Thursday, May 28, 2009

Sejarah Ditulis Oleh Mereka Yang Menang...

Sejak kebelakangan ini, isu Chin Peng, regimen ke 10 dan PKM sangat hangat, kalau google banyak laman web menyebut pasal ini. Tiba-tiba mata ramai rakyat muda mudi yang selama ini mengetahui sejarah Malaysia dari buku teks tingkatan lima mula merungut yang semua yang dibaca tidak ada pun dalam buku yang mereka belajar.

Tahun lepas beberapa keluaran menjelang kemerdekaan majalah Mastika mengupas isu gerakan kiri. Sejak itu dah ramai yang buka mata. Sejak chin peng nak balik Malaysia dan isu rais Yatim dan tiba-tiba jadi isu PR pula, famous PKM ni. (Aneh kenapa jadi isu PR ya, adoi aneh sungguh).

Kepada semua orang yang duk bersungut kenapa banyak yang dibaca di sana sini
tidak berada dalam buku teks sejarah, disini aku nak bagi fakta jelas, 'SEJARAH DITULIS OLEH MEREKA YANG MENANG'.

PKM tak menang, API tak menang, AWAS tak menang, Rentap tak menang, Dato Bahaman tak menang, Mat Kilau tak menang, jadi sejarah mereka...semua hitam gulita. Paling menyayat hati, buku teks sejarah dengan bangga memberitahu kemerderkaan Tanah Melayu diperolehi hasil rundingan di London oleh Tunku Abd Rahman dengan British. Tanpa pertumpahan darah sebab itu Indonesia sangat iri hati kerana mereka bermandi darah menuntut kemerdekaan. Kepala kena penggal dek Jepun, kena tembak dek British etc....itu bukan darah ke?

Aku tidak suka komunis. Aku taknak Chin Peng balik Malaysia. What happened, happened.

Bacaan ringan dan penuh ilmiah berkaitan
PKM

Tuesday, May 26, 2009

Glamour Amina Dola, Kalah Siti Nurhaliza

Aisey makcik ni, bukti itu bukti ini. Nak popular jadi artis lah. Toksah jadi calon bebas time pilihanraya, orang tak berapa nak ingat kecuali nenek di Kuala Terengganu yang berkempen naik basikal. (Itupun aku dah lupa nama).

Banyak dakwaan dia, PKR tawarkan jawatan itu jawatan ini kat dia. Alahai cik minah, boleh kira dengan jari la berapa ramai calon bebas menang pilihanraya. Kalau letak Siti Nurhaliza jadi calon bebas, haruslah parti politik gentar (bukan PKR je BN pun harus goyang-goyang) pasal Siti Nurhaliza pujaan Malaysia. Kalau setakat Amina Dola (baru nak popular pula tu), it is not even fair fight la.

Dah tak menang pilihanraya nak jadi drama queen pula ke? Chop, undi yang dia dapat dulu, membolehkan dia dapat balik tak duit taruhan dia?

Monday, May 25, 2009

Pameran Kasut Sukan

Pertandingan pameran kasut sukan aku dan mekda. Pameran di tasik titiwangsa. :) Mekda kasut brown, aku kasut putih pink. yes. Me now officially minah pink. Hahaha

Friday, May 22, 2009

Zambry Menang Di Perak, Betul Tekaan Aku

Tak betul telahan aku? Buah catur susunan BN memang menarik. Sepertimana Pak Pandir bersorak keriangan tanpa menyedari kehilangan kampung dalam sabung ayam, begitulah juga pesta PR semasa mahkamah tinggi memutuskan Nizar sah Menteri Besar Perak.

Semua caturan yang berlaku seminggu dua ini sudah diatur dan dicatur seperti buah-buah catur di atas papan. Drama yang sangat mantap skripnya? Tak dengar apa Muhyiddin Yasin cakap dalam berita tadi? Hampir nak sama dengan dialog rekaan aku dalam
entry sebelum ini.

Tuesday, May 19, 2009

Puduraya - Nak Kena PM Juga Yang Melawat Ya

Kesesakan di Puduraya bukan berlaku sehari dua, bunyi-bunyi tidak puas hati dengan stesen bas tersibuk di Kuala Lumpur itu bukan terjadi dalam masa baru ini sahaja. Sejak dari awal kewujudannya sehingga sekarang, bermacam suara sungutan sudah kedengaran.

