Monday, April 27, 2009

Doktor Di Tangkap Sedang Membaca Surat Khabar

Aku dengar radio KLFM pagi tadi sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja. Sang dj bercerita mengenai dua orang doktor di Hospital Kuala Lumpur yang ditangkap oleh Timbalan Menteri kot (ke sapa tah) sebab tengah baca suratkhabar.

Sang penangkap kebetulan ke HKL untuk melawat seorang mangsa kemalangan yang dilanggar oleh pemandu keretanya. Kemudian melihat hampir dua puluh orang pesakit di bahagian kecemasan sedang duduk menunggu giliran. Atas dasar ingin tahu, beliau masuk ke bilik doktor dan menyaksikan sang doktor sedang elok membaca suratkhabar dengan penuh berhemahnya.

Wow, patutla kalau appointment di HKL selalu mengambil masa berjam-jam lamanya, jadual pukul 10, pukul 12 belum tentu dapat jumpa doktor. Itu sebabnya ya. Menjadi doktor bererti mengubati pesakit, kalau nak membaca berita, jadi penyampai berita kat tv udahlah. Tak pun jadi dj radio 24. Boleh baca berita 24jam sehari! Kotya nak baca suratkhabar, tengok timinglah. Keutamaan harus diutamakan. Dan lagi apa yang dibaca sampai lama sangat? Takkan iklan pun hafal sebijik sebijon kot? Tapi kadangkala doktor pun nak rehat juga kan? :)

Yang kehairanan.

Alarm Baru Pulak!


Biasa, aku memang suka meriak kan? Faham-faham sahajalah. Berconsiderationlah dengan aku. Ini edisi meriak remote control alarm kereta baru aku. Two way alarm cap ayam je. Hahaha. Alarm original perodua ku tiba-tiba mengucapkan selamat tinggal kepada aku dua minggu lepas. Aku rasa masalah remote sahaja (walaupun dua-dua remote tidak boleh digunakan lagi) sebab main unit dalam kereta masih berfungsi dengan baik.

Alang-alang, beli sahaja alarm baru. Alarm perodua tu pun 6tahun lepas punya cerita. Okeylah, so far aku suka dengan alarm baru aku ini. Aku pasang alarm ini sebab aku tak yakin dengan kunci manual. (Walaupun kalau pencuri tu dah mark, memang selamat tinggal jugalah kereta aku). At least ada precaution sedikit dari tiada langsung kan.

Kenapa aku sangat suka alarm baru ini? Sebab sekarang, aku boleh remote start dari beranda rumah. Tak perlu menunggu dalam kereta untuk memanaskan enjin. Dan tentunya, sebab remote aku ada bunyi-bunyi (two way la katakan). Ada beberapa feature lain yang aku suka tapi tak mengapalah, aku nak show off remote je. Kalau cerita semua feature macam jadi tukang promosi alarm pula. :P

Friday, April 24, 2009

Mungkinkah Stadium Terbakar Sabtu ini?

Dah lama aku menulis kat blog. Sebab aku tak tengok berita jadi aku tak tahu apa nak komen. Pasal aku jarang baca paper sebulan ni lagilah aku tak tahu apa-apa berkenaan isu semasa yang aku suka nak ambil tahu. Nak surf net pun rasa tak sempat, jadinya aku tidak banyak cerita yang hendak dikongsikan.

Yang kes paling aku tau pun peminat bola sepak kelantan yang terlebih adrenalin membakar trak baru-baru ini. Emosi betul peminat bola sepak kelantan ni. Tiba-tiba aku ambil kisah hal bola sepak Malaysia (read: La, tak pupus lagi bola sepak di Malaysia, ingat semua dah sibuk main squash pasal al maklum Malaysia pasukan belasahan dimana-mana, tak sangka wujud lagi mende alah ni ya).

Sabtu ini final Selangor dan Kelantan. Jadi kita tunggu apakah ada stadium yang akan terbakar?

Tuesday, April 21, 2009

Aku Tak Suka Menteri Besar Negeri Aku

As simple as that. Aku tak termasuk dalam golongan penentang sewaktu Sultan Terengganu membuat pemilihan untuk menjadikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu. Kerana aku dengar bermacam cerita tidak best mengenai bekas Menteri Besar terdahulu jadi aku harapkan pimpinan baru berjaya mengemilangkan, mencemerlangkan Terengganu yang kaya minyak tapi penduduk miskin.

Tetapi selepas 13bulan kepimpinan Ahmad Said, perasan menyampah aku kepadanya tidak mampu disembunyikan. Ya ampun gila aku rasa ada semacam feeling benci sebaik tengok muka dia di TV, suratkhabar, internet dan sebagainya. Dan paparan kegedeberan dia di Dewan Undangan Negeri yang popular di youtube suatu ketika dulu sangat hangat mula diulangtayang sebanyak mungkin di kepala aku.

