Wednesday, April 01, 2009

Kelakar TV3 dan Kempen BNnya

Semalam semasa aku sedang berada di dapur menyediakan bahan-bahan untuk membuat tomyam pada jam lapan malam aku memasang tv3. (Salah satu sebab kenapa aku kurang berblogging pasal hal ehwal semasa adalah kerana sekarang aku mengabaikan berita jadi aku ketinggalan dari segi isu semasa). Tetapi berada di dapur dengan berita terpasang ternyata sangat mengelikan hati.

Apakah yang mengelikan hati? Apabila aku mendengar pembaca beritanya dengan tidak segan silu membaca berita mengenai kemunduran satu tempat (yang berada dalam kawasan pilihanraya yang akan datang ini). Kenapa aku tergelak? Kerana pembaca berita menerangkan kesengsaraan penduduk bermula dari berpuluh tahun yang lepas. Mungkin berita di Perak? Atau berita di Kedah. Minta maaflah cik kiah tak tumpu perhatian sangat. Kononnya masalah masyarakat disitu tidak diberi perhatian oleh kerajaan. (Sah nak salahkan pembangkang la ni, mesti berita pasal kawasan dalam kawasan pembangkang).

Yang kelakar, kedah dan perak dan Pulau Pinang bukan diperintah oleh pembangkang dari zaman sebelum merdeka. Baru bermula setahun yang lepas. Kot tv3 nak mengutukpun tolonglah tengok fakta.

Sudahlah gamat ditertawakan forumner cari.com.my apabila berberita pasal Libya tapi tunjuk peta, buat anak panah ke Sepanyol. Sengal!

Jadi semperna musim pilihanraya ini, marilah kita bersenam pada jam 8. Mari jalani gaya hidup sihat. Jangan tengok berita.

PS: Kepada yang anti dengan utusan kerana menyiarkan berita baik BN je dan berita buruk parti pembangkang, tolong bangun dari tidur anda. Utusan yang pada mulanya merupakan milik rakyat sudah lama dibeli oleh UMNO. Seperti mana HARAKAH milik PAS dan SUARA KEADILAN milik PKR maka begitulah juga cara mereka menulis. :)

2 comments:

Nizam said...

tu kampung opah aku kalau x silap.. dari zaman bn lagi ... longkang dan jalan raya depan umah..tak terurus pon... penuh dengan lalang

last kali jalan di tar rasa2 10 tahun dulu kut hahhahah

ayat1377 said...

mmg btol krajaan ni,diorg sggup bt ap sj tuk jth kn p'bgkang.care 2 slh ke tidk,tu blakang kire bg diorang.aku pn x phm.ish3