Dari sang pencopek, kepada tidak mesra orang kurang upaya kepada kesesakan melampau dan sebagainya. Satu pun aduan tidak dihiraukan. Tetapi sebaik Najib pergi melawat (Najib melawat sebagai Perdana Menteri), serta merta Puduraya diberi perhatian. Segera Puduraya menjadi tajuk utama berita. Dalam masa sekejab juga bermacam cadangan dilontarkan untuk menjadikan Puduraya sebagai tempat yang lebih canggih dari sekarang.

Sebaik berakhir episod Najib melawat Puduraya, bermacam VIP turun melawat Puduraya. Menteri Wilayah Persekutuan (eh wujud rupanya, baru muncul melawat ya), menteri dijabatan perdana menteri la apa lah.

Moralnya, kalau kita orang biasa ni memberi komen mengenai sesuatu tempat, jangan harap diberi perhatian. Moral lagi, kalau kita ada tak puas hati dengan sesuatu tempat, kita kena pergi tunggu Najib di depan rumah dia. Kita kena minta dia yang pergi melawat, barulah orang berkenaan buka mata dan rungutan kita akan diberi perhatian. Terima kasih.

Biarlah Kalu BN Tak Nak Bertanding

Itu hak BN kan? Kalau dah rasa tak boleh menang, tak perlulah bertanding. Kenapa nak jadi isu-isu cakap BN penakut dan sebagainya?

Nanti kalau BN bertanding, cakap BN suka nak bazirkan wang rakyat, apabila Najib umumkan BN tak hendak bertanding di Penanti, dikatakan BN pengecut pula. Aduh. Bagi aku keputusan Najib dan BN tepat, dah kalau rasa akan kalah...buat apa menghabiskan masa. Bukan isu mengalah sebelum bertanding dan sebagainya, isunya ialah...dah sah kalah...buat apa nak memalukan diri lebih teruk? :)

Aku puas hati dengan keputusan BN. Itu je apa yang aku rasa.

Wednesday, May 13, 2009

MB Perak Tak Sah... Kome Tak Malu Ka?

Aku rasa aku memang taknak tulis pasal Perak. Nanti orang Perak marah aku pula. Almaklum sibuk-sibuk berbicara pasal kemelut politik negeri dia. Hehehe. Tetapi dua tiga hari ini aku rasa ya ampun, sick sick sick with the Perak political scandal eh scandal pulak drama.

BN, kau kalah pilihanraya kan? Kemudian datanglah katak puru yang konon tak melompat tetapi melompat seterusnya menjadi katak-katak huduh dalam sejarah politik Perak. Eh 28 vs 28 jadinya BN memerintah? Apakah ini? Katak bebas tetap katak bebas, kalau dah gian sangat nak sokong BN, masuk BN lah. Apa beza jadi BEBAS (konon tak sebelah mana-mana pihak, dah namanya bebas) dengan masuk BN kalau menyokong BN? Chit podah la...takut orang nampak kau melompat parti? Kau ingat jadi bebas tetapi menyokong BN, orang tak nampak la? Dah dah, pendek kata aku benci katak politik dan aku geli pada katak betul. Mereka-mereka ini hanya layak menjadi pemanggil hujan sahaja.

Apabila mahkamah tinggi mengumumkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah, kenapa pula Zambry tak mahu melepaskan jawatan? Jawatan apa yang kau ada untuk tidak mahu melepaskan?

Aku rasa rakyat Perak yang patut buat keputusan nak PR ka nak BN? Mahkamah mana pun tak dapat puaskan hati semua orang. Kalah disini rayu disana, menang disana, dirayu oleh pihak lain pula. Sampai bila nak dapat keputusan? Adakan sahaja pilihanraya negeri di Perak. Senang cerita rakyat Perak pakat-pakat mengundi pilihan mereka maka menang. Kenapa PR je sibuk dengan cadangan ini, orang BN phobia ke dengan pilihanraya kecil?

Orang sibuk krisis ekonomi dunia dengan wabak selsema babi, BN sibuk nak merebut Perak dari PR? Apakah ini?

PS: Aku rasa kemenangan Nizar di mahkamah tinggi hanya macam mainan buah catur.