Tambah dengan kes itu dan ini, yang terbaru, kot nak bagi semua projek kat kroni pun... berpada-padalah. Ya tak dinafikan apabila kita berjaya, kita nak tolong orang-orang yang membantu kita dulu tetapi tidak perlulah mengangkat pemandu menjadi pengarah syarikat GLC Terengganu! Apa tak adakah kroni lain yang lebih layak? Orang lain pun berkroni juga tetapi berpada-padalah. Isk I hate my MB.

Lagi satu, aku rasa sejak berpuluh tahun yang lepas Besut sangat tidak diberi perhatian oleh pengurusan negeri Terengganu. Hanya semasa pemerintahan Idris Jusoh sahaja (itu pun sebab dia tu orang Besut), selain itu semuanya menumpu ke Kemaman (dibawah pimpinan Wan Mokhtar selama hampir 20tahun), bandingkan Besut dengan daerah-daerah lain di Terengganu, nampak sangat dianak tirikan. Kalau malas nak jaga, buang sahajalah daerah Besut. Biarkan kami jadi negeri terkecil di Malaysia. Mengalahkan Perlis. chewah.

Yang paling ketara, sekarang setiap daerah papan tanda (nama Jalan etc), berdasarkan warna. Aku lupa dah kod nya rasanya Marang ungu, Kemaman apa warna tah. Yang kelakar di Besut, kodnya ialah tak ada kod. Warna biru macam papan tanda negeri yang tak berkod.

Monday, April 20, 2009

Celoteh Kosong - Ganu Trip

Menghilang seminggu, bertunang ke? Kahwin ke? Putus cinta ke? Tidak, tidak ada apa-apa event penting selama kehilangan seminggu ini. Penerangan mudah, balik bercuti di kampung halaman. Kampung = internet dial up = malas nak mendial = connection slow = no update for a week. Jadi mana-mana kekawan yang sibuk spekulasi aku balik kampung seminggu untuk menamatkan title andartu tu, minta maaf ya. Cuba lagi lain kali :P

Okay, kali ni aku taknak cerita pasal negara, aku nak tulis pasal aku dan kancil aku je. Macam biasa balik kampung memang wajib memandu pasal aku ada banyak barang. Naik bas kalu barang ada satu kereta agak-agak kena sound tak? Dengan bawa ayu lagi. Ada dua benda yang mengecewakan perjalanan aku setiap kali pergi dan balik dari Terengganu.

1. Kereta-kereta yang hampeh
- Aku tahu akan wujubnya golongan egois super gampang macam ni. What I talking about? Pasal kereta-kereta yang ego apabila kita nak potong, depa tekan minyak bagi kita tak lepas nak memotong. Secara logiknya kalau kelajuan kereta aku dan kereta depa sama, macammana aku boleh menghampiri kereta mereka? Ironinya kereta yang dipandu pada kadar 100kmj tidak akan menghampiri kereta yang dipandu pada kadar 100kmj juga.

Jadi apabila mereka dengan leisure bawa kereta tetapi apabila seekor kancil berkapasiti siput nak potong, mula la tekan minyak bagai nak rak. Nak bagi orang mati bertembung dengan kereta depan? Yang peliknya apabila dapat juga memotong setelah bersusah payah, dan meneruskan pemanduan pada kadar 100kmj kereta yang dipotong tadi makin lama makin jauh kebelakang. Bermakna saja-saja tekan minyak tak bagi orang potong.

2. Bas Yang Gampang
Oh this one specially dedicated to WMA2704. Restu apatah nama company. Di Genting Sempah jalan berselekoh kiri dan kanan. Had yang ditetapkan ialah 90kmj. Aku dah melebihi dengan bawa 110kmj (almaklum spring dan absorber mantap, corner tak payah brek-brek). Bas ini dengan penuh cemerlang memotong kereta aku. Bukankah had laju bas di lebuhraya ialah 90kmj? Kalau aku dah bawa 110kmj, berapakah kelajuan yang perlu dibawa oleh bas tersebut untuk memotong aku seterusnya meninggalkan jauh kereta aku?

Bas laju di genting sempah mengingatkan aku kes bas jatuh gaung tahun lepas. Aku doakan bas tersebut selamat demi penumpang-penumpangnya.

Friday, April 10, 2009

Kabinet Malaysia 2009, My Opinion :)

Ramai orang menunggu-nunggu apakah pembeharuan yang akan dilakukan oleh Perdana Menteri handover yang baru iaitu (erm tak payah sebutlah, kalau tak tahu siapa PM Malaysia..bolehlah berangkat ke negara Amareka sebab semua orang tahu siapa Presiden Amareka kan?).
Okay, mula-mula sekali

1. Kesian menantu bekas Perdana Menteri tau. Tak masuk list walaupun menang ketua pemuda UMNO. Hahahahahahahahahahahahah. Bagus bagus bagus. Tak kuasa aku nak tengok muka dia berkali kali. Lagipun dengan rekod 'bersalah tetapi dilepaskan' itu, aku rasa portfolio dia sudah cukup buruk untuk dilantik jadi menteri atau timbalan menteri.

2. Hishamuddin Tun Hussin - nampaknya lepas ni geng geng gerakan mansuhkan PPSMI terpaksa beralih arah serang Muhyiddin la pula ya. Mesti Hishamudin boleh tarik nafas lega, tidur pun lena dah pasal tak perlu fikir-fikir pasal PPSMI lagi dah.

3. Azalina Othman - hahahahaha, aku suka dia tak tersenarai. Kementerian Perlancongan paling tak sesuai berada dibawah kuasanya. Sebab tak sesuai. Tengok kendiri dia cukup. Enough to make tourists fikir 4-5kali sebelum beli tiket kapal terbang ke Malaysia.

4. Kementerian Penerangan - I bet lepas ni rancangan blog! di tv1 mesti dihapuskan punya. Oh aku bukan peminat Sabery Chik yang bertukar ke Kementerian Sukan pun.

5. Tapi aku sedikit aneh, kenapa Kementerian Pertahanan dapat kepada Zahid Hamidi (yang setahun asyik pakai songkok pasal jadi menteri di jab perdana menteri berkaitan ehwal agama).

6. Kementerian dalam negeri - hehehehe, teringat Hishamuddin dan keris di perhimpunan agung UMNO. Tak sia-sia cium keris. Dapat jaga polis eh.

Tuesday, April 07, 2009

Selamat Mengundi

Hari mengundi tiba lagi. Buatlah pilihan yang terbaik wahai orang-orang yang dapat peluang mengundi. Jangan terpengaruh dengan televisyen dan radio sepertimana kanak-kanak terpengaruh dengan cerita kartun ya.

Monday, April 06, 2009

Awan Berbentuk Abang Misai Botak

Pemandangan awan ini aku saksikan dari beranda bilik aku sewaktu sedang melompat bintang pagi semalam. Kagum pula. Sebiji rupa kepala lelaki separa tua, separa botak yang selalu watak dalam kartun. Macam pemandangan dari sisi.




Imaginasi aku kepala tu macam ni tapi dari tepi:

Friday, April 03, 2009

Presiden Amareka vs Perdana Menteri Malaysia

Kalaulah aku hidup di Amareka mesti aku rasa sangat bangga kerana boleh memilih individu yang aku sokong untuk jawatan Presiden. Di Malaysia, Perdana Menterinya diserah secara handover. :(

Thursday, April 02, 2009

Melompat Lebih Tinggi Bersama Ayu



Demi lipas, apalah sangat melompat setakat semeter kan? Kata Ayu. Kepada viewer, sila perhatikan di saat ke 13 :)

Wednesday, April 01, 2009

Kelakar TV3 dan Kempen BNnya

Semalam semasa aku sedang berada di dapur menyediakan bahan-bahan untuk membuat tomyam pada jam lapan malam aku memasang tv3. (Salah satu sebab kenapa aku kurang berblogging pasal hal ehwal semasa adalah kerana sekarang aku mengabaikan berita jadi aku ketinggalan dari segi isu semasa). Tetapi berada di dapur dengan berita terpasang ternyata sangat mengelikan hati.

Apakah yang mengelikan hati? Apabila aku mendengar pembaca beritanya dengan tidak segan silu membaca berita mengenai kemunduran satu tempat (yang berada dalam kawasan pilihanraya yang akan datang ini). Kenapa aku tergelak? Kerana pembaca berita menerangkan kesengsaraan penduduk bermula dari berpuluh tahun yang lepas. Mungkin berita di Perak? Atau berita di Kedah. Minta maaflah cik kiah tak tumpu perhatian sangat. Kononnya masalah masyarakat disitu tidak diberi perhatian oleh kerajaan. (Sah nak salahkan pembangkang la ni, mesti berita pasal kawasan dalam kawasan pembangkang).

Yang kelakar, kedah dan perak dan Pulau Pinang bukan diperintah oleh pembangkang dari zaman sebelum merdeka. Baru bermula setahun yang lepas. Kot tv3 nak mengutukpun tolonglah tengok fakta.

Sudahlah gamat ditertawakan forumner cari.com.my apabila berberita pasal Libya tapi tunjuk peta, buat anak panah ke Sepanyol. Sengal!

Jadi semperna musim pilihanraya ini, marilah kita bersenam pada jam 8. Mari jalani gaya hidup sihat. Jangan tengok berita.

PS: Kepada yang anti dengan utusan kerana menyiarkan berita baik BN je dan berita buruk parti pembangkang, tolong bangun dari tidur anda. Utusan yang pada mulanya merupakan milik rakyat sudah lama dibeli oleh UMNO. Seperti mana HARAKAH milik PAS dan SUARA KEADILAN milik PKR maka begitulah juga cara mereka menulis. :)