Tuesday, April 21, 2009

Aku Tak Suka Menteri Besar Negeri Aku

As simple as that. Aku tak termasuk dalam golongan penentang sewaktu Sultan Terengganu membuat pemilihan untuk menjadikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu. Kerana aku dengar bermacam cerita tidak best mengenai bekas Menteri Besar terdahulu jadi aku harapkan pimpinan baru berjaya mengemilangkan, mencemerlangkan Terengganu yang kaya minyak tapi penduduk miskin.

Tetapi selepas 13bulan kepimpinan Ahmad Said, perasan menyampah aku kepadanya tidak mampu disembunyikan. Ya ampun gila aku rasa ada semacam feeling benci sebaik tengok muka dia di TV, suratkhabar, internet dan sebagainya. Dan paparan kegedeberan dia di Dewan Undangan Negeri yang popular di youtube suatu ketika dulu sangat hangat mula diulangtayang sebanyak mungkin di kepala aku.

Tambah dengan kes itu dan ini, yang terbaru, kot nak bagi semua projek kat kroni pun... berpada-padalah. Ya tak dinafikan apabila kita berjaya, kita nak tolong orang-orang yang membantu kita dulu tetapi tidak perlulah mengangkat pemandu menjadi pengarah syarikat GLC Terengganu! Apa tak adakah kroni lain yang lebih layak? Orang lain pun berkroni juga tetapi berpada-padalah. Isk I hate my MB.

Lagi satu, aku rasa sejak berpuluh tahun yang lepas Besut sangat tidak diberi perhatian oleh pengurusan negeri Terengganu. Hanya semasa pemerintahan Idris Jusoh sahaja (itu pun sebab dia tu orang Besut), selain itu semuanya menumpu ke Kemaman (dibawah pimpinan Wan Mokhtar selama hampir 20tahun), bandingkan Besut dengan daerah-daerah lain di Terengganu, nampak sangat dianak tirikan. Kalau malas nak jaga, buang sahajalah daerah Besut. Biarkan kami jadi negeri terkecil di Malaysia. Mengalahkan Perlis. chewah.

Yang paling ketara, sekarang setiap daerah papan tanda (nama Jalan etc), berdasarkan warna. Aku lupa dah kod nya rasanya Marang ungu, Kemaman apa warna tah. Yang kelakar di Besut, kodnya ialah tak ada kod. Warna biru macam papan tanda negeri yang tak berkod.

6 comments:

nogoto university said...

Itu yang kau tahu, ini yang kau taktahu:
MEREKA NAK TUBUH KERAJAAN KAYANGAN diTUJUH LANGIT...macam ayahPIN.

Anonymous said...

Mat said sejuk.. tau nak ajak 'bergocoh' jer dlm dewan, nak buat kerja haprak.. sunyi sepi no idea.. no pembaharuan.... baik deris lah kalau bab pembangunan tu tp banyak silap jugak. banyak harta negeri di bagi dekat kroni Pak Lah...

lusia said...

Hi Friends,Very nice blog here.My blog walking with sharing a good information.
Earn Money Through Adsense/
Business Studies/
New Softwares

NivierA UltimatuM said...

salam..awk ni org besut ke?

jazrul said...

tak kan sampai macam tu NAK TUBUH KERAJAAN KAYANGAN diTUJUH LANGIT

malaysia seo

fauzi said...

tak suka nak buat macam mana mereka yang berkuasa sekarang


malaysia seo