Langkah satu, Nizar menang di mahkamah tinggi. Yea PR bersorak gembira
Langkah dua, rayuan oleh BN di mahkamah rayuan.
Langkah tiga, BN menang
Langkah empat, penyokong PR membantah kemenangan BN
Langkah lima, media milik kerajaan akan memainkan peranan memetik kata orang dan kata kambing disana sini, 'oh PR memang macam tu, waktu dia menang bersorak...keadilan milik kita etc, kalau dia kalah dia akan kata mahkamah tak adil. Kalau mahkamah tak adil, macammana PR boleh menang di mahkamah tinggi?'

Monday, May 11, 2009

Kereta Apa Akan Di Lelong Selepas Ini?

Perak diperintah Pakatan Rakyat, membeli Camry. Kemudian Barisan Nasional datang merampas dengan tidak malunya seterusnya ingin melelong Camry dan menggunakan kereta buatan tempatan. (alang-alang nak berjimat, apa kata beli Kancil? Toksah beli Perdana. Cekadak lebey).

Apakan Perdana baru sudah dibuat tempahan? Tergeleng lah kepala si jurujual.. Soalan ramah pengguna aku, apakah akan ada kereta yang bakal dilelong lagi selepas ni? :)

Tahniah kepada Pakatan Rakyat Perak khasnya yang begitu bersungguh-sungguh dan berjaya membuktikan mereka di pihak yang benar. Alhamdulillah, mahkamah telus dan bebas dari tangan-tangan politik.

Tunggu berita jam 8. Entah apa yang hendak dibelitkan oleh kerajaan yang sebetul-betulnya haram dan memerintah beberapa seketika sahaja tetapi paling akan diingati sebagai kerajaan yang tak sabar nak jadi pelelong. Hohoho

Thursday, May 07, 2009

Apa Maksud Lampu Isyarat Ini

Lampu merahnya tak hendak padam. Walaupun lampu lain menyala. Sudah lebih seminggu berlalu, tiada sebarang tanda nak dibetulkan. Kalau yang lalu tiap-tiap hari macam aku ni, okeylah dah faham. Ada lampu hijau jalan daaa.

Kalau yang baru first time lalu? Berapa lama dia nak tunggu sebelum lampu bertukar?

Monday, May 04, 2009

Tomok Selaku Juara OIAM 3



Tahniah! Tahniah! Tahniah!

Aku akui, aku salah seorang yang mengeji mamat ni apabila beliau pergi audition OIAM. Sebab mudah, band new boys tu terkenal sebagai band suara sengau. Tomok menyanyi ala-ala tah hapa-hapa.

Malah, Syafinaz dan Paul Moss sendiri mengaku mereka berikan peluang kepada Tomok untuk melepasi peringkat saringan semata-mata sebab bakat yang lepas-lepas. Bukan sebab masa audition. Sebab masa audition tu amat tak sedap okey. Duk nyanyi gaya-gaya newboys lagi, dengan sengau sengau perasan gitu.

Selepas beberapa minggu pertandingan dimulakan, Tomok menunjukkan perubahan. Hari aku buka mata dengan persembahan dia adalah apabila dia nyanyi lagu Crazy in Love by Beyonce. Dia pandai buat arrangement muzik menyebabkan lagu menjadi lain dari versi asal.

Lama kelamaan dan hilang mamat suara sengau, diganti dengan mamat yang kira bolehlah menyanyi. Aku pun dah hilang menyampah kat dia time tu..menjelang akhir pertandingan, dah jadi fan dia pula.

Inilah yang dinamakan perubahan. Bukan paksa2 masuk kelas nyanyian 8jam sehari tetapi time konsert haram tak sedap jugak.

Lagu baru tomok pun boleh tahan, aku dah suka lagu tu first time dia nyanyi

Apa Menariknya Nafas Cahaya?

Lagu Nafas Cahaya dapat lagu terbaik? Aku cuba dengar banyak kali, dimana terbaiknya? arrangement muzik? Suara minah bergigi besi? Lirik puitis? Haram satu pun tak ada yang menarik. Sudahlah lagu tu lagu yang popular 2tahun sudah. Entah dimana baiknya pun tidak tahu. Kenapa tak calonkan lagu P Ramlee 40tahun lepas kalau syaratnya ialah selagi belum bertanding dalam AIM, tak kiralah tahun berapa pun boleh calonkan juga.

Baik lagilah menang lagi Mentera Beradu. La, lagu hiphop takleh ke menang jadi lagu terbaik? Cuba juri dengar baik-baik lirik nya, ha itulah baru lagu terbaik. Bukan lagu nyanyian gigi besi yang memanglah sedap didengar tetapi tidak langsung sesuai jadi lagu terbaik.