerajaan buat ulasan terbabit sana terbabit sini. kalau UMNO / BN yang bercakar..eeh...semua di putar menjadi seolah elok je

kasorrga dunia said...

dio buleh memerintoh perok sebab 28+3 (adun hok mu kato pok katok tuh la...) so jadi la 31... majoriti... dokkan dok paham? lagipon xdok kato keno masuk parti baru leh memerintoh... mace PR... 3 entiti berasingan join together-gether... buleh la memerintoh... nok wat guano, yat kecek gitu doh...(tganu kito pon rajin doh jd kes lagu nih...)