Wednesday, March 04, 2009

SMART Tunnel atau Tak SMART Tunnel?



Petang semalam jalan sangat sesak. Iya, taklah sesak luar biasa bagi aku tetapi sebagai pengguna Lebuhraya Mahameru dan Jalan Tun Razak yang setia, keadaan semalam lebih sesak daripada biasa. Dari Mahameru sudah nampak trak bomba parking di tepi jalan arah bertentangan.

Aku membuat andaian kemalangan teruk. Ingat, hujan + jalanraya licin = kemalangan. Tetapi rupanya ada persamaan lain, hujan + lebat = balai bomba Jalan Ipoh di naiki air. Air sungai Kelang melimpah ruah. Habis Jalan Ipoh di tenggelami air yang sangat keruh dan tinggi tentunya. 2Meter.. dah lebih dari ketinggian aku!

Tertanya-tanya aku, dimana SMART Tunnel yang aku kagumi itu? Tidak berfungsi? Tak mampu menahan jumlah air hujan yang keterlaluan? Wait seminit, bukankah SMART Tunnel diwujudkan untuk mengelakkan kejadian banjir di tengah Kuala Lumpur?

Kita sama-sama lihat, nanti apalagi alasan pihak pengurusan longkang besar Kuala Lumpur itu. Dulu sewaktu banjir kilat yang besar disekitar kawasan Jalan Masjid India sewaktu SMART Tunnel di buka, alasannya ialah fungsi untuk persediaan banjir belum siap sepenuhnya. Jadi apabila sudah dua tahun SMART Tunnel di buka, apa alasannya?

Gambar dari Utusan Malaysia

2 comments:

Anonymous said...

cik adik erisa, dont simply said SMART TUNNEL bodo tunnel, you tau ke purpose sebenar smart tunnel, if you just tau porpose dia untuk mengelakkan banjir dari melanda kl, then you need to study a lot more, you tau ke smart tunnel ni control air dari sungai mana? acctually i`m the one who manage and controlled the smart tunnel, dalam tragedi lepas yang menyebabkan banjir teruk di KL, disebabkan oleh air dari sungai gombak yang cross di masjid jamek, so kebanyakan area PWTC Masjid jamek itself, masjid india, all that terkena banjir, kami di smart tunnel dan JPS hanya mengawal kuantiti air sungai Kelang, so if sungai gombak yang air melimpah² tu kita tak controll, sungai kelang kita dah reduce kan air at minimum level, by right the qty air yang masuk ke pusat bandar telah kurang dan tak menyebabkan banjir, tetapi dah ketentuan ALLAH nak memberi rahmat, pagi dan petang hujan, so water level dah memang tinggi, so nothing that we can do, we keep monitor the water level at klang gates, this we called it banjir kilat, its happend for a while, then it will go, another thing mesti you terfikir² kenapa saya cakap smart masukkan air ( untuk kawal water level klang gate) sedangkan SMART tak ditutup?, did you know smart have three partition, Upper deck, lower deck, lower channel, waktu tu kita sedang menglami MODE2 yang mana air disalirkan penuh ke lower channel tanpa mengganggu pengguna lalu lintas, so jgn cakap this smart bodo, zip your fingger, study first, benggang jugak bila baca article you tu, acctually i`m your fan from other forum, i like your nickname, erisa, ;) just to share something that is fact, kalau pun tak dapat beritau semua orang tentang hal ini pun takper, asalkan dah dapat berikan sedikit penerangan kepada you, pernah dengar ke blogger masuk penjara/isa haha.. think first before posting, kalau ia pun marah dont use the word bodo, your parents pun tak kasi simply said that word, silap² you yang bodo tak study about this, then just post it... -my 10cent

ezza erisa said...

en / cik anon,
saya minta maaf kiranya catatan entry ini membuahkan rasa tidak senang, marah anda kepada saya. Biasalah, kita time marah terutama meredah jem sampai sakit sendi paha, we need to blame on some thing.

tambahan pula SMART pada pembukaannya dikatakan akan mengatasi banjir dikuala lumpur sudah tentu kita akan terfikir, mana smart diwaktu banjir berlaku lagi?

saya sangat sanjungi smart, please refer to my previous entry Smart tunnel projek kebanggaan. Bangga gile saya pada projek ini cuma somewhere along the way frustation come along.

Mungkin SMART pada awalnya doulu memberi penerangan yang lebih jelas. Bukan terus memberi harapan yang sangat best kepada pemilik kereta di kuala lumpur.

sekali lagi, saya mohon maaf sekiranya catatan ini menimbulkan rasa kurang senang kepada encik / cik anon. :)