Wednesday, March 11, 2009

RM60 Billion, Mana Datang? Mana Pergi?

Mana Datang, entah, cik kiah tak tahu. Kata dulu kerajaan defisit entah berapa peratus tah. Kalau defisit mana datang 60billion? Cik kiah grad dengan subjek ekonomi asas je. Tak belajar ekonomi tinggi apatah lagi pengkhususan dalam ekonomi. Jadi cik kiah betul tak tahu.

Mana Pergi, ya sudah dibentangkan semalam. Tapi sesungguhnya aku tak rasa teruja. Depa gebang pasal bantu sektor ini sektor itu. Berjuta disana, beriban disini. Tetapi siapa sebenarnya yang mendapat faedahnya? Belanjawan memang sedap dengar. Koridor pun sedap juga dengar. Apa kisah dengan koridor? Berlalang sudah?

Cik Kiah: Susah-susah cik kiah sign up jadi cleaner kat koridor sahajalah, sambil makan tengahari di McDonald yang sedang melakukan pakej ransangan makan tengahari kedua mereka bersemperna pakej ransangan ekonomi ke dua negara. Paling kurang, pakej ransangan makan tengahari di McDonald memberi kesan langsung kepada aku, nak makan dapat harga murah. :)

4 comments:

Hasbullah Pit said...

Daripada kau lah dia ambil 60 bilion tu.

saya dah tulis di blog.

Jed Yoong said...

ha ha ha ha. dari hasbullah kot.
saya pun tak tau mana dia dapat 60bil kecuali dgn meminjam.
kan harga minyak pun turun, harga eksport turun, harga kelapa sawit turun, dsb..
HEBAT!

Anonymous said...

Pakej rangsangan yang melibatkan industri pembinaan tidak memberi banyak manfaat kepada kebanyakan rakyat Malaysia. Antara faedah yang dapat dijangka ialah membantu golongan kontraktor meneruskan gaya hidup mereka. Orang politik juga mendapat manfaat dari komisen yang diberi oleh kontraktor. Golongan yang paling banyak mendapat manfaat ialah pekerja asing yang bekerja dalam sektor pembinaan. Sektor pembinaan lebih berminat mengambil pekerja asing berbanding dengan pekerja tempatan. Justeru, mereka boleh terus bekerja sambil menghantar pulang berbilion-bilion Ringgit ke negara asal mereka. Mereka tidak melabur duit simpanan mereka di sini. Tetapi, mereka menyalurkan duit simpanan mereka ke negara-negara seperti Indonesia dan Bangladesh. Bukan sahaja kita dan anak cucu kita menanggung kesan cukai inflasi, tetapi pada masa yang sama menjamin kesejahteraan pekerja asing dan keluarga mereka di negara asal. Sungguh baik orang Malaysia!

roslan_o said...

Dana : Duit Saman Negara .

Saman di KT nmpk nye semakin menjadi-jadi sekarang. JPJ keluar saman / polis keluar saman / polis trafik pun keluar saman.

Mcm-mana di tempat2 lain